
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bertanya sesuatu kepada seorang pelajar pada Majlis Ramah Mesra Menteri Pengajian Tinggi Bersama Pelajar Baru UiTM di Kolej Mawar, Shah Alam semalam.
Dilapurkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah membuka peluang kepada golongan pekerja Melayu dan bumiputera yang berhasrat menyambung pengajian namun kurang berkemampuan untuk mengikuti program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dan luar kampus mulai tahun ini.Dikatakan bahawa pekerja-pekerja miskin tersebut dibagi peluang keemasan untuk melanjutkan pempelajaran mereka di UiTM tanpa mengenakan sebarang yuran pada semester pertama.
- Sebelum ini, program itu hanya melibatkan pelajar-pelajar yang terdiri daripada anak-anak miskin golongan Melayu dan bumiputera serta kurang kredit dalam peperiksaan.
Selanjutnya jika mereka menepati syarat dan mencapai keputusan cemerlang pada setiap semester, UiTM juga akan mempertimbangkan untuk terus memberikan kemudahan ini secara percuma- keistimewaan itu dikatakan di kendalikan di bawah program Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM yang kini diperluaskan lagi bagi membantu golongan tersebut meningkatkan taraf hidup keluarga masing-masing.
- Sebelum ini, program itu hanya melibatkan pelajar-pelajar yang terdiri daripada anak-anak miskin golongan Melayu dan bumiputera serta kurang kredit dalam peperiksaan.
- Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, ada di kalangan pekerja yang mahu menyambung pengajian tetapi tiada wang kerana gaji kecil dan disebabkan halangan itu, UiTM menawarkan pengajian PJJ dan luar kampus tanpa mengena yuran pada semester pertama.
- Beliau berkata demekian pada sidang media selepas majlis ramah mesra bersama pelajar baru UiTM di sini semalam.
Kerana kekurangan sumber berita, saya belum pasti sama ada program ini telah dilanjutkan kepada pekerja miskin yang bermastautin di negeri Sabah dan Sarawak.Harapan kita (kalau maseh belum) agar ia nya dinikmati bersama di sini selaras dengan semangat 1Malaysia sapertimana yang diuar-uarkan saban hari disana sini..



June 30, 2010 9:13 AM
satu berita gembira bagi pekerja2 bumiputera yang berpendapatan rendah di Malaysia..dharapkan berita ini bukan hanya indah khabar dari rupa..peluang melanjutkan pengajian secara PJJ dan luar kampus bagi golongan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kelayakan akademik mereka, malahan meningkatkan tahap pengetahuan serta modal insan yang berilmu tinggi..
June 30, 2010 9:16 AM
diharapkan agar program ini dilaksanakan ASAP..bagi pekerja berpendapatan rendah, inilah peluang anda untuk melanjutkan pengajian anda ke peringkat yang lebih tinggi..
June 30, 2010 9:34 AM
ini merupakan satu perkara yang baik. terima kasih atas keprihatinan UITM terhadap pelajar miskin.
June 30, 2010 10:30 AM
I'm glad to know that these poor workers will be given the chance to further their studies. This will surely help them a lot in terms of getting a good job with good salary in the future taken that they study hard to score well in their studies. Hopefully there are such program implemented in Sabah and Sarawak. Since these are the two states which is listed to be the poorest among the other state in Malaysia.
June 30, 2010 11:28 AM
saya setuju dengan penulis.. jika Sabah dan Sarawak tidak tersenarai untuk menikmati peluang ini, diharapkan pihak UITM memberikan pertimbangan memandangan jumlah golongan miskin di negeri Borneo jauh lebih tinggi berbanding di SM. usaha pihak UITM membantu golongan miskin amat dihargai dan dialu2kan, namun usaha itu perlu diperluaskan ke seluruh negeri agar ianya dapat dinikmati seluruh warga malaysia..
June 30, 2010 1:28 PM
nampaknya UITM memang prihatin dengan golongan miskin. peluang yg diberikan ini harus digunakan dgn sebaiknya oleh golongan miskin untuk melanjutkan pelajaran.
June 30, 2010 4:14 PM
walaupun belum pasti, ini adalah satu cahaya baru kepada pekjerja miskin untuk melanjutkan pengajian mereka...moga2 apa yang diberitakan menjadi realiti...
July 1, 2010 11:11 AM
Bagus sekali cara ini untuk menggalakan lebih banyak rakyat untuk terus belajar serta menambah pengetahuan. Diharapkan rakyat miskin boleh mengambil peluang ini untuk menaik taraf diri sendiri supaya dapat mencari kerja yang lebih baik kelak.
Post a Comment