SUARA BEBAS TUARAN

Malaysia Menduduki Tangga 141 Senarai Kebebasan Media Di Dunia?

Labels:

Pengarah urusannya Freedom House , Karin Karlekar menjelaskan bahawa Malaysia menduduki tangga 141 senarai kebebasan media di dunia ini.Menurut beliau persekitaran undang-undang Malaysia dilihat sebagai mengongkong media menurut kaca mata antarabangsa.
“Malaysia juga menghadkan keupayaan blogger dan media online daripada beroperasi,” katanya kepada Malaysiakini.
menjelaskan bahawa metodologi atau kaedah yang dijalankan oleh Freedom House adalah berdasarkan piawaian yang diterima-pakai oleh negara-negara di seluruh dunia mengenai apa yang ditakrifkan sebagai kebebasan bersuara dan kebebasan media.
Karenlaker menyatakan bahawa piawaian itu dijamin oleh beberapa perjanjian antarabangsa yang Malaysia juga adalah antara negara yang memeterainya.
Dalam pada itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menyatakan bahawa senarai kebebasan media negara-negara yang dikumpulkannya itu hanyalah satu “laporan kerusi selesa”.
Rais menafikan bahawa Malaysia yang menduduki tangga 141 senarai kebebasan media di dunia ini yang dilakukan oleh Freedom House sebagai “tidak tepat dan sebaliknya berkata kebebasan media di Malaysia semakin bercambah.
Sumber: Malaysia kini

10 comments:

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi, rakyat diberi kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat. terdapat lebih dua juta blogger di Malaysia yang membenarkan rakyat memberikan pendapat mereka. ini bukti bahwa Malaysia memberi kebebasan media.


malaysai tetap sebuah negara yang bebas.


kita tidak tahu apa jenis piawaian yang digunakan Freedom House sehingga Malaysia menduduki tangga ke 141. namun kita mempunyai piawaian kita sendiri yang tertakluk dengan etika dan peraturan kebebasan media yang telah ditetapkan.


uii macam emosi pula saya. huahuahuaa.. Tapi itu pandangan saya saja la, so renung-renungkan & selamat beramal. hahhahaa


Kadangkala saya terfikir, kebebasan apa juga yang rakyat mahukan????
Fikir logik saja lah, even dalam rumah sendiri pun, kita tak punya kebebasan untuk suka2 berjalan di ruang tamu tanpa seurat benang pun di badan.... mengapa & kenapa bah tepuk dada tanya selera.. Kalau yang pandai fikir, pasti tahu napa kita tak boleh buat sesuka hati @ bebas sepenuhnya... kalau yang tak pandai fikir tu, ba tinggal la kamu di planet lain. hehhee


Negara kita negara majmuk dan kita tak perlu ikut negara lain semata-mata utk mencapai kebebebasan bah.
Ingat negara kita ni dipenuhi dengan adab sopan santun & budi pekerti yang tinggi so janganlah terlalu teruja utk mengejar kebebasan sehingga semua hal pun mahu 'dihalalkan'!!!


Sebagai rakyat Malaysia, saya tetap merasakan media di Malaysia bebas. Buktinya kita masih bebas luahkan pendapat asalkan tak langgar mana2 akta :)


Pendek kata konsep kebebasan media di malaysia adalah tertakluk pada peraturan yang telah ditetapkan sejajar dengan keadaan negara yang dipenuhi oleh kepelbagaian kaum, budaya, adat resam, agama & yang sekaitan dengannya. hehhee
So lebih baik kita fokus utk kekalkan keharmonian negara daripada asyik menagih kebebasan :)


Terima Kaseh untuk kalian,

Dalam isu kebebasan bersuara atau pun ‘ freedom of press ‘ di setiap negara di dunia ini, masing-masing ada ‘code of ethic’ nya.

semua ini tertaklok dengan sistem politik yang di amal oleh negara itu sendiri. Kerajaan yang berbentuk capitalist pasti nya berbeza dengan mereka yang mengamalkan sistem socialist dan communist.

So tidak heran lah kalau metodologi yang digunapakai mesti nya tidak standard.

Kalau di banding kan, Malaysia yang menduduki tangga 141 senarai kebebasan media di dunia ini bukan nya teruk sangat. Agak nya beratus-ratus lagi negara lain didunia ini yang lebih teruk sistem piawaian ‘penyebaran informasi kepada awam' nya dari Malaysia.

Namun, tidak lah semudah itu untuk kita menidakkan lapuran dari Agensi Freedom House yang bertaraf antarabangsa tersebut. Agensi ini ada lah di iktiraf oleh pertubuhan bangsa-bangsa bersatu sebagai satu badan yang mengeluarkan indek sebaran am ynag bertauliah.

Seada nya, isu ini ada lah hanya sebagai ‘evaluation’ atau rujukan saperti juga tahap tinggi dan rendah nya nilai wang kita dari kaca mata Negara yang lain.
Dalam kontek ini, kita tidak diberi hak untuk sesuka hati menentukan nilai mata wang dunia di persanda antarabangsa.

Untuk tidak di tuduh sebagai negara yang ‘hypocrite’. kita sepatut nya terima lapuran ini dengan hati yang terbuka dan berusaha lebih untuk menaikan lagi standard kebebasan bersuara atau pun ‘ freedom of press’ di negara kita.

Semuga dengan itu, kita akan mendapat penghormatan lebih dari negara-negara demokrasi yang lain di planet ini. Dalam artikata ‘ One For All.. All for one’.


Media freedom is needed so that the people can get unbiased information. However, there should be a limit or rules to follow so that the media won't cross the line.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails