SUARA BEBAS TUARAN

Aktiviti Pembalakan Punca Masaalah Bekalan Air Orang Asli Di Kelantan


200 keluarga Orang Asli di Pos Pasik di Kelantan kini menghadapi masalah bekalan air tadahan bukit berlumpur akibat kegiatan pembalakan dan pembukaan ladang rakyat secara meluas di sekitar penempatan mereka.
Mereka berdepan risiko penyakit kronik apabila terpaksa menggunakan air berlumpur bagi keperluan harian sejak tiga bulan lalu.
  • Menurut seorang penduduk, Asuk Alang, 48, kegiatan yang tidak terkawal itu tanpa menghiraukan kawasan tadahan air bukit yang dahulunya bersih boleh mengakibatkan kerosakan dan pencemaran serius.
  • "Kami terpaksa menggunakan keperluan air tadahan bukit yang disediakan Jabatan Kesihatan Kelantan setiap hari walaupun tercemar kerana tidak ada pilihan lain.
  • "Sekarang air sungai juga berselut punca daripada kegiatan sama," katanya.
  • "Sebelum ini penduduk kampung marah dan keadaan kecoh sehingga hampir mencetuskan pergaduhan dengan syarikat pembalakan dan pengusaha ladang rakyat.
  • "Namun, tidak dapat buat apa-apa kerana syarikat itu mendapat kebenaran kerajaan negeri," kata Asuk kepada Bernama.
Pada 21 Okt tahun lepas, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan kerajaan negeri meluluskan 2,200 hektar kawasan hutan simpan kekal dengan ketinggian melebihi 1,000 meter untuk aktiviti pembalakan kepada sebuah syarikat swasta.
Kawasan itu sepatutnya diwartakan sebagai Hutan Perlindungan Sepenuhnya.
Sumber: BERNAMA
9 comments:

Pemantauan perlu ada jika aktiviti seperti ini menggangu kehidupan harian rakyat, terutamanya orang asli. Saya harap ada cara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua pihak.


perkara ini perlu diselesaikan segera. bekalan air yang tercemar boleh mengundang kepada wabak penyakit.


penyelesaian perlu dicari dengan segera. air bersih merupakan keperluan penduduk.


nampaknya kerajaan negeri kelantan juga tidak mampu melindungi kepentingan rakyatnya. kenapa kawasan yang sepatutnya diwartakan sebagai hutan perlindungan diberikan kepada syarikat swasta tanpa mengambil kira impak kepada orang asli dikawasan tersebut??


Perkara ini perlulah disiasat dan diselesaikan secepat mungkin. Biarlah kerajaan Kelantan bertindak dulu, diharapkan mereka akan berjaya menyelesaikan masalah ini.


Perlindungan Alam amt penting. Harap aktiviti pembalakan itu dihentikan segera demi kepentingan rakyat.


Jangan mengabaikan kepentingan penduduk sekitar sebelum meluluskan aktiviti pembalakan.


Bukan orang asli Kelantan sahaja yang terjejas, pekara begini berlaku juga di Sabah.


Ya, memang di mana-mana saja ada kes yang sama, diharapkan kerjaan negeri masing-masing boleh melakukan sesuatu untuk menangani masalah yang dihadapi rakyat.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails