SUARA BEBAS TUARAN

Kerajaan Gagal Laksanakan Akta Gaji Minima?


Rangkaian Warga Negara Tertindas (Jerit) dan gabungan pekerja kilang dan kesatuan sekerja hari ini menghantar memorandum kepada Kementerian Sumber Manusia mendesak dilaksanakan Akta Gaji Minima.
Mereka juga mendesak supaya kerajaan memansuhkan pindaan-pindaan ke atas ketiga-tiga Akta melibatkan para pekerja.
  • Penyelaras Jerit K Simon berkata pindaan-pindaan kepada ketiga-tiga Akta itu, yang bermula sejak 2007 dan diluluskan pada penghujung tahun tersebut dan kini dipinda semula pada tahun ini.
  • "Implikasi pindaan-pindaan itu terhadap para pekerja ialah para pekerja tidak boleh mendakwa para majikan ke mahkamah kecuali ketika menuntut pampasan berdasarkan kes tertentu, sehingga maksimum dua tahun.
  • "Ini tidak adil. Sudahlah Akta Gaji Minima tidak dilaksana, sekarang ini mereka mahu meminda peraturan-peraturan melibatkan para pekerja, kesatuan sekerja dan hubungan industri.
  • Kira-kira 50 pekerja dari Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang mengadakan perhimpunan secara aman di luar pejabat Kementerian Sumber Manusia pagi tadi, manakala 25 ahli yang lain, merupakan sebahagian dari delegasi yang menemui Menteri Dr S Subramaniam.
  • Mereka membawa sepanduk tertera perkataan "Hidup Para Pekerja," Hidup Perjuangan," dan "Hidup Rakyat," sebagai menyuarakan bantahan sambil dikawal oleh pihak polis.
  • Simon berkata Jerit diberitahu oleh Menteri berkenaan bahawa Kementerian telah melancarkan sebuah lawan blog untuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat Malaysia mengenai Akta Gaji Minima.
  • "Persoalannya bagaimana ramai pekerja di Malaysia mempunyai komputer atau akses kepada komputer?
  • "Menteri terkejut dan marah apabila diberitahu hanya 77 responden menjawab kaji selidik yang dijalankan," kata Simon.
  • Menurut beliau, Jerit telah mengendalikan kaji selidik secara rambang melibatkan 1,000 pekerja di lima buah negeri – Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor – meminta pandangan mereka mengenai gaji minima.
Beliau berkata statistik menunjukkan 66% yang ditemubual memperolehi pendapatan di antara RM350 hingga RM650 sebulan.
"Ini menunjukkan majoriti pekerja Malaysia hidup di bawah paras Akta Gaji Minima yang mereka perjuangkan. Malahan sesetengah daripada mereka memperolehi pendapatan jauh di bawah paras kemiskinan," kata Simon.
Sumber: Free Malaysia Today
11 comments:

pelaksanaan gaji minima sehingga koni masih lagi dalam kajian, untuk melaksanakan gaji minima ia perlu mengambil kira keadaan ekonomi negara. bagaimanapun diharap kerajaan dapat melaksanakan gaji minima dgn secepat mungkin.


lama sudah pelaksanaan gaji minimum diperjuangkan oleh kesatuan sekerja seperti MTUC, namun, sehingga kini ia belum lagi dilaksanakan, hrap kerajaan akan melaksanakan gaji minimum dngn segera! masih ramai lagi pekerja dimalaysia yang menerima gaji yang amant rendah sehingga mencecah RM400 sebulan. ia tidak mencukupi untuk menampung kehidupan dimana kos hidup semakin meningkat.


kerajaan perlu mempertimbangkan tuntutan2 yang dibuat oleh Jerit dan mengambil kira tindakan mereka sebagai respon keseluruhan rakyat terhadap pelaksanaan akta gaji minima ini. jika negara yang lebih miskin seperti Sri Lanka, Pakisatan, Bangladesh dan Vietnam boleh ada Gaji Minima, kenapa tidak Malaysia yang lebih maju dan membangun daripada mereka..


Akta Gaji Minima harus dikuatkuasakan secepat mungkin...akta2 yang mencabul hak pekerja juga harus dipinda...


diharapkan agar hak dan kepentingan pekerja dilindungi...ramai golongan pekerja yang bergaji kecil terutama mereka yang bekerja di sektor bukan kerajaan...pekerja di sektor kerajaan adalah jauh lebih baik berbanding dengan pekerja bukan sektor kerajaan...diharap agar kerajaan akan memandang serius perkara ini...tanpa pekerja, negara tidak akan menjadi seperti hari ini...


kelewatan menentukan kadar gaji minima ni adalah kaitan dengan implikasi kewangan pihak swasta dan kerajaan. apapun kadar gaji minima ni harus diselesaikan segera kerana ramai yang sudah tidak tahan dengan kos hidup yang semakin hari semakin tinggi


isu akta gaji minima ni sebenarnya mengambilkira banyak perkara..ia termasuklah implikasi terhadap kewangan negara, perbezaan gaji ketara antara sektor swasta dan kerajaan, selain itu insentif dan kemudahan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan dan swasta juga amat berbeza, dan jika disetarakan...sudah tentu ramai majikan swasta terpaksa gulung tikar! so mana yang pekerja mahu, dibuang kerja atau gaji rendah?


kajian terperingi terhadap semua sektor pekerjaan tentang akta gaji minima wajar dikaji semula..dan perlaksanaan harus mengambil semua peringkat dan gred gaji mengikut tahap pendidikan SPM, STPM, Diploma dsb


Walaupun saya berharap akta gaji minima ini boleh dilaksanankan, tapi difahami akta seperti ini bukan senang dilakukan kerana ada banyak faktor yang perlu diambil kira. Ini mengambil masa kerana pertimbangan serta pengajian diperlukan.


Why don't they implement the Minimum Salary Act immediately? It should be as some employers tend to give their staffs a very low salary..


There must be some reasons on why the Government didn't implement this Act.

I hope this will not be politicize by opposition.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails