SUARA BEBAS TUARAN

Ujian Pecapaian UPSR, PMR Mungkin Di Mansuhkan

Labels: ,

Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.
  • "Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM sahaja," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh semalam.
  • Beliau berkata peperiksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan, tetapi sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam.
  • pihak kementerian tidak akan gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak mengenainya, kata nya.
Dalam isu yang sama, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata Kementerian Pelajaran perlu memastikan bahawa pelajar di sekolah rendah mahir dalam 3M (membaca, menulis dan mengira) sebelum memansuhkan dua peperiksaan awam berkenaan.
Kerajaan diminta membuat kajian secara terperinci dan mendapatkan pandangan daripada pihak yang berkepentingan sebelum memansuhkan peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaiaan Menengah Rendah (PMR).
  • "Saya menyokong langkah kerajaan mahu menghapuskan peperiksaan UPSR dan PMR. Namun harus diingat, kementerian perlu pastikan 100 peratus pelajar di peringkat sekolah rendah menguasai kemahiran 3M ini, selepas itu barulah kerajaan boleh mansuhkan dua peperiksaan awam yang dilihat berorientasikan peperiksaan semata-mata.
  • "Pelajar perlu didedahkan dengan kemahiran seperti membuat kerja kursus yang mampu merangsang minda kerana ia secara tidak langsung mampu melahirkan pelaar yang lebih kreatif dan inovasi,” katanya kepada mStar Online semalam.
Sumber: mStar
14 comments:

kaji dan minta pendapat majoriti terlebih dahulu sebelum memutuskan cadangan tersebut. kedua2 peperiksaan ini telah serasi dengan negara sekian lama dan kedua2nya amat penting bagi menentukan penempatan ke sekolah berasrama penuh atau aliran2 lain.


I don't think abolish UPSR and PMR will be a good idea. Hopefully the government will think thoroughly before making any drastic decision.


Harap government yg membuat keputusan yg akan berjaya dan baik.


exam perlu dalam pembelajaran, jika tiada exam, pelajar tidak mempnyai dorongan untuk belajar bersungguh2. dgn exam jugalah kita boleh mengtahui pencapaian pelajar. oleh itu, peperiksaan UPSR dan PMR perlu diteruskan. kerajaan kena menilai balik perkara ini.


kerajaan perlu memikirkan perkara ini semasaknya sebelum membuat keputusan, ini kerana peperiksaan penting kerana ia yang akan mendorong pelajar untuk belajar. oleh itu, pendapt umum perlu diambil.


bagi saya kedua2 peperiksaan ini tidak menjadi masalah jika ianya diteruskan. kerajaan perlu menjalankan kajian secara menyeluruh berkenaan dengan kelemahan sistem pendidikan kita.. seperti kualiti guru dan kemudahan serta kelengkapan sekolah..


Thanks Everyone,

Selalu nya setiap syor atau perubahan yang di buat kerajaan atau kementerian, semesti nya ada sebab yang tertentu. Pada dasar nya ada lah baik untuk di suntikan pada sistem, demi untuk tujuan memberi nafas baru yang positif kepada agensi-agensi terlibat.

Dalam kes ini ada lah pemansuhan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Rasional yang di gunapakai oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin ia lah beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

Sebelum saya memberi komen di sini , saya terlebih dehulu mendengar pendapat-pendapat awam di sana sini. Dengan tidak disengaja saya telah mendengar pendapat awam melalui corong radio Suria FM yang di kendalikan oleh orang Sabah sendiri - DJ Otoh.

Dari apa yang saya dengar, rata-rata pengirim sms tidak setuju ‘Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR)’ dimanushkan.

Sebahagian dari mereka berpendapat bahawa kira nya perkara ini di hapuskan, takut-takut penuntut akan lupa tatacara persedian untuk berhadapan dengan pepereksaan diperingkat SPM nanti.

Disamping itu kata mereka kemungkinan besar cadangan ini akan menimbulkan budaya malas kepada penuntut-penuntut untuk mengulang kaji pelajaran mereka saperti mana yang biasa nya di lakukan mereka sebelum pepereksaan dsn.

Justru itu, saya setuju dengan pendapat kalian bahawa pehak kementerian seharus nya buat kajian terperinci sejauh mana kah impak dari segi positif dan negatif nya cadangan untuk memansuhkan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.

Semuga kalian sukses


This proposal is still under consideration. We are still unsure if it will actually be implemented.


Dah namanya mungkin so jangan risaulah.. Hal ni pasti akan dikaji sedalam mungkin sebelum dilaksanakan.
Apapun sama2 lah kita lihat kejadiannya nanti.


Semoga kerajaan akan mengambil kira pandangan rakyat terlebih dahulu. Apapaun saya yakin kerajaan pasti akan buat keputusan yg terbaik utk semua pihak.


Saya setuju ujian UPSR dan PMR dimansuhkan sekurang2nya ia dapat meringankan bebanan gura dan pelajar. bagaimanapun ujian khas perlu dibuat bagi mengantikan ujian tersebut, ia bertujuan memastikan tahap pembelajaran pelajar dapat dipastikan.


Cadangan dan pandangan dari pelbagai pihak juga harus diberi perhatian sebelum memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR.


Diharapkan menteri pelajaran akan fikir masak-masak tentang cadangan ini, serta memastikan inilah cara yang sesuai sebelum meluluskannya. Walaubagaimanapun, sistem ujian ini dah digunakan berpuluhan tahun di negara kita.


seringkali bila sistem pendidikan baru diperkenalkan, ramai pihak akan membantah. saya berpendapat, sistem peperiksaan upsr dan pmr wajar dimansuhkan dan digantikan kapada kaedah penilaian berterusan yang lebih mantap yang lebih membuka minda dan kreativiti pelajar dalam melakukan sesuatu


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails