
Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Hajiji Noor mengingatkan bahawa Umno juga tidak terkecuali daripada berdepan dengan cabaran dan ancaman hebat bukan sahaja dari luar, tetapi juga dari dalam parti.
Justru itu kata beliau, ahli Parti Umno Tuaran perlu peka terhadap ancaman dalaman daripada segelintir anggotanya yang cuba memecah-belahkan parti untuk kepentingan diri.
Apa yang dimaksudkan oleh ahli-ahli tersebut ia lah agar beliau (Hajiji) sanggup menggundurkan diri dari menjadi calon UBN di DUN Sulaman ketika PRU13 nanti. Ini selaras dengan janji-janji yang selalu beliau suarakan selama ini.
Sumber: NST
Justru itu kata beliau, ahli Parti Umno Tuaran perlu peka terhadap ancaman dalaman daripada segelintir anggotanya yang cuba memecah-belahkan parti untuk kepentingan diri.
- “Yang luar jelas, ia itu dari parti pembangkang. Tapi yang dari dalam, amat berbahaya jika tidak berhati-hati.
- “Ada di kalangan kita, apabila kepentingan sudah tiada, biarpun pada mula nya mereka antara yang bersuara lantang dalam perjuangan, tapi kerana tidak mendapat peluang yang diinginkan, mula menabur fitnah, memburukkan pemimpin dengan tujuan memecah-belahkan parti.
- “Kita harus berwaspada terhadap anasir-anasir seperti ini,” katanya semasa merasmikan mesyuarat perwakilan serentak pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Tuaran di sini, baru-baru ini.
- Beliau berkata, Umno tidak boleh menjadi parti yang berjuang untuk kepentingan seorang pemimpin sahaja, sebaliknya ia perlu membela nasib rakyat di negara ini.
- “Oleh itu, jangan hasut ahli parti kerana tidak dapat pertahankan kepentingan kita. Jangan ingat kita akan disanjung atau disokong bila buat demikian, mungkin ada sesetengah yang sokong pun kerana ada tidak puas hati sendiri, tapi saya percaya terhadap mentaliti ahli-ahli parti kita yang faham apa perjuangan kita,” katanya.
Apa yang dimaksudkan oleh ahli-ahli tersebut ia lah agar beliau (Hajiji) sanggup menggundurkan diri dari menjadi calon UBN di DUN Sulaman ketika PRU13 nanti. Ini selaras dengan janji-janji yang selalu beliau suarakan selama ini.



June 28, 2010 10:02 AM
ahli2 parti seharusnya berjuang untuk parti, bukannya memecah belahkan parti.
June 28, 2010 10:50 AM
perkara seperti ini mmg talah laam berlaku dalam UMNO, seperti kita lihat ramai ahli2 UMNO yang lompat parti, mereka ini sebenar bukan seorang pejuang rakyat tp berjuang untuk diri sendiri.mereka inilah yangakan memecahbelahkan parti.
June 28, 2010 11:04 AM
Setiap parti berdepan dengan cabaran serta halangan masing-masing. Diharapkan mereka akan sentiasa mengingati tanggungjawab mereka terhadap rakyat yang diwakili.
June 28, 2010 12:01 PM
pemimpin yang hanya berjuang untuk memperolehi kepentingan peribadi tidak layak memimpin rakyat. pemimpin atasan perlu memandang serius masalah ini sebelum ianya menjadi konflik dalaman yang boleh menjejaskan reputasi kepimpinan umno.
June 28, 2010 2:49 PM
pemimpin yang selalu memecah belhkan parti tidak harus menjadi wakil rakyat,merek hanya mengutamakan kepentingn diri, bukan berjuang untuk rakyat. golongan ini tidak perlu disokong.
June 28, 2010 6:38 PM
masalahnya YB Datuk sendiri tidak sedar orang2 dia yang bikin hancur UMNO Tuaran.. malar cakap orang memecahbelahkan parti..saya tidak nampak ada segelintir ahli-ahli parti yang memburukkan parti UMNO di Tuaran..yang nyata teguran dan cercahan mereka seperti ini sepatutnya dilihat dengan lebih positif untu kkuatkan parti.. orang yang ingin memecahbelahkan parti tidak akan risau dengan keadaan UMNO yang seakan hilang taring.. kita nilai dulu apa kita buat..ngam atau tidak.. baru kita label ahli cuba memecahbelahkan parti.. jangan menuduh membabibuta.. kerana ia akan hanya menampakkan kebangangan kita di mata pemimpin pembangkang... misi kita satu..cuma terkadang cara itu yang berlainan... ok ar datuk? jogoin bana ban jomo nu.. eh nu mangan kau balik..
June 28, 2010 9:23 PM
amat mengecewakan orang-orang dalaman yang menjadi dalang kepada perpecahan parti
June 28, 2010 9:26 PM
bersatu dan muafakat adalah kunci kejayaan. lompat parti adalah bersifat pentingkan diri sendiri dan hanya sukakan duit poket yang penuh. kalau tiada habuan...manalah orang-orang ni mau lompat parti
June 29, 2010 9:34 AM
ahli2 parti seharusnya kukuh dalam pendirian serta sumpah setia mereka kepada Umno ketika mula menjadi ahli..mereka seharusnya berusaha mengukuhkan parti dan bukannya menghancurkannya...tetapi biasalah dalam politik...semua boleh berlaku sama ada kita suka atau tidak..
July 1, 2010 11:08 AM
Kita memerlukan lebih banyak pemimpin yang lantang bersuara serta pemimpin yang ada hati untuk memperjuangkan hak rakyat dan bukan semata-matanya demi wang ataupun kuasa.
Post a Comment