SUARA BEBAS TUARAN

Gagasan 1Malaysia Diberi Pengisian Berhubung Kait Kehidupan Rakyat


Datuk Seri Najib Tun Razak mahu gagasan 1Malaysia diberikan pengisian yang berhubung kait dengan kehidupan rakyat di negara ini selaras dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
Perdana Menteri berkata ini untuk memastikan gagasan 1Malaysia tidak hanya bersifat “upacara” atau sebutan semata-mata.
  • “Saya nampak gagasan 1Malaysia dari segi penerimaan boleh dikatakan pada paras yang tinggi menyeluruh, cuma perlu lakukan ialah memberi pengisian konsep 1Malaysia supaya tidak bersifat “ceremonial” (upacara) atau beri kefahaman sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penghayatan 1Malaysia Masyarakat Orang Asli peringkat negeri di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Pos Betau, dekat sini, kelmarin.
  • Najib berkata rakyat sebenarnya mahu gagasan berkenaan benar-benar berhubung kait dengan kehidupan mereka dan mereka diberi layanan sama rata tanpa mengira status apabila mereka menerima perkhidmatan kerajaan.
  • Terdahulu ketika berucap pada majlis yang dihadiri lebih 7,000 orang itu, Najib berkata gagasan 1Malaysia merupakan satu gagasan yang sebenarnya telah diperjuangkan oleh Perdana Menteri-Perdana Menteri sebelum ini.
  • “Saya lihat gagasan ini sebagai satu gagasan untuk melihat masa depan negara mencapai wawasan dan impian kita,” katanya.
  • Perdana Menteri berkata gagasan itu akan mudah tercapai jika rakyat Malaysia dapat mengukuhkan perpaduan dan integriti nasional.
Najib berkata dimensi yang amat penting dalam menjayakan gagasan 1Malaysia ialah daripada segi perkhidmatan kerajaan yang mesti mencerminkan 1Malaysia.
“Kita mesti memberi layanan yang sama kepada semua termasuk kaum Orang Asli, tak ada soal siapa yang tinggi atau siapa yang rendah, bukan dari segi status,” katanya.
Sumber: NSY
8 comments:

konsep 1Malaysia harus diterapkan dalam kehidupan harian kita. iaitu amalan kerjasama, perpaduan, tolak ansur tnpa mengira budaya dan agama.


Hanya dengan kerjasama semua pihak kita boleh mencapai konsep 1 Malaysia. PM sendiri juga mengegaskan semua ahli kerajaan mematuhi konsep tersebut.


Bagus bah konsep ni. Kalau diamalkan sesunguhnya, konpom semuany sempurna :)


Betul tu Jonny. Harus ada kerjasama barulah semuanya boleh jadi :)


apa jua konsep, polisi, dasar atau perancangan kerajaan sebenarnya baik. namun ketidaksempurnaan diperingkat pelaksanaan dan peranan pembangkang telah atau boleh mempengaruhi penerimaan rakyat terhadap usaha2 kerajaan ini.


amalkan perpaduan dan kerjasama dalam diri masing2.


To make 1Malaysia work is to avoid all negativity in one's mindset.


Saya memang sentiasa menyokong konsep ini, tapi masih ada sesetengah pihak yang enggan memberi kerjasama.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails