

Datuk Jahid Jahim selaku Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) baru-baru ini telah menyuarakan sokongan penuh anak tempatan Sabah yang berpengalaman dan berlayakan agar diberi peluang untuk menjawat jawatan tertinggi di mana-mana Jabatan Persekutuan di negeri ini.Jahid berkata isu tersebut telah diperjuangkan oleh Parti Bersatu Sabah dari awal iaitu proses ‘Borneonisasi’.
- Menurutnya, Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah percaya pucuk pimpinan sedar akan keperluan ini dan yakin akan membuat perubahan-perubahan sesuai dengan sentimen generasi baru Sabah masa kini.
- “Walaupun telah ada usaha ke arah itu, tetapi gerakannya terlalu lambat, oleh itu Pergerakan Pemuda Bersatu Sabah memohon kepada pucuk pimpinan agar proses tersebut dipercepatkan termasuklah perlantikan-perlantikan keahlian daripada Sabah dalam Lembaga-Lembaga Pengarah sama ada di Petronas, Felda mahupun badan-badan GLC kerajaan yang lain.”
- “Tuntutan ini bukan bermakna kita bersifat ‘Parokial’ tetapi mana-mana anak tempatan Sabah yang sudah berpengalaman dan berkelayakan harus diberikan hak itu.”
- Beliau menyatakan sokongan terhadap pandangan serta mengulas kenyataan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Tuaran, Sulaiman Sabri yang disiarkan di media tempatan termasuk Sabahkini.net, baru-baru ini.
- Dalam kenyataan Sulaiman, beliau berkata masih banyak Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan di Sabah disandang pegawai dari Semenanjung sedangkan pada masa yang sama ramai di kalangan anak tempatan di negeri ini yang sudah berpengalaman dan berkelayakan mampu menunaikan tanggungjawab tersebut.
Sebelum ini, Dr Jeffry Kitingan pernah menyuarakan perkara ini dalam buku beliau berjodol ' Keadilan Untuk Sabah' agar isu ini di ambil perhatian yang serius oleh kerajaan yang memerentah.rasional nya kata beliau, kita sudah bersama Malaysia selama hampir-hampir 50 tahun.
Justru itu, sudah tiba masa nya bagi kita (anak tempat Sabah) untuk di beri mandat dan kepercayaan menjadi ketua dalam Jabatan-Jabatan Perseketuan yang terletak di Sabah ini, nyata beliau.
Ketika ditemu-bual, beliau merasakan pegawai dari Sabah telah banyak yang berpengalaman dan berkelayakan untuk menerajui serta mentadbir Jabatan Perseketuan dan agensi di Sabah selaras dengan dasar 1Malaysia.
Malang nya pada ketika itu tiada seorang pun pemimpin politik dari Sabah yang menyokong pandangan beliau. Terutama sekali parti dari komponen BN. kerana pada ketika itu, dikatakan isu ini amat sensitif untuk disuarakan.



July 2, 2010 11:58 AM
tidak akan ada kesan negatif jika anak tempatan diberi peluang untuk menjawat jawatan tinggi di Sabah. kerajaan perlu mempertimbangkan cadangan ini memandangkan ramai anak2 tempatan Sabah yang berkelayakan..
July 2, 2010 2:20 PM
anak tempatan Sabah perlu diberikan jawatan tertinggi persekutuan di Sabah, ramai anak sabah kini yang berpendidikan tinggi dan berkelayakan untuk memegang jawatan ini. mereka perlu diberi peluang, biarlah anak negeri Sabah yang mentadbir negeri Sabah.
July 2, 2010 3:10 PM
Anak tempatan yang berkelayakkan harus diberi peluang untuk menjawat jawatan tertinggi. Sangat menyedihkan untuk mengetahui pemimpin politik dari Sabah tidak menyokong orang sendiri. Adakah orang sabah begitu tidak layak? Dan satu lagi, kenapa pula isu ini amat sensitif untuk disuarakan? Diharapkan kerajaan akan mempertimbangkan cadangan Jahid.
July 2, 2010 8:54 PM
I think it's high time to give the local civil servants a chance to manage the departments in the State. We have a lot of eligible civil staffs but it is the chances to do so is what they are waiting for.
July 3, 2010 1:36 AM
Kalau mmg layak apa salahnya.. Aku pun setuju kalau anak tempatan diberi peluang utk tadbir jabatan persekutuan... Boleh juga buktikan kehebatan anak tempatan Sabah kan. hehehe
July 3, 2010 1:38 AM
Apapun hal ni janganlah dipolitikkan.. Kata orang kalau ada jodoh tak ke mana.. so lambat laun sampai juga ba giliran anak tempatan sabah ni jadi hero. hehehe
July 3, 2010 8:28 AM
hanya orang Sabah yang memahami masyarakt Sabah. oleh itu, utamakanlah anak2 Sabah untuk menjawat jawatan tertinggi dalam persekutuan di Sabah.
July 3, 2010 9:14 AM
Anak tempatan memang layak menjadi orang yang bersuara bebes dan bersemangat jiwa. Mereka haruslah diberi peluang.
July 3, 2010 9:29 AM
berilah keutamaan kepada anak2 Sabah untuk memegang jwatan tertinggi jabatan persekutuan di Sabah. mereka lebih memahami kehendak penduduk Sabah.
July 3, 2010 10:46 AM
anak tempatan sabah harus diberikan peluang untuk menjadi ketua di jabatan2 persekutuan dan agensi di sabah...ramai anak2 tempatan yang layak dari segi pendidikan dan pengalaman untuk menjawat jawatan tersebut..
July 3, 2010 10:48 AM
diharapkan agar kerajaan akan segera mempercepatkan proses tersebut yang dilihat bergerak dengan amat perlahan...
July 4, 2010 7:39 PM
sebenarnya anak-anak tempatan Sabah ramai yang layak memegang jawatan tertinggi di mana-mana jabatan perseketuan di sabah. namun, saya harap sabahan harus adil, saksama dan telus semasa memegang jawatan tersebut.
July 4, 2010 7:42 PM
ramai sabahan yang saya lihat di negeri ini yang telah memegang jawatan tinggi mementingkan bangsa dan keluarga. jika dia berbangsa bugis, bajau atau dusun maka satu jabatan itu semuanya dipenuhi pekerja sebangsanya. perkara ini patut tidak ada pada seorang yang memegang jawatan tertinggi..
July 4, 2010 7:48 PM
saya amat hormati ketua jabatan yang tidak pilih kasih samada dia itu orang SM atau Sabahan.
July 4, 2010 7:48 PM
nasihat saya, jika sabahan memegang jawatan tinggi maka dia haruslah adil dan tiada sebarang diskriminasi terhadap kaum, agama dan bangsa. jika dia dapat berbuat seperti itu, dia akan lebih dihormati dan dipuji serta menjadi contoh dan ikutan anak-anak buahnya...jika dia mempunyai kriteria sebagai ketua jabatan yang beretika maka..why not dia diberi kelayakan menjawat jawatan tertinggi.
July 5, 2010 9:31 AM
Ya, saya setuju anak tempatan patut diberi peluang untuk mentadbir jabatan persekutuan jika memenuhi kelayakan serta berpengalaman.
Post a Comment