SUARA BEBAS TUARAN

Guru-Guru Di Benarkan Berpolitik?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak syorkan agar guru-guru di benarkan berpolitik kerana menurut beliau guru-guru hanya mendidik dan tidak mempunyai kuasa eksekutif, maka tidak akan berlaku konflik kepentingan jika mereka memegang jawatan dalam parti politik.
Dalam pada itu, Kerajaan belum bercadang membenarkan pegawai siswazah lain untuk melibatkan diri dalam politik bagi mengelak konflik kepentingan, kata najib.
  • "Kita tidak mahu mereka yang ada kuasa (eksekutif) memegang jawatan (dalam politik). Bila kita ada jawatan tertentu...kuasa eksekutif, ada kemungkinan boleh berlaku pertembungan daripada segi kepentingan atau konflik kepentingan.
  • "Kita mula dengan kumpulan guru dulu, lepas itu kita tengok sama ada wajar kita perluaskan untuk kumpulan-kumpulan (pegawai siswazah) lain atau tidak," katanya.
  • Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan "Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan Suatu Pengkisahan" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya kelmarin.
  • Berikutan pengumuman itu, ia membolehkan kira-kira 140,000 guru berijazah di seluruh negara terlibat dalam politik.
  • Mengulas lanjut, Najib berkata dengan membenarkan guru terlibat dalam politik, ia akan dapat mengukuhkan lagi kepimpinan politik tanah air kerana golongan itu boleh menyumbang daripada segi kepimpinan yang bersifat intelektual.
Semantara itu,Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom menyambut baik langkah kerajaan membenarkan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 melibatkan diri dalam politik bermula 1 Ogos ini.
Beliau berkata, guru memiliki banyak ciri kepimpinan dan ia telah dibuktikan dalam sejarah negara sendiri apabila mereka menjadi antara pejuang yang menuntut kemerdekaan.
  • "Saya kira dengan cara ini mereka boleh membantu, khususnya untuk meningkatkan lagi pendidikan dan juga untuk memberi khidmat kepada masyarakat. Ini merupakan satu peluang kepada guru-guru kita dan saya ucapkan terima kasih di atas kebenaran itu," katanya selepas majlis pelancaran semaian 501 ranting karang yang dicatat dalam Malaysia Book of Record di sini hari ini. Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut Abdul Jamal Maidin.
  • Alimuddin berkata, selepas merdeka, ramai guru terlibat dalam politik namun apabila larangan berhubung pembabitan guru siswazah dalam bidang itu dikeluarkan kerajaan, mereka tidak dapat menunjukkan daya kepimpinan yang ada.
  • "Jadi, dengan kebenaran itu, guru-guru yang mempunyai kebolehan dapat menunjukkan bakat kepimpinan yang saya rasa guru-guru memang mempunyai banyak ciri itu," katanya.
Sumber: BERNAMA
16 comments:

yang paling penting guru2 dapat mengawal kecenderungan mereka agar lebih kepada tanggungjawab mereka sebagai pendidik dan bukannya politik.


guru-guru yang dibenarkan berpolitik sebenarnya adalah satu langkah bijak yang memerlukan kewibawaan dan kebijaksanaan mereka dalam memberi pengertian maksud politik tersebut. jika mereka berpolitik, itu bermakna mereka harus berfikir dalam-dalam apa maksud berplitik dalam etika perguruan dan siapa audiens yang sesuai mendengar penyampaian mereka.


guru-guru harus mengambil peluang dalam kebenaran berpolitik tersebut. namun mesti kena pada audiens dan tempatnya..


If the teachers were to involve in politics, they must always prioritize their duty as a teacher.


Hopefully the teachers are able to make their own decision on who they want to vote.


ini mungkin peluang kepada guru-guru untuk berpolitik. namun pastikan tugasan sebagai guru tidak terjejas apabila terlibat dengan politik kelak. semoga tindakan ini mampu menambahkan sumbangan seorang guru kepada negara.


harap guru2 yang aktif berpolitik takkan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pendidik.


Guru boleh b'politik, tapi jgn sampai mereka terbawa2 iedologi politik mereka ke kelas semasa mengajar...


Even so, I hope they know and still remember their main task as academician..


apa pun guru boleh atau tidak itu terpulang dengan keputusan semua. tapi apa pun, satu saj peringatan untuk para guru supa ya tidak lupa tugas utama mereka.


Banyak yang perlu dipertimbangkan jika ingin guru bergiat cergas dalam politik...bagi saya proposal ini perlu disemak semula..


Bagi saya tak salah guru dibenarkan berpolitik, cuma harus ada garis panduan supaya idea baik ni tak menjahanamkan mana2 pihak.


Appaun bagi saya semuanya terletak pada guru tu juga la. Jika mereka guru yg bertanggungjawab, rasanya mereka pasti dapat seimbangkan antara tugas dan kegiatan berpolitik.


Adakah tindakan ini wajar atau relevan untuk perkembangan negara?


jika guru teliabat dalam politik, harap unsur2 politik tidak dimasukkan dalam pembelajaran.


Apa-apa pun, diharapkan keputusan terbaik akan diambil.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails