
Senario Pekan Tamparuli
Selanjutnya menurut Jahid Tamparuli memiliki banyak kawasan semula jadi yang boleh dipromosi untuk sukan ekstreme dan berasaskan ekopelancongan yang tidak membahayakan alam sekitar.
Daerah kecil Tamparuli (daerah saya) kira-kira 36 km dari Kota Kinabalu mula terkenal bilamana sebuah lagu Kadazan-Dusun yang berjodol 'Jambatan Tamparuli' dipromosikan di corong-corong radio dinegara ini.
Saterusnya kompilasi CD pula laris pengedaran jualan nya di semua pasaran di seluruh Negeri Sabah.
Selepas itu, ia nya di anjakan lagi pengenalan nya bilamana seorang anak gadis tempatan bernama Marsha Millon Londoh telah terpilih untuk menyertai program realiti Akademia Fantasia ke3.
Jahid berkata Tamparuli perlu memperkenalkan lebih banyak tarikan memandangkan pekan ini terletak antara bandar raya dan Gunung Kinabalu, iaitu mercu tanda terunggul Sabah, dan Taman Negara Kinabalu yang telah pun diisytihar sebagai Tapak Warisan Dunia.
Beliau berkata pekan ini juga merupakan tempat persinggahan yang amat sesuai untuk penggemar aktiviti berkayak dalam perjalanan ke Sungai Kiulu.
Sumber: NST, Bernama
Daerah kecil Tamparuli (daerah saya) kira-kira 36 km dari Kota Kinabalu mula terkenal bilamana sebuah lagu Kadazan-Dusun yang berjodol 'Jambatan Tamparuli' dipromosikan di corong-corong radio dinegara ini.
Saterusnya kompilasi CD pula laris pengedaran jualan nya di semua pasaran di seluruh Negeri Sabah.Selepas itu, ia nya di anjakan lagi pengenalan nya bilamana seorang anak gadis tempatan bernama Marsha Millon Londoh telah terpilih untuk menyertai program realiti Akademia Fantasia ke3.
- Menyentuh tentang cadangan aktiviti yang diperkatakan , Jahid merasakan bahawa tiada sebarang keperluan untuk membina struktur yang besar. Sesetengah daripada tempat ini bagus dengan caranya sendiri dan berupaya menarik pengunjung.
- “Satu-satunya tempat yang mungkin akhirnya perlu dinaik taraf atau dimajukan adalah pekan ini kerana apabila lebih banyak pelancong datang, akan wujud permintaan untuk maka- nan, penginapan dan kemudahan lain,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di acara Luncur Udara Kelas Dunia Rentas Desa Sabah Malaysia Borneo di Pekan Tamparuli baru-baru ini.
Jahid, yang juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, berkata pejabat dearah kecil Tamparuli akan memperkenalkan sukan luncur udara di Bukit Ruhiang, sebuah bukit dengan keting- gian 1,000m di sini, sebagai sebuah produk pelancongan baru.- Beliau berkata cadangan itu diilhamkan daripada Pyong-chang, sebuah pekan kecil di Korea Selatan yang dianggap serupa dengan muka bumi Tamparuli yang berbukit bukau, begitu popular dalam kalangan penggemar sukan luncur udara.
- “Kita mungkin hanya memerlukan peratusan yang sangat kecil sahaja daripada jumlah itu untuk datang ke sini pada satu-satu masa dan ia cukup untuk menjadikan ruang udara kita seolah-olah dipenuhi burung, ter- utamanya apabila negara mereka dilanda musim sejuk yang tidak membolehkan mereka melaku- kan aktiviti luncur udara,” kata- nya.
Jahid berkata Tamparuli perlu memperkenalkan lebih banyak tarikan memandangkan pekan ini terletak antara bandar raya dan Gunung Kinabalu, iaitu mercu tanda terunggul Sabah, dan Taman Negara Kinabalu yang telah pun diisytihar sebagai Tapak Warisan Dunia.Beliau berkata pekan ini juga merupakan tempat persinggahan yang amat sesuai untuk penggemar aktiviti berkayak dalam perjalanan ke Sungai Kiulu.



July 1, 2010 8:30 AM
Tamparuli memang berpotensi untuk dibangunkan menjadi pusat pelancongan, ia mempunyai persekitaran yang cantik, kaya dgn alam semulajadi.
July 1, 2010 9:05 AM
Satu cadangan yang bernas! Saya yakin dengan memperkenalkan sukan luncur udara di Bukit Ruhiang, ia akan mendapat sambutan yang baik di kalangan pelancong dan penduduk tempatan.
July 1, 2010 9:55 AM
saya setuju dengan jahid, dengan membangunkan sektor pelancongan di kawasan tersebut, secara tidak langsung ia akan mampu mempengaruhi pembangunan di pekan Tamparuli.
July 1, 2010 10:43 AM
Tamparuli akan semakin membangun jika cadangan ini diteruskan
July 1, 2010 11:12 AM
Asalnya ia mesra alam dan boleh membawa lebih banyak kebaikan kepada pekan itu, saya sokong sepenuh hati.
July 3, 2010 11:31 PM
Tamparuli juga lah yang makin hebat. Bagus2, hehehe:)
Post a Comment