SUARA BEBAS TUARAN

Dapat kah Persatuan Suku Kaum Kukuh Kan Perpaduan?


Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, mahu persatuan suku kaum di negeri itu sentiasa memberi fokus kepada objektif penubuhannya yang bertujuan mengukuhkan perpaduan di kalangan anggota, sekaligus menyumbang ke arah pemantapan hubungan rakyat.
“Umpamanya, penganjuran pelbagai aktiviti kebudayaan suku kaum dengan hasrat untuk memelihara dan memartabatkan nilai budaya bangsa, adalah satu usaha murni yang perlu diteruskan,” katanya
  • Beliau berkata persatuan itu juga boleh menjalinkan kerjasama pintar dengan agensi kerajaan dan swasta bagi mengukuhkan hubungannya dengan masyarakat lain, di samping memberi tumpuan seimbang terhadap pelaksanaan program sepanjang tahun bagi manfaat anggotanya serta masyarakat umum.
  • “Kita perlu merancang dengan bijak dan menetapkan strategi bagi membolehkan persatuan berfungsi secara berkesan dan membantu etnik yang diwakili memperoleh kejayaan dalam pelbagai sektor pembangunan seperti pendidikan, ekonomi dan pentadbiran,” katanya.
Musa juga berkata keunikan Sabah yang mempunyai pelbagai suku kaum tetapi mampu hidup dalam suasana harmoni, juga merupakan contoh terbaik kehidupan bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama.
Sumber: NST
15 comments:

Jika motif persatuan tersebut adalah untuk mengukuhkan perpaduan dan iklas memperjuangkan hak rakyat. Maka saya memberikan sokongan.


perpaduan kaum telah lama wujud di Sabah. Sabah yang mempunyai pelbagai suku kaum dan budaya dpt hudup dalam keadaan harmoni. inilah keunikan Sabah.


persatuan suku kaum dapat mengukuhkan hubungan melalui kerjasama pintar yang diadakan. persatuan suku kaum juga dapat memelihara nilai budaya bangsa mereka.


Yakin boleh maka semuanya pun konpom boleh!


Saya pun sokong juga Jonny asalkan persatuan tu memang ikhlas nak kukuhkan perpaduan demi keharmonian.
Kalau sebaliknya, saya tidak mahu sokong la. hehe


Setuju mantra. Cuma bagi saya harus dikekalkan dan jangan biarkan anasir luar merosakkan perpaduan/kesatuan yang telah sekian lama wujud.


Apapun, bagi saya hiduplah dalam kedamaian. Jangan ada sengketa nanti hidup porak peranda pula :P


segala usaha yang menjurus kepada kebaikan dan kepentingan rakyat harus disokong bukan sahaja dikalangan rakyat malah NGO dan juga badan kerajaan. saya harap, persatuan2 suku kaum yang telah dan bakal wujud di Sabah mampu mencapai matlamat..


perpaduan mmg boleh dipupuk.


Insya-Allah, semuanya boleh jadi sekiranya semua bermuafakat dan saling bertolak-ansur antara kaum. Ini lebih mengukuhkan perpaduan yang telah sedia ada.


Kerjasama antara Persatuan Suku Kaum yang berlainna juga harus dipupukan.


Rakyat Sabah dari dulu lagi memang hidup mesra tanpa kira perbezaan bangsa. Perpaduan tetap kukuh selagi rakyat Sabah menolak segala unsur-unsur jahat yang merosakan perpaduan.


Persatuan2 suku kaum memainkan peranan penting dalam perpaduan antara kaum malalui aktiviti2 yang dianjurkan.


Itukah tujuan dan fungsi Persatuan Suku Kaum ditubuhkan. Jika tidak mampu memenuhi tujuan tersebut, baik ia dibubahkan.


Memang dari awal lagi semua rakyat Sabah mengamalkan perpaduan antara kaum.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails