SUARA BEBAS TUARAN

Semangat Kebangsaan Di Kalangan Rakyat Malaysia Masih Rendah?

Semangat kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia masih rendah dan ini boleh menjadi penghalang ke arah mencapai tahap negara maju, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.
Datuk Razali, yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, mengambil contoh Jepun, Korea Selatan dan Singapura sebagai tiga negara yang berjaya pada peringkat dunia dengan kekuatan semangat kebangsaan.
  • 'Ini yang kita tak ada, ini yang kita kurang. Saya berasa terpanggil menekankan perkara ini,' katanya.
  • Beliau berkata, negara yang maju jarang sekali rakyat mereka bercerita yang buruk mengenai negara mereka, malah mereka akan mempertahankan negara mereka.
  • 'Pada saya, Singapura adalah contoh terbaik dalam hal ini,' kata Datuk Razali yang mengambil sebagai contoh amalan 'kiasu' (iaitu tidak mahu mengalah) di kalangan rakyat Singapura.
  • Katanya, sebenarnya kiasu bukan perkara negatif walaupun sesetengah rakyat Malaysia menganggapnya 'pelik' dengan berkata 'Oh, Singapura kiasu'.
  • 'Kiasu tu lah semangat kebangsaan Singapura. Maknanya dia ada kelemahan, dia cuba perbaiki tetapi dia tak akan burukkan Singapura. Kiasulah pada saya kunci atau rahsia kepada kejayaan Singapura,' katanya.
  • Datuk Razali berkata, inilah yang menunjukkan tahap keyakinan rakyat mereka yang juga akan mencerminkan tahap keyakinan orang luar terhadap negara itu.
  • 'Misalnya, Singapura sebuah negara yang akan pertahankan kepentingan mereka yang melabur di negara itu,' kata Datuk Razali yang juga Ahli Parlimen Muar.
  • Beliau juga melihat semangat kebangsaan rakyat Thailand dan Indonesia lebih kuat berbanding rakyat Malaysia walaupun dilanda pelbagai masalah.
  • Dengan nada kesal, beliau berkata, 'Tetapi kita ni nampak kehilangan sikap dan kehilangan semangat kebanggaan kebangsaan. Malah konsep 1Malaysia yang bertujuan menjadikan rakyat dan negara lebih maju ada juga orang yang menyerangnya.
  • 'Di sini saya ingin bertanya, adakah dengan memburukkan negara sendiri, kita akan dapat dihormati oleh orang, lebih daripada sepatutnya?'
Sumber: Bernama.
12 comments:

kalau ada bakar bendera di sana sini dan pijak gambar menteri di sana sini...sebenarnya menunjukkan orang-orang yang melakukannya tidak menghargai keharmonian tinggal di Malaysia. Bagus lagi kita hantar orang-orang sebegini ke Iraq dan Afghanistan untuk 'brain wash'..


semangat kebangsaan di kalangan rakyat malaysia masih rendah. kalaulah mereka ini pernah tinggal lama di luar negara, anda akan tahu kebenaran pepatah "hujan emas di negara orang, hujan batu di tempat sendiri". dan semangat kebangsaan ini perlu disemai di peringkat sekolah rendah lagi. dan janganlah ia disalah faham kerana ia tiada kaitan dengan politik. Ia hanyalah slogan yang mengajak rakyat negara ini bersatu dan cintakan negara ini...janganlah kerana bencikan pemimpin, negara pula yang dibenci..


Salam kalian,
Saya tertarik dengan komen drupadia yang agak brutal kerana merasakan orang yang bakar dan pijak gambar menteri itu patut di hantar ke Iraq dan Afghanistan untuk di brain wash?

Soal nya, Pernah kah kita terfikir kenapa mereka pijak dan bakar gambar menteri tersebut? Mungkin kah mereka hanya benci pada yang empunya gambar tetapi disebalik nya mencintai negara mereka?

Sapertimana yang pernah drupadia nyatakan di post sebelum ini, kita mesti berpandukan kepada fakta bukan andaian. So tanya lah mereka baru lah kita tahu mengapa, kan?
Mana lah tahu yang membakar dan pijak gambar menteri tu orang asing dsn?

Untuk melakukan ini, sebagai seseorang yang berperikemanusian, intelligent dan berpandangan jauh kita tidak perlu terburu-buru untuk membuang masa dan duit untuk hantar mereka di negara asing saperti Iraq. Di Malaysia pun kita boleh lakukan proses pemuliham, ya tak?

Sebelum kita menghukum seseorang dengan kejam, sepatut nya kita kaji dan teliti dengan sepenuh nya punca dan sebab utama kenapa mereka ini berkelakuan yang sedemekian.
Sehinggakan tidak menghargai keharmonian tinggal di Malaysia.

"Who knows, may be the answer lies along the frontier of heaven..."

Apa-apa pun semoga kalian sukses.


memang semangat kebangsaan rakyat malaysia masih rendah. ramai yang tidak menghormati lagu kebangsaan kita, sehingga ada yang sanggup menghina dan mengubah lagu ini. kita dah kira bertuha hidup dinagara yang bebas dan aman ini. so.. hargailah..


Sometimes it's not only the people who are not supportive of the government's proposal or policies, but politicians or ministers themselves refuses to adapt it. The 1 Malaysia concept is what most of the people wanted to see, but the ministers does not want to cooperate.


kita haruslah tingkatkan semangat patriotik dikalangan rakyat masa kini. perasaan ini perlu dipupuk sejak kecil lagi. semangat ini penting bagi mepertahankan kedaulatan negara kita.


kesenangan yang dihadapi masyarakt masa kini meyebabkan mereka leka dan lupa pada perjuangan masyarakat lalu dalam menuntut kemerdekaan. semangat kebangsaan dan cintakan tanah air perlu dipupuk dalam jiwa masyarakat masa kini. pendidikan memainkan peranan penting dalam memupuk perasaan ini melalui sejarah perjuangan dan kehebatan masyarakt dulu dalam mencapai kemerdekaan.


jika semangat patriotik rendah di kalangan rakyat, apakah langkah yang harus dilakukan agar cinta kepada negara sebati dalam jiwa setiap rakyat? lagu2 patriotik juga kurang dikeudarakan baik radio atau televisyen..semangat cintakan kepada negara harus diterapkan dalam jiwa setiap rakyat Malaysia..


banyak faktor yang menjadi punca kepada kehilangan semangat kebangsaan di kalangan rakyat malaysia.. terutamanya 'sengketa' antara kerajaan dengan pembangkang sehingga mempengaruhi minda rakyat dan amalan2 yang tidak sihat seperti rasuah yang boleh menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan.


melihat kepada kelemahan ini, wajarlah kita mengambil contoh negara2 seperti yang dinyatakan dan menerapkan nilai2 tersebut dalam negara. institusi pendidikan perlu memainkan peranan penting dalam hal ini bermula dari peringat sekolah rendah hingga ke universiti atau kolej bagi melahirkan generasi yang cintakan tanah air.


This comment has been removed by the author.

Salam hormat, suka saya menjawab komen Solymone yang saya anggap disalah anggap oleh beliau. Bendera / gambar pemimpin negara atau menteri adalah lambang kepada kerajaan yang menerajui sesebuah negara/kerajaan itu dan juga apa-apa saja yang berlaku dalam negara tersebut seperti kemajuan/pembangunan? Bagi saya yang berada dalam gambar itu tiada beza warna kulit dengan warga Malaysia samada kaum india dan melayu atau suku kaum murut, Dusun/kad, bajau, bugis dsb? Saya dan orang luar yang melihat gambar tersebut menganggap orang2 tersebut adalah orang-orang yang bencikan keamanan dan suka huru hara kerana bencikan menteri atau tidak berpuas hati dengan kerajaan sehingga sanggup membuat hal sedemikian rupa. Rakan-rakan saya dari luar negara seperti UK dan Australia terkejut dan ketawa besar melihat gambar tersebut dan bagi mereka itu orang MALAYSIA yang sedang pijak Najib dan mereka tanya kenapa segelintir orang Malaysia suka huru hara dan bagi mereka, bukankah Malaysia adalah Negara yang terkenal dengan aman damai dengan masyarakat majmuk? dan saya terpaksalah jelaskan sedikit sebanyak sebab mereka berbuat seperti itu. Cubalah lihat sendiri banyak negara yang bakar gambar Bush tetapi mereka bencikan juga orang Amerika dan Negara Amerika sehingga boikot semua produk keluaran Amerika. Lainlah kalau Solymone sendiri kenal sesiapa dalam gambar tersebut samada mereka itu pti atau sebaliknya atau bencikan BN/UMNO?...pemerhatian saya dan orang luar yang tidak kenal siapa mereka dalam gambar tersebut, mereka itu orang MALAYSIA. Dalam komen yang lalu, saya juga ada kaitkan orang-orang yang tidak menghargai keharmonian patut dihantar ke Iraq/Afghanistan. Bukanlah maksud saya menghantar mereka ke sana cuma orang-orang sebegini patut di 'brain wash' tentang ilmu dan maksud keharmonian sebenar serta asal dan punca keruntuhan negara Iraq selain pencorobohan Amerika. Sebenarnya saya ada bertemu dengan seorang pejuang pemerdagangan wanita dan kanak-kanak di Iraq. Menurutnya, dahulu Iraq diperintah oleh Saddam Hussein yang disifatkan rakyat Iraq seorang pemerintah kuku besi yang tiada bezanya dengan Hitler. Namun, sebelum pencerobohan Amerika, sebenarnya Iraq tiada bezanya dengan Malaysia yang agama rasmi Islam tetapi rakyatnya terdiri dari pelbagai agama, kaum dan budaya yang saling hormat-menghormati dan hidup rukun dan damai. Sekarang selepas pencorobohan Amerika, keadaan rakyat jadi lebih dashyat kerana sudah tiada unsur kedamaian,keharmonian dan hormat menghormati sesama kaum. Sekarang ini, perkara biasa yang dilakukan oleh rakyat Iraq adalah pemerdagangan manusia, rogol, rompak, bunuh dan peperangan saudara antara rakyat Iraq. Dan perkara yang paling menyedihkan selepas perang ialah ramai yang sanggup menjual anak-anak perempuan mereka seawal usia 9 tahun kerana mereka tidak mampu sudah hidup dan memberi makan pada keluarga dan sedangkan pada asalnya ibu bapa semua kanak2 malang tersebut adalah professor universiti, pensyarah, akauntan, guru dan pelbagai profesion lain. So adakah perkara sebegini yang kita kehendaki berlaku dalam negara kita? Saya hanyalah seorang rakyat biasa yang cintakan keamanan dan sayangkan negara kita. Saya makin sedar untuk sentiasa bersyukur dengan keamanan di Malaysia selepas dengar dan lihat sendiri kisah yang berlaku di Iraq tersebut. Saya bukanlah menyebelahi mana-mana menteri/pemimpin, maksud saya rakyat yang suka huru-hara seperti yang berlaku dalam gambar tersebut patut diberi pengajaran dan ilmu sewajarnya supaya cintakan keharmonian (jika benar mereka rakyat Malaysia). Nothing to do with dia benci pada menteri? negara? kerajaan? Atau Solymone perlu perjelaskan dengan terperinci siapa2 dalam gambar itu, atau kenal mereka / pti? dan apa sebab mereka berbuat sedemikian?


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails