SUARA BEBAS TUARAN

Pelajar Sekolah Agama Meninggal Akibat Keguguran


gambar illustrasi diresort Pantai Cahaya Bulan
Seorang pelajar perempuan tingkatan lima Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas dilapurkan tiba-tiba rebah dan pengsan, dipercayai akibat keguguran yang menyebabkan pendarahan teruk sebelum meninggal dunia di sebuah resort di Pantai Cahaya Bulan di sini, kelmarin.
Difahamkan mangsa pergi ke resort itu dengan membonceng motosikal ditunggang teman lelakinya, kirakira 9 pagi.Sebaik tiba di resort itu, teman lelaki mangsa yang juga berusia 17 tahun, mendaftar masuk sebuah bilik di situ, tetapi difahamkan sejurus tiba di depan bilik itu, gadis tersebut 'tumpah darah' teruk dipercayai akibat keguguran.
  • Panik dengan keadaan yang dihadapinya itu, teman lelaki mangsa memaklumkan kejadian menimpa teman wanitanya kepada seorang petugas di kaunter penyambut tetamu resort itu untuk mendapatkan bantuan.
  • Pemuda tersebut dikatakan memberitahu bahawa temannya pengsan dalam bilik, namun apabila diperiksa gadis itu didapati sudah meninggal dunia.
  • Sumber memberitahu pekerja resort yang bergegas ke bilik itu menemui mangsa dalam keadaan terbaring dengan berlumuran darah di bahagian pinggang ke bawah, lalu menghubungi polis untuk tindakan lanjut. Setakat ini usia kandungan gadis berkenaan belum diketahui.
  • Sementara itu, seorang guru sekolah pelajar berkenaan, yang enggan namanya disiarkan, memberitahu bahawa pelajar yang disifatkan sebagai berperwatakan baik dan sering solat berjemaah di masjid serta pernah menyertai kegiatan agama sekolahnya itu ponteng selepas dihantar ibunya ke sekolah bersama seorang adiknya pagi kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Penolong Pesuruhjaya Kanan II (ACP II), Datuk Amir Hamzah Ibrahim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Sumber: Cynews, Harian Metro.
6 comments:

Semua manusia pernah melakukan kesalahan, walaupun seorang itu berwatakan baik dan taat kepada agama. Tapi, manusia tetap akan tersilap langkah. Saya mengatakan takziah kepada keluarga pelajar itu, semoga selamat dikebumikan.


In short, no one is perfect. My condolence to the family.


sebagai masyarakat penyayang, janganlah kita menghukum seseorang gadis yang mengandung luar nikah. jika mereka diberi peluang sekali lagi oleh masyarakat, mereka boleh jadi seorang yang efektif dalam membantu mangsa-mangsa lain yang mengalami keadaan seperti mereka.


Kesian juga tapi apa boleh buat la benda dah berlaku. Harap2 hal ni akan dijadikan pengajaran agar setiap individu lebih berhati-hati dalam menerajui kehidupan yg penuh dugaan dan cabaran. Setiap manusia pasti akan buat kesilapan :( Takziah pada famili pelajar tu.


kes mengandung di luar nikah semakin meningkat...hal ini harus diberi perhatian...


Diharapkan kes mengandung luar nikah ini boleh dikurangkan. Jadikan pelajar ini sebagai pengajaran.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails