SUARA BEBAS TUARAN

Janji Pemimpin Untuk Menyelanggara Jalan Raya Maseh DiTunggu?


Semantara menunggu peruntukan persekutuan yang di uar-uarkan datang ke Sabah dalam kadar bila-bila masa, penduduk Kg. Bonor yang terletak di kawasan pedalaman Keningau telah mula mengorak langkah untuk turun ke padang dan terpaksa bertungkus lumus bergotong-royong membaiki jalan raya ke kampung mereka yang kini rosak teruk (gambar atas) akibat limpahan air hujan lebat yang telah turun tanpa henti baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Bonor Ampalit Angimun berkata, berikutan kerosakan jalan raya yang dibina oleh syarikat pembalakan beberapa tahun dehulu kini telah menyulitkan penduduk kampung apabila keluar berurusan ke pekan Keningau, Sook dan Nabawan.
  • Katanya, penduduk terpaksa berhempas pulas bergotong-royong untuk membaiki dan membuat laluan alternatif kenderaan kerana tiada pilihan lain apabila keluar ke pekan untuk mendapat keperluan harian.
  • “Namun kerja-kerja pembaikan dengan tenaga manusia tidak bertahan lama kerana keadaannya tidak stabil. Tetapi apa yang hendak dibuat itulah kemampuan kami,” kata Ampalit kepada New Sabah Times di baru-baru ini.
  • “Inilah masalah yang dihadapi oleh penduduk sejak jalan raya rosak,” jelas Ampalit.
  • Ampalit berkata, selain penduduk kampung yang mengalami masalah, warga pendidik di Sekolah Kebangsaan (SK) Bonor juga turut mengalami masalah itu.
  • Seterusnya Menurut Ampalit, selain SK Bonor, beberapa sekolah lagi mengalami masalah yang sama seperti SK Pengaraan, SK. Pohon Batu, SK. Binanun, SK. Nangkawangan dan SK. Mamagun.
  • Katanya lagi, guru-guru sukar membawa keperluan mereka dan peralatan sekolah juga sukar dibawa masuk kerana kenderaan pengangkutan awam enggan masuk ke kawasan itu.
  • “Perkhidmatan Jabatan Kesihatan Bergerak yang sebelum ini mengunjungi kampung ini mengikut jadual kini tidak lagi dapat menjalankan perkhidmatan mereka berikutan kerosakan jalan raya yang dibina syarikat pembalak itu,” tambah Ampalit.
  • Ampalit memberitahu, beberapa tahun yang lalu semasa aktiviti pembalakan masih aktif di kawasan itu jalan raya berkenaan sentiasa diselenggara.
  • Namun katanya, apabila pembalakan tidak lagi aktif jalan raya yang menjadi laluan utama penduduk kampung semakin teruk dan kini sukar dilalu oleh kenderaan.
  • Katanya, walaupun sekali sekala syarikat akan muncul di kawasan itu pada masa ini tetapi mereka tidak menyelanggara jalan raya itu.
  • Ampalit berkata, sebagai Pengerusi JKKK beliau sering didesak oleh penduduk kampung untuk mengemukakan masalah itu kepada pihak-pihak yang berkenaan.
  • “Justeru itulah saya terpaksa menyuarakan masalah ini melalui akhbar,” katanya sambil merayu kepada kerajaan menyenaraikan jalan raya tinggalan syarikat pembalak itu sebagai jalan raya kerajaan sama ada jalan negeri atau jalan Persekutuan.
Katanya lagi, sejak kebelakangan ini penduduk kampung itu sering disogokkan dengan janji oleh pemimpin-pemimpin di kawasan itu bahawa masalah itu akan diatasi.
Tetapi sehingga kini katanya, belum ada apa-apa tindakan yang diambil menyebabkan penduduk kampung mengeluarkan kata-kata yang sumbang terhadap kerajaan.
Sumber: NST
11 comments:

diharapkan jalanraya yang baik dapat disediakan untuk kegunaan penduduk dikawasan berkenaan. ini bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk.


sungguh teruk keadaa jalan raya dik wasan tersebut, wakil rakyat kawasan tersebut harus tampil untuk menunaikan janji meyelanggara jalan tersebut demi kemudahan penduduk.


Diharapkan perjanjian ini boleh ditunai, jangan hanya janji-janji manis yang tidak dapat dicapai.


Tunaikanlah janji tu kalau dah buat janji bah. Jangan dibiarkan saja..


betul tu zaimi. Jalan raya ni penting. Kalau jalan raya terlalu teruk sampai tak boleh diguna mcm mana penduduk nak berhubung.


Memang teruk pun mantra. Patut hal ni dah ditanggani dari mula lagi.. Kesian para penduduk di sana.


Jadi kepada pihak2 yang telah menabur janji tu cubalah tunaikannya.


Betul tu Jonny. Sama2 lah kita harap masalah penduduk ni dapat perhatian.


diharapkan dengan tersiarnya kesukaran yang dihadapi penduduk kampung tersebut, pihak kerajaan dapat mengambil langkah seiring dengan kemahuan mereka.


baikilah jalan raya tu.. jika jalan raya rosak, ia memberi byk kesulitan terhadap penduduk.


Keperluan asas seperti air, elektrik dan jalan raya sepatutnya disempurnakan untuk kegunaan rakyat. Harap semua pemimpin menumpukan perhatian pada perkara ini.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails