

Demekian juga nasib jalan-jalan raya kampung di lain-lain Daerah di pedalaman negeri Sabah.
Seada nya penyelengeraan jalan-jalan tersebut tersebut ada lah dibawa kawalan Pejabat Daerah atau pun Majlis Daerah dengan menggunakan peruntukan negeri yang agak jauh dari mencukupi untuk tujuan-tujuan pembaikan dan pelbagainya.
Walau macam mana pun, menurut Menteri Kerja Raya, Dato’ Shaziman Abu Mansor, Kerajaan Persekutuan memberi jaminan kepada rakyat Sabah untuk menyediakan jalan raya kampung sebanyak 700 kilometer dalam tempoh 2010 hingga 2012.Shaziman Abu Mansor juga berkata, jaminan itu ditekankan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak ketika memperkenalkan enam NKRA iaitu jaminan beliau kepada rakyat Malaysia.
- “Ia termasuk meningkatkan bekalan air dan elektrik dan sebagainya supaya tidak ada rakyat yang tercicir dan tertinggal daripada arus pembangunan.
- “Sebagai pemimpin yang berjiwa besar yang ingin membawa negara ini menjadi negara maju pada tahun 2020, tidak ada ertinya jika ada di kalangan masyarakat di negara ini tidak dapat merasai nikmat kemerdekaan.
- “Sebab itu sebagai pemimpin dan eksekutif tertinggi di negara ini, beliau membuat jaminan dan janji untuk melaksanakannya di negeri Sabah dan Sarawak,” katanya.
- Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Penampang, bertempat di Restoran Bundusan Palace, Penampang di sini kelmarin.
- Dalam masa yang sama, Shaziman berkata, di dalam negara menuju dengan maju Perdana Menteri mengetahui masih ada di kalangan rakyat negara ini yang masih belum mengetahui nikmat pengangkutan jalan raya kampung, air dan elektrik, dan inilah yang dilakukan oleh Perdana Menteri.
Katanya, banyak perkara telah diperkenalkan sejak Dato Seri Mohd Najib menjadi Perdana Menteri, dan perkara utama yang semua orang tahu ialah visinya, iaitu Gagasan 1Malaysia, iaitu rakyat didahulukan, prestasi diutamakan.- “Sepanjang yang kita ingat bila beliau menjadi Perdana Menteri kira-kira setahun empat bulan lalu, beliau memperkenalkan program ‘walkabout’. Dan Bahagian Penampang cukup bertuah kerana telah dipilih oleh Perdana Menteri untuk dilawati dan mengadakan ‘walkabout’ di kawasan pasar Penampang.



July 21, 2010 9:03 AM
Diharapkan semua keperluan asas seperti elektrik, air dan jalan raya boleh disempurnakan.
July 21, 2010 9:27 AM
harap kerajaan akan membangunkan jalan raya di Sabah.
July 21, 2010 10:20 AM
harap kerajaan akan menyediakan kemudahan jalan raya yang sempurna di Sabah.usaha yang ingin dilakukan oleh PM sesuatu yang sangat baik. harap ianya akan terlaksana.
July 21, 2010 2:17 PM
jika sedar masalah yang dihadapi oleh rakyat dan jika sedar yang sabah memerlukan peruntukan yang banyak, oleh itu perlihatkan kepada rakyat bahawa jaminan2 tersebut bakal menjadi realiti.
July 23, 2010 9:22 AM
Ini sepatutnya tanggungjawab kerajaan negeri dan pusat untuk memastikan semua kemudahan awam dan keperluan asas disediakan dan disempurnakan.
July 23, 2010 5:45 PM
Harap janji-janji ini akan ditunaikan secepat mungkin.
July 23, 2010 5:54 PM
Penyedian infrastruktur adalah tanggungjawap kerajaan samada pusat atau negeri. Jangan mengabaikan tanggungjawap yang diamanahkan oleh rakyat.
July 25, 2010 7:54 PM
Harap jaminan ini akan dilaksanakan secepat mungkin.
July 27, 2010 9:48 AM
Betul, rakyat sentiasa mengharapkan semua perjanjian boleh ditunai terutamanya kemudahan awam.
Post a Comment