SUARA BEBAS TUARAN

JKTS Tawarkan 500 Jawatan Kosong DI Sabah

Labels:

Lebih 500 kekosongan pelbagai jawatan ditawarkan kepada para pencari kerja atau belia di daerah ini dalam sesi temu duga terbuka yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Kerja Sabah pada 17 Julai ini.
Pengerusi Penganjur program Juara Rakyat Karnival Belia Gegar III Abdul Kassim Hj Razali berkata, sesi temu duga terbuka yang disediakan dalam program Juara Rakyat Karnival Belia Gegar III itu merupakan julung-julung kali diadakan.
  • Menurut Abdul Kassim para pencari kerja dan belia yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan sama ada dalam sektor swasta atau syarikat-syarikat tempatan di sini bolehlah menghadirkan diri pada program Juara Rakyat Karnival Belia Gegar III yang diadakan di Tuaran Futsal Arena, Kampung Lok Batik Jalan Sulaman dekat sini pada Sabtu ini, katanya pada Rabu.
  • Bersempena dengan temu duga tersebut, para majikan daripada sektor swasta dan syarikat-syarikat tempatan turut turun padang dalam menjayakan program Juara Rakyat kali ini.
  • Abdul Kassim berkata, mereka yang berminat untuk menghadiri sesi temu duga itu, boleh datang ke tempat yang disebutkan dengan berpakaian kemas, membawa dokumen diri berserta sijil-sijil persekolahan yang berkaitan.
  • Selain lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), para graduan juga dipelawa untuk menghadiri temu duga berkenaan termasuk mereka yang memiliki sijil latihan kemahiran.
  • “Program temu duga terbuka seumpama itu perlu direbut oleh kalangan belia terutamanya mereka yang masih belum mempunyai sebarang pekerjaan.
  • “Sebenarnya masih banyak peluang pekerjaan yang perlu direbut oleh para belia dan pencari kerja di negeri ini, katanya.
Dikatakan para belia perlu bijak mencari peluang pekerjaan di tempat sendiri dan tidak perlulah ke luar Sabah semata-mata untuk mencari pekerjaan kerana apa yang jelas kebanyakannya daripada mereka pernah tertipu dengan janji-janji kosong majikan dan tawaran pekerjaan yang benar-benar tidak pasti.
Sumber: NST
8 comments:

belia2 sabah terutamanya yang masih belum mendapat pekerjaan perlu merebut peluang ini dan elakkan diri dari menjadi mangsa agensi2 pekerjaan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan di luar sana.


Bgs betul oo program ni. Saya harap para belia manfaatkanlah kesempatan ni sebaik mungkin.


Saya setuju sangatlah dengan artikrl ni.Memang patut pun belia bijak rebut peluang pekerjaan di Sabah & tak perlu susah-susah lagi p luar negeri..


program seperti ini perlu giat dijalankan untuk membasmi pengangguran di negara kita.


ini peluang yang harus dimanfaatkan terutamanya golongan belia yang sedang mencari pekerjaan..


This is their chances to grab the opportunities coz it doesn't come that often. :)


Tengok, memang ada jawatan kosong yang ditawarkan. Selalu ada pihak yang ingat tiada kerja baik di Sabah. Mereka tu belum tengok betul-betul lagi.


senaraikan kerja kosong di sabah


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails