SUARA BEBAS TUARAN

Malaysia Mahu Capai Kedudukan 5 Teratas Dalam Daya Saing Global?


Buku Tahunan Daya Saing Dunia (WCY) diterbitkan Institut Pengurusan Pembangunan Antarabangsa (IMD) yang berpusat di Switzerland baru-baru ini, menyenaraikan Malaysia di tempat ke-10 dalam senarai negara paling berdaya saingnya baru-baru ini, melonjak daripada tempat ke-18 pada tahun sebelumnya.
Ia adalah kali pertama Malaysia disenaraikan dalam kedudukan ke-10 teratas sejak mula dimasukkan dalam senarai WCY itu pada 1999.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia harus menduduki tempat kelima teratas dalam senarai daya saing dunia selepas melonjak dalam kelompok 10 teratas pada tahun ini.
Perdana Menteri berkata negara tidak boleh berpeluk tubuh, sebaliknya harus terus berusaha keras untuk mencapai kedudukan lima teratas dunia.
  • "Kita harus bertungkus lumus untuk mencapai sasaran ini" katanya semasa pertemuan dengan kira-kira 120 rakyat Malaysia di Laos di sini Khamis sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke negara ini.
  • Beliau berkata dalam tempoh setahun lalu negara mencatat dua pencapaian yang harus dibanggakan seluruh rakyat Malaysia.
  • "Pertama kita dapat mengubah ekonomi daripada kemelesetan untuk mencatat pertumbuhan 10.1 peratus pada suku pertama tahun ini.
  • "Berapa banyak negara yang boleh mencatatkan pertumbuhan sebesar ini? "Kedua, dalam masa setahun Malaysia melonjak daripada kedudukan ke-18 kepada ke-10 negara paling berdaya saing di dunia.
  • "Kita harus berbangga dengan pencapaian ini. Tetapi tidak harus berpuashati kepada kedudukan ke-10 teratas. Kita mahu mencapai kelima teratas," kata Najib.
Sumber: BERNAMA
9 comments:

pencapaian ini menunjukkan keadaan ekonomi malaysia yang stabil dan berdaya saing hasil daripada usaha gigih kerajaan untuk memulihkan ekonomi malaysia..seharusnya kita berbangga dengan pencapaian ini namun, usaha gigih yang berterusan adalah perlu untuk mencapai tahap tertinggi...syabas Malaysia!


malaysia perlu lebih berusaha untuk mencapai kedudukan 5 teratas negara paling berdaya saing. penglibatan semua pihak perlu untuk mencapai sasaran ini.


teruskan usaha dan bawa nama malaysia untuk dikenali diperingkat dunia. saya setuju dengan apa yang dikatakan PM, kita harus berbangga dengan pencapaian ini namun tidak harus berpuas hati.


Malaysia tidak boleh berbangga dengan pencapaian negara berdaya saing dari rank 18 ke 10. Defisit negara yang semakin membimbangkan.. walaupun ada sesetengah pihak menatakan ia tidak benar, harus sentiasa dipantau juga. Negara juga harus bersedia dan berjaga-jaga dengan masalah2 yang boleh berlaku akibat defisit negara yang semakin meningkat. Hasrat capai kedudukan 5 teratas dalam daya saing global boleh dijadikan semangat dan misi kepada rakyat untuk mencapainya.


ini merupakan satu pencapaian yang baik. diharap pada masa akan datang malaysia akan lebih berusaha untuk mencapai kedudukan 5 teratas.


malaysia perlu teruskan usaha untuk meningkatkan daya saing negara dan pembangunan ekonomi. Malaysia Boleh!


Teruskan perjuangan Malaysia. Sebagai rakyat saya memang amat menyokong usaha kerajaan utk mengukuhkan lagi keadaan ekonomi negara.


There is much to do if our country wishes to achieve that goal.


sito si è impressionante e buona .try questo uno casinò online


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails