
Fahaman politik perlu diketepikan dalam usaha membangunkan ekonomi negeri terutama yang berada di bawah pemerintahan Pakatan Pembangkang.Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pemimpin tidak seharusnya mempolitikkan semua perkara sehingga menyebabkan usaha-usaha lain seperti membangunkan ekonomi negeri gagal.
"Kita tidak mahu ada (rakyat) yang terpinggir dan tidak mahu hanya Umno dan Barisan Nasional (BN) sahaja yang beri perhatian untuk membangunkan ekonomi.
"Oleh kerana itu kita berharap sentiasa ada kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dan pusat, jangan terlalu mempolitikkan sangat hingga timbul rasa tidak puas hati di kalangan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Cabaran Kayak Berhalangan di Gua Kerbau, dekat sini Jumaat.
Katanya, walaupun berada dalam negeri di bawah pentadbiran Pakatan Pembangkang, pemimpin Umno dan BN tidak akan duduk diam, sebaliknya akan sentiasa berusaha untuk mendapatkan kembali kepercayaan rakyat.



July 27, 2010 9:58 AM
ya.. kita perlu utamakan kepada pembangunan ekonomi negara.
July 27, 2010 10:04 AM
Mempolitikan semua isu tidak menyelesaikan apa-apa masalah. Ia sebenarnya membuang masa semua orang.
July 27, 2010 10:12 AM
dalam membangunkan negeri dan negara kita, fahaman politik memang perlu diketepikan. kerjasama yang erat akan mempercepatkan pembangunan di satu-satu kawasan.
July 27, 2010 10:18 AM
konsep 1Malaysia memerlukan pengisian agar ianya dapat berhubungkait dengan kehidupan masyarakat Malaysia. ianya merupakan konsep yang baik dan membolehkan kita semua hidup dalam perpaduan.
July 27, 2010 12:54 PM
Ya setuju.. Ketepikan fahaman politi dan fokuslah utk kemajuan ekonomi negeri.
July 27, 2010 12:57 PM
Jika semua pihak bersatu saya yakin semua usaha ke arah kemajuan akan lebih mudah :)
July 27, 2010 2:17 PM
ini betul, fahaman politik perlu diketepikan dalam usaha membangunkan ekonomi negeri terutama yang berada di bawah pemerintahan Pakatan Pembangkang. Ini akan membantutkan pembangunan sekiranya politik dibawa dalam pembangunan.
July 28, 2010 8:26 AM
jika benar mahu menyelesaikan isu, lakukan tindakan yang sewajarnya untuk sama2 mencari jalan penyelesaian. politik hanya mampu memanjangkan cerita isu itu namun penyelesaiannya belum tentu tercapai.
July 28, 2010 9:04 AM
pembangunan negara lebih pentng daripada utamakan fahaman politik yang entah apa2 tu.
August 2, 2010 8:27 AM
Diharapkan semua pemimpin dan wakil rakyat boleh menumpukan perhatian dalam melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah dan bukan hanya mempolitikan sesuatu hal.
Post a Comment