
Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu supaya parti komponen Barisan Nasional (BN) melaksanakan transformasi politik agar selari dengan transformasi yang sedang dijalankan oleh kerajaan.Timbalan Perdana Menteri yang menyifatkan transformasi itu masih berjalan dengan perlahan berkata ia harus dilakukan dengan segera agar imej BN tidak menurun.
- Menurut beliau, setiap parti komponen harus menguruskan parti masing-masing dengan lebih cekap dan membuat perubahan dengan cepat agar imej BN tidak menurun.
- Muhyiddin berkata perubahan itu penting kerana ekosistem dan lanskap politik negara sudah jauh berbeza di mana rakyat kini lebih berpengetahuan dan berilmu.
- Katanya, setiap kelemahan BN akan menimbulkan persepsi yang tidak baik di kalangan rakyat yang mana akan diputarbelitkan oleh pihak pembangkang untuk kepentingan politik mereka.
Transformasi tersebut, katanya, turut bermakna setiap parti komponen berjuang melangkaui kaum yang diwakili mereka. “Sebagai contohnya Umno hendaklah berjuang bukan hanya untuk orang Melayu sahaja tetapi juga untuk orang Cina dan India,” katanya.


June 21, 2010 9:41 AM
tranformasi politik memang perlu dilakukan oleh BN jika ingin mendapatkan sokongna rakyat, rakyat kini inginkan perubahan, BN perlu peka dgn kehendak rakyat.
June 21, 2010 10:06 AM
saranan TPM ini harus dijadikan iktibar bagi komponen BN agar lebih aktif dan bersama-sama melaksanakan transformasi politik..pengurusan yang cekap dan sistem penyampaian yang lebih baik adalah perlu bagi terus mengukuhkan kedudukan BN di hati rakyat..
June 21, 2010 10:54 AM
It's about time BN transform for the better if they want people to support them.
June 21, 2010 1:31 PM
transformasi akan mengukuhkan lagi jentera BN dalam menghadapi pilihanraya umum nanti. transformasi perlulah seiring dgn kehendak rakyat masa kini yang inginkan pembaharuan.
June 21, 2010 3:25 PM
itulah sebaik2nya yang perlu dilakukan oleh parti pemerintah bagi mengekalkan dan mengukuhkan sokongan rakyat... good luck..
June 22, 2010 11:06 AM
Memang patut pun, sekurang-kurangnya transformasi yg dibuat dapat mengukuhkan lagi sokongan rakyat terhadap BN.
June 22, 2010 11:07 AM
Setuju dengan pandangan kamurang. So BN good luck and all the best kio :)
June 23, 2010 9:25 AM
If that is the case, why not just abolish race based parties and have one party that can fight for the rights of all people regardless of race?
June 28, 2010 11:31 AM
Kesatuan antara semua komponen BN adalah sesuatu yang mesti. Semua komponen kenalah bekerja sama dengan BN.
Post a Comment