SUARA BEBAS TUARAN

Malaysia Meningkat Ke Tahap 2 Dalam Laporan Pemerdagangan Manusia?


Malaysia kini berada pada Tahap Dua berdasarkan Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2010 oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat atas usahanya yang signifikan untuk mematuhi Akta Perlindungan Pemerdagangan dan Keganasan (TVPA).
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu melalui surat dari Kedutaan Amerika Syarikat.
  • "Ini merupakan pengiktirafan kepada kita yang telah membuat akta (Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007), mewujudkan Majlis Antipemerdagangan Orang dan tindakan nasional yang melibatkan kementerian berkaitan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
  • Kedudukan Malaysia sebelum ini jatuh dari Tahap Dua ke Tahap Tiga mengikut laporan TIP 2009 yang dikeluarkan pada 16 Jun tahun lepas.
  • Laporan TIP menyenaraikan negara-negara berdasarkan tahap pematuhan standard minimum bagi memerangi pemerdagangan manusia.
Tahap Satu merujuk kepada pematuhan sepenuhnya dan Tahap Dua pula bagi usaha yang signifikan untuk mematuhi Akta Perlindungan pemerdagangan dan Keganasan (TVPA). Tahap 3 merupakan negara-negara yang tiada usaha untuk mematuhi standard minimum TVPA.
  • Terdahulu dalam jawapannya kepada soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) pada persidangan Dewan Rakyat, Hishammuddin berkata seramai 1,447 orang telah diberikan Perintah Perlindungan Sementara (IPO) di bawah Seksyen 44 (2) Akta Antipemerdagangan Orang 2007, dari tempoh 28 Feb 2008 hingga 30 Mei tahun ini.
  • "Dari jumlah tersebut, seramai 338 mangsa telah dikenalpasti sebagai mangsa sebenar pemerdagangan orang dan telah diberikan Perintah Perlindungan (PO) di bawah Seksyen 51(3) akta yang sama," katanya.
  • Hishammuddin berkata kerajaan menghadapi pelbagai cabaran dan masalah dalam menangani jenayah pemerdagangan manusia kerana ia adalah jenayah yang kompleks dan melibatkan jenayah rentas sempadan, selain mempunyai hubung kait dengan jenayah lain seperti pelacuran, sindiket dadah dan pengubahan wang haram.
  • "Kebanyakan mangsa masuk ke negara ini secara sah sebagai pelancong tetapi kemudiannya menjadi sasaran sindiket pemerdagangan orang sehingga menyebabkan anggota penguatkuasa menghadapi kesukaran untuk mengenalpasti mangsa.
  • "Kurang kerjasama dan penyampaian maklumat daripada orang ramai dan mangsa juga menjadi masalah kepada kita untuk membanteras jenayah ini. Terdapat juga situasi di mana sindiket antarabangsa yang mengancam mangsa hingga menyebabkan mangsa takut membuat laporan," katanya.
  • Beliau berkata terdapat juga beberapa faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan masalah ini berterusan.
  • "Antaranya jenayah ini merupakan jenayah global yang berlaku di kebanyakan negara di dunia termasuk negara-negara maju. Ia mudah dilakukan dan memberikan pulangan hasil yang lumayan iaitu US$38 bilion setiap tahun.
  • "Kedudukan ekonomi negara yang terus berkembang baik telah menarik minat warga asing datang ke negara ini untuk mencari pekerjaan. Di samping itu, iklim politik dan ekonomi yang kurang selesa di negara asal mangsa menyebabkan ramai yang sanggup memperjudikan nasib di negara ini," katanya.
Beliau berkata walaupun kerajaan telah melaksanakan mekanisme dalaman bagi membendung jenayah ini, namun ketidakupayaan dan kelemahan yang serius di negara asal untuk mencegah atau mendidik rakyat mereka mengenai risiko pemerdagangan manusia menyebabkan mangsa mudah diperdaya pihak sindiket.
"Tahap kerjasama di antara orang awam dengan agensi penguatkuasa masih perlu dipertingkatkan kerana kerjasama ini amat penting untuk menangani jenayah pemerdagangan orang," katanya.
Sumber: BERNAMA, BAHASA ITU INDAH...more
9 comments:

jenayah pemerdagangan manusia adalah satu masalah antarabangsa/global..untuk menangani jenayah ini adalah sukar namun, untuk mengawalnya adalah tidak mustahil..antara cara yang efektif untuk mengawal jenayah ini adalah melalui kerjasama antara semua pihak..melalui kerjasama ini, jenayah ini akan dapat dikawal..peningkatan Malaysia ke Tahap 2 ini, menunjukkan bahawa malaysia serius dan komited untuk memerangi jenayah ini..semoga usaha2 malaysia mengawal dan membendung jenayah ini akan memberikan hasil yang positif dan lebih baik...


jenayah pemerdagangan manusia amat sukar untuk ditangani, ia melibatkan pemerdagangan golongan wanita, lelaki dan kanak2. malaysia memang amat mamandang berat terhadap perkara ini. semua negara perlu bekerjasama untuk membendung jenayah ini.


dalam mengatasi masalah ini, semua pihak haruslah berkerjasama. bukan 1 pihak saja yang diperlukan tapi semua pihak yang dapat membantu untuk menagani kes pemerdagangan orang ini. harap dengan kerjasama semua dapat mengurangkan jumlah ini.


laksanakan usaha2 membanteras secara berterusan dan perlu ada kerjasama antara semua negara untuk sama2 mengatasi dan meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat dunia tentang aktiviti haram ini.


ya.. kerjasama perlu wujud antara negara, ini kerana jenayah ini adalah jenayah antarbangsa yang melibatkan pelbagai negara. semua negara perlu terlibat dalam menangani masalah ini.


Betul apa yang Pencayang komen. Semua pihak seharusnya berkerjasama untuk menagani kes pemerdagangan.


Malaysia meningkat ke tahap 2 dalam laporan pemerdagangan manusia. Ini mungkin kurangnya kesedaran masyarakat malaysia akan keburukan yang bakal diterima. Diharapkan semua pihak akan bekerjasama dalam memarangi kegiatan pemerdagangan manusia terutamanya di malaysia.


Human trafficking has to be stop. The world is getting dirtier and dirtier nowadays. People should be warned for doing human trafficking.


This is a disgrace. Human trafficking is a serious offense. Whoever was caught must be punished severely.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails