SUARA BEBAS TUARAN

RMK-10 Penetu Sama Ada KL Perhatin Kepada Rakyat Sabah Dan Sarawak

Ketika melakukan lawatan ke sebuah rumah panjang berhampiran Sibu, Sarawak bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendapati kebanyakan jalan raya di kawasan itu perlu dibaiki bagi memudahkan penduduknya menjalani urusan seharian.
Walaupun projek itu dijangka menelan kos RM34 juta, namun Najib berkata beliau akan menimbang bagi memasukkannya ke dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), yang akan dibentangkan minggu depan.
Kesimpulannya, kata beliau, kerajaan telah menggariskan rancangan terperinci tentang perkara yang perlu dilakukan bagi membantu rakyat yang tinggal di kawasan yang kurang membangun di Sarawak dan Sabah.
  • "Kami mahu menaik taraf kawasan yang masih ketinggalan. Saya bercadang menyediakan peruntukan besar bagi membangunkan daerah luar bandar.
  • "Kami akan sediakan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, jalan raya dan rumah yang selesa untu semua rakyat," katanya pada satu perhimpunan di Rumah Sebastian Ugoh, kira-kira 20km dari bandar Sibu.
  • Walaupun Najib melakukan kunjungan itu semasa berkempen bagi pilihan raya kecil Sibu, tetapi apa yang diucapkannya itu merupakan hasrat beliau bagi merapatkan jurang perbezaan antara semenanjung Malaysia, yang secara umumnya lebih membangun, berbanding dua negeri berkenaan.
  • Sebenarnya, selama inipun, rakyat Sabah dan Sarawak mengharapkan rancangan itu akan dilaksanakan kerana mereka berkeyakinan teguh terhadap kepimpinan Najib dalam menambah baik kemudahan asas di tempat masing-masing.
  • Walaupun penyediaan prasarana tidak menjadi isu utama bagi kebanyakan penduduk bandar di semenanjung Malaysia, tetapi ia masih menjadi keutamaan bagi penduduk di dua negeri tersebut, terutama yang tinggal di pedalaman, yang sebahagian besarnya masih kurang membangun dan sukar dihubungi kerana ketiadaan jalan raya dan kemudahan jaringan komunikasi yang baik.
  • Memandangkan Model Baru Ekonomi (MBE) dan RMK-10 bakal dibentangkan Khamis ini, rakyat Sabah dan Sarawak menaruh harapan agar kerajaan memberi lebih banyak perhatian terhadap keperluan mereka.
Kerajaan dijangka memberi perhatian terhadap apa sebenarnya yang diperlukan oleh rakyat. Contohnya, ketika berada di Kota Kinabalu awal tahun ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata isu berkaitan prasarana dan kemudahan asas di luar bandar tetap mendapat perhatian utama kerajaan. "Dalam usaha untuk mengurangkan kemiskinan, kami perlu atasi semua masalah ini."
  • Anggota Parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Bujang pula berkata RMK-10 perlu merupakan suatu rancangan yang mampu merealisasikan hasrat Perdana Menteri, terutama janji beliau untuk menaik taraf semua prasarana asas di Sabah dan Sarawak.
  • "Setiap kawasan luar bandar dan separa luar bandar perlu diberi bantuan secara adil dan dengan sewajarnya, manakala bantuan pula tidak patut bertumpu di satu atau dua kawasan sahaja, tetapi perlu memenuhi keperluan asas rakyat dan meningkatkan taraf hidup mereka," katanya.
  • Wan Junaidi, yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat seterusnya berkata: "Perlu ada keseimbangan antara Sabah, Sarawak dan negeri-begeri lain di semenanjung Malaysia. Bukan saja daripada segi prasarana, tetapi juga daripada aspek sosial dan ekonomi serta capaian kepada teknologi maklumat.
  • "Sebagai contoh, Sibu (dikatakan) adalah sebuah bandar yang boleh dianggap maju, tapi kenapa penduduknya menolak BN (Barisan Nasional)? Kita perlu lihat pada keperluan sosial dan isu berkaitan peluang pekerjaan serta guna tenaga. Kekayaan yang dimiliki oleh beberapa individu (di bandar berkenaan) tidak boleh dijadikan ukuran," katanya.
Sumber: BERNAMA
***Pendekatan Najib terhadap RMK ke-10
Setelah meneliti ucapan Bajet 2010, bajet pertama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau mempunyai idea sendiri mengenai cara mana mahu melaksanakan RMK-10 yang akan menjadi legasi kepada pentadbirannya kelak.
Jika Bajet 2010 dijadikan asas RMK-10, Najib akan memberi tekanan mengenai transformasi besar berasas proses inovasi yang menyeluruh bagi menggerakkan. model ekonomi yang akan diusahakannya.
  • Berasaskan kepada mesej perutusan khas sempena Tahun Baru 2010, Najib cuba memberi gambaran bahawa masa depan Malaysia yang lebih cemerlang terletak kepada penggabungan serta pemupukan idea, bakat, inisiatif dan semangat seluruh rakyat tanpa mengenal batas dan latar belakang.
  • Wang dan peruntukan yang besar semata-mata bukanlah segala-galanya. Wang tanpa kemampuan kreativiti dan inovasi, tidak memberi impak yang besar.
  • Setelah sembilan rancangan pembangunan lima tahun berlalu, sudah banyak pengalaman dipelajari daripada kejayaan dan kesilapan lalu. Jika banyak projek yang tergendala, kerajaan seharus berani menghukum yang tidak berkebolehan dan bersedia memberi ganjaran besar kepada yang bekerja kuat, tekun dan kreatif.
Rancangan pembangunan negara bukan sekadar soal projek dan tender tetapi ia adalah mengenai pertumbuhan ekonomi khasnya untuk mencapai matlamat negara maju dan Wawasan 2020.
10 comments:

diharapkan rancangan malaysia ke-10 ini benar2 dapat menyeragamkan pembangunan antara Sabah/Sarawak dengan semenanjung malaysia, terutamanya yang melibatkan kawasan2 pedalaman.


kerajaan juga perlu jujur dan adil dalam melaksanakan aktiviti2 pembangunan tanpa dipengaruhi ideologi politik.. saya yakin jika kerajaan mempunyai kesungguhan kearah itu, matlamat atau objektif RMK-10 pasti akan tercapai.


banyak lagi kawasan di sabah dan sarawak yang masih mundur dan perlukan pembangunan. diharap dalam RMK10, kerajaan akan memperbanyakkan peruntukan untuk pembangunan di sabah dan sarawak


negara maju pada 2020 hanya mimpi bagi malaysia...apa yang penting adalah pembangunan yang menyeluruh serta seimbang seluruh negara...seluruh negara bermaksud semua kawasan dan bukannya kawasan tumpuan sahaja iaitu bandar..persekutuan harus meletakkan pembangunan luar bandar sabah dan sarawak sebagai agenda utama dalam RMK10..dengan ini, rakyat akan jelas bahawa persekutuan serius dalam hal pembangunan luar bandar di sabah dan sarawak...


diharap kerajaan akan benar2 priharin terhadap pembangunan di sabah dan sarawak. rakyat sabah dan sarawak terutamanya di kawasan pedalaman amat memerlukan pembangunan.


sabah dan sarawak memang perlu diberi perhatina oleh kerajaan kerana masih banyak lagi kawasan yang mundur di kedua2 negeri ini. harap peruntukan lebih akan diberikan kepada kedua2 negeri ini pada RMK-10 nanti.


Pelbagai kemudahan dan infrustruktur yang sangat diperlukan di negeri ini samada di bandar atau pun di kawasan pedalaman seperti jalan raya, bekalan elektrik, belakan air, klinik, hospital, sekolah dan sebagainya. Diharapkan negeri Sabah dan sarawak tidak terabai dan tidak tersisih dari arus pembangunan dan kemajuan.


budget RMK10 sebenarnya telah dirancang mengikut kaedah NEM. harap benarlah RMK10 dapat mempertimbangkan peruntukan kemajuan/pembangunan kemudahan penduduk luar bandar termasuk juga yang dipinggir bandar. rakyat sabah inginkan juga pembangunan insfrastruktur seperti di semenanjung. dalam kawasan kampung pun jalan-jalan raya yang ada sangat cantik..masalahnya siapa pelaksana dan siapa yang dapat tender pun perlu dipersoalkan juga sekiranya budget mendapat kelulusan RMK10


Jgn hanya rancangan saja nampak cantik, tapi perlaksanaannya penuh dengan flaw sana sini...nnt rakyat juga yg jadi mangsa, sementara kontraktor2 bertambah kaya...

Program2 perlu dijalankan secara menyeluruh, bukan hanya aktif pada permulaan, berkubur ditengah2...

Harus di ingat bahawa RMK-10 dibuat untuk kepentingan rakyat & bukannya untuk kepentingan sesetengah individu...

Tiada program atau rancangan yg perfect, pasti ada loophole sana sini...maka disini la orang akan ambil kesempatan...maybe kalau ada satu jawatankuasa untuk memantau perkara2 seperti ini akan dapat meminimakan penyelewengan?

Apa2 pun diharap kehidupan rakyat & ekonomi akan improve dengan perlaksanaan RMK-10...


This kind of things should be done long time ago, not wait until nearing the election period.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails