Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat Khamis memberi penekanan untuk mewujudkan persekitaran kondusif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.Beliau berkata pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh dan mapan tiada maknanya jika kualiti hidup segenap lapisan masyarakat tidak turut meningkat.
- "Oleh itu, selaras dengan konsep keadilan sosial yang diterapkan di dalam rancangan ini, kerajaan akan memastikan agar kemakmuran ekonomi negara diagihkan sebaiknya agar kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan," katanya.
- Najib berkata liputan kemudahan asas di luar bandar akan ditingkatkan seperti jalan, bekalan air dan elektrik serta jaringan komunikasi.
Najib berkata kerajaan menyasarkan pembinaan sepanjang 6,300 kilometer jalan berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500 kilometer di Sabah dan 2,800 kilometer di Sarawak yang akan memberi faedah kepada 3.3 juta penduduk.- Liputan bekalan air luar bandar yang lebih berkualiti dan berterusan dengan sasaran liputan sebanyak 99 peratus di Semenanjung Malaysia, 98 peratus di Sabah dan 95 peratus di Sarawak juga sedang diusahakan yang melibatkan penyambungan bekalan air kepada 117,000 rumah di Semenanjung Malaysia, 112,700 di Sabah dan 87,400 di Sarawak.
- Kemudahan elektrik di kawasan luar bandar turut diperluaskan untuk meliputi penyambungan bekalannya ke 6,000 buah rumah di Semenanjung Malaysia, 59,000 di Sabah dan 76,000 di Sarawak.
- Selain daripada infrastruktur dan utiliti asas, kerajaan turut menyediakan kemudahan ameniti sosial serta kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada masyarakat luar bandar.
- Najib berkata kerajaan turut memberi keutamaan kepada usaha penambahbaikan sistem kecekapan pengangkutan awam.



June 11, 2010 1:29 PM
diharapkan agar dalam RMK10, akan tercapai objektif pembangunan di luar bandar dan pedalaman sabah bagi menyediakan keperluan asas seperti bekalan air bersih..kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi di luar bandar harap dapat merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar..
June 11, 2010 1:48 PM
lakukan sepertimana yang telah dirancang dan semoga ianya membuahkan hasil. Sabah dan Sarawak sememangnya amat memerlukan perhatian dari kerajaan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat di kedua2 negeri tersebut.
June 11, 2010 3:36 PM
harap kerajaan akan melakukan apa yang telah dirancang dalam rmk10 ni. sabah dan sarawak diperuntukan lebih untuk membantu kawasan luar bandar dan juga pendalaman sabah dan sarawak.
June 12, 2010 8:13 AM
harap rancangan pembangunan yang terdapat dalam RMK10 akan tercapai. penekanan perlu diberikan kepada pembangunan di Sabah dan Sarawak khususnya di luar bandar.
June 12, 2010 9:40 AM
majukanlah sabah dan sarawak untuk mengimbangkan semua negeri di malaysia ini.
June 12, 2010 10:11 AM
RMK10 byk memberi penekanan kepada pembangunan kawsan luar bandar. ia satu penekana yang baik penduduk luar bandar telah lama menantikan pembangunan, dgn ini, ia akan dapat meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.
June 12, 2010 11:44 PM
Jika RMK10 ni benar2 direalisasikan, saya yaki ia mampu meberi sinar kepada rakyat :)
Marilah kita sembahyang semoga hal ni terlaksana.
June 12, 2010 11:47 PM
Setuju dgn pandangan anda semua. So sama2 lah kita mengharap semuanya berjalan lancar k.
Saya yakin kerajaan pasti akan mengembleng sepenuh tenaga utk menjayakan plan ni.
June 12, 2010 11:49 PM
Good luck gov. Rakyat bergantung harap kepada gov utk menanggani kelemahan yg wujud melalui rmk10 ni :)
so, chayoo, chayoo.
June 13, 2010 12:21 AM
rakyat sabah dan sarawak sudah lama bermimpi dan 'mengigau' untuk dapat keluar dari kemiskinan
June 13, 2010 12:24 AM
harap cakap tidak serupa bikin. dan harap peruntukan rmk10 yang diberika kepada sabah tidak dipercent-percentkan. harap peruntukan tu tidak tinggal sisa yang tiada kualiti. jalan raya baru guna satu tahun sudah lubang sana-sini...kena kaji apa cara terbaik ia boleh sampai kepada rakyat
June 14, 2010 8:07 AM
diharap dengan rancangan pembangunan yang terdapat dalam RMK10 utk tinkgatkan kualiti hidup rakayt di sabah dan sarawak. negeri sabah dan sarawak akan semakin membangunkan dan takkan menjadi menjadi antara negeri termiskin lagi.
June 14, 2010 10:13 AM
It is more important to improve the quality of life for the people especially those in rural areas. Hopefully RMK-10 can address their problems.
Post a Comment