SUARA BEBAS TUARAN

Metos Kebebasan Media Di Malaysia? Kerajaan Haramkan Karya Kartunis Zulkifli

Labels:

Gambar illustrasi kartun karya Zulkiflee Anwar Ulhaque
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim pernah menyatakan bahawa Malaysia ada lah salah sebuah negara yang mempunyai kebebasan media yang tinggi selaras dengan piawaian dan piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sebelum ini beliau pernah menapis tuduhan Pengarah urusannya Freedom House , Karin Karlekar menjelaskan bahawa Malaysia menduduki tangga 141 senarai kebebasan media di dunia ini
  • Namun baru-baru ini, banyak pemerhati politik agak terkilan bilamana kerajaan telah mengharamkan penerbitan sebuah buku dan dua kartun oleh kartunis politik terkenal, Zulkifli Anwar Ulhaque . Dilapurkan buku dan kartun tersebut sebagai kritikal terhadap kerajaan.
  • Karya Zulkifli dikatakan "tidak sesuai" untuk tontonan ramai dan mengandungi elemen yang dianggap boleh meghasut orang ramai untuk menentang kerajaan.
  • Zulkifli, dikatakan telah menyiarkan isu-isu sensitif seperti kes sodomi ketua pembangkang Anwar Ibrahim dan penembakan polis,.
  • Namun Zulkifli telah menolak tuduhan tersebut dan berjanji untuk terus melukis.
Dalam masa yang sama Mahmood Adam, selaku ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri berkata tiga penerbitan Zulkifli ada lah dilarang kerana dianggap tidak sesuai untuk membaca awam.
"Semua tiga penerbitan telah diharamkan kerana isi kandungan nya boleh mempengaruhi orang-orang untuk memberontak terhadap para pemimpin. Ia nya tidak sesuai untuk bacaan umum," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Aneh nya, Perdana Menteri Najib Razak, pada mula nya menjalankan tugas pada April tahun lalu telah berjanji untuk membentuk kerajaan yang telus dan keterbukaan dalam Dasar, Politik dan Media
Sumber: Times Live, Malaysia Instinct
14 comments:

kerajaan malaysia sebenarnya memberi kebebasan kepada ralyat untuk bersuara dan menyampaikan pendapt mereka, namun ia kena mengikut peraturan dan tidak menyentuh isu2 sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian negara.


Buku2x seperti itu memang patut diharamkan kerana ia bole menyebabkan keharmonian negara terjejas.


ia tidak bermakna kerajaan menghalang kebebasan media kepada rakyat, karya tersebut diharamkan kerana isi kandungannya yang menyiarkan isu2 sensitif dan boleh memberi kesan negatif kepada rakyat. karya seperti ini mmg tidak patut disiarkan.


Saya yakin bahawa pembaca sekalian mampu menilai sesuatu maklumat dan tidak mudah dipengaruhi tanpa fikiran yang masak.


sedangkan ibubapa tidak akan memberikan kebebasan 100% kepada anak2 mereka.. perlu ada had dan kekangan agar mereka tidak jauh terpesong. begitu juga lah dengan media, bagi mengelakkan sebarang kemungkinan buruk kerajaan perlu menghadkan kebebasan tersebut.


kebebasan bersuara bagi media ni bukanlah terhad kepada buku, radio dan tv tetapi juga blog-blog...bukan semua yang ditulis boleh disiarkan dan semua yang disiarkan itu betul..


kebebasan bersuara media di malaysia ada had dan bagi saya ia tidak begitu bebas...kalau di negara2 seperti UK, Amerika dan Europe..anda akan terkejut beruk apa yang media di sana tulis tentang ahli-ahli politik, keluarga diraja dan negara mereka. ada yang bersifat hiburan tetapi ada juga yang bersifat menghina dan mengkritik. cuma isu kebebasan bersuara media di malaysia ni adalah seiring dengan tahap penerimaan pembaca yang kurang terbuka pada isu-isu tertentu dan amat sensitif...so negara kita hanya capai 30% kebebasan bersuara!


cuma bagi saya, batas-batas kebebasan bersuara media ni perlu sentiasa dipantau...kalau ia bersifat menghina dan mengkritik yang boleh menimbulkan fitnah..maka penerbitannya wajar dihentikan. lagipun..setiap manusia, jabatan, badan-badan mahupun pihak kerajaan dsb..ada hak untuk melindungi diri dan organisasi masing-masing


pengharaman tersebut selaras dengan kawalan undang2 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang digubal bagi mengawal aktiviti serta kegiatan percetakan dan penerbitan bahan bercetak di negara ini. setiap penerbit sepatutnya telah sedia maklum dengan akta tersebut..


kita tidak perlu samakan Malaysia dengan negara2 yang bebas tanpa sekatan undang2.. melainkan kita telah bersedia menghadapi rusuhan, ancaman, etc.. jika ada pihak yang menuntut kebebasan media, kenapa tidak tuntuk sekali kebebasan hiburan, budaya barat,,,


Memang bebas pun bah.. kalau tak bebas mana la kita ni berani bagi komen di blog kan.. Tapi tu la mahu agak-agak juga... jangan telampau ikut perasaan nanti, merana diri sendiri :P


Pasal pengharaman buku tu pula, saya yakin kerajaan buat mcm tu utk pastikan negara kita tak porak peranda... Yalah kalau da dikeluarkan isu sensitif konpom keharmonian negara tergugat kan.. so better kasi haram :P


Kalau masih juga mahu bebas, bah p tinggal sana pulau atau planet yg takda org.. hehhee. Hidup di negara majmuk patut tahu kawal diri sendiri:)


Tapi walaubagaimana pun, kebabasan media juga ada batasannya. Jika sesuatu karya dianggap sensitif kerana berunsur agama, perkauman ataupun politik, biasanya karya ini akan diperhatikan dahulu sebelum diluluskan untuk pembacaan umum.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails