SUARA BEBAS TUARAN

Kesusahan Jadikan Motivasi Untuk Berjaya, Keluar Dari Kemiskinan?


Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun syorkan agar kemiskinan bukan penghalang untuk berjaya, sebaliknya ia boleh dijadikan motivasi untuk berjaya dan keluar daripada kepompong kemiskinan.
Kerana kata beliau, kerana kejayaan dalam apa sahaja bidang termasuk pendidikan dan kerjaya adalah bergantung kepada usaha diri sendiri.
  • “Tiada sebab mengapa kita tidak boleh berjaya dalam hidup dan mengubah taraf hidup keluarga daripada yang susah kepada yang lebih baik, sekiranya kita ada kesungguhan dan ketabahan menempuhi cabaran.
  • “Sebagai contoh orang cacat penglihatan pun ada yang berjaya kerana mereka ada kesungguhan dan kegigihan. Oleh itu saya menasihatkan para pelajar supaya tidak menjadikan faktor kemiskinan keluarga sebagai alasan untuk tidak berjaya dalam hidup,” katanya.
  • Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvokesyen kali pertama Kolej Eastern di Promanade Hotel, di sini, kelmarin.
  • Dari segi peluang pekerjaan, Masidi berkata hampir 70 peratus daripada mereka yang menjadi jutawan dalam perniagaan tidak pernah masuk universiti.
  • “Pendidikan (diploma dan ijazah) memang penting tetapi ia bukan syarat utama untuk berjaya dalam perniagaan dan bukan jaminan untuk mendapatkan pekerjaan, apa yang penting ialah kesungguhan dan keazaman.
  • “Ada dikalangan generasi muda yang mempunyai diploma atau ijazah tetapi tiada pekerjaan kerana mereka tiada inisiatif untuk menambah ilmu selepas menamatkan pengajian di universiti, misalnya mempertingkatkan penguasaan dalam bahasa Inggeris dan bahasa asing yang lain,” katanya.
  • Beliau berkata, penguasaan dua atau tiga bahasa asing akan meningkatkan nilai pasaran atau peluang yang lebih luas kepada seseorang untuk mencari pekerjaan termasuk menjadi pemandu pelancong.
  • “Korea adalah antara pelancong paling ramai melancong ke negeri ini namun terlalu sedikit pemandu pelancong yang berkebolehan dalam bahasa itu.
Sumber: NST
10 comments:

untuk keluar dari kemiskinan ini, kita tidak perlu menunggu bantuan dari kerajaan atau bergantung sepenuhnya dengan bantuan tersebut. memotivasikan diri sendiri adalah cara yang paling berkesan untuk keluar dari kepompong kemiskinan. dalam hal ini, belia muda memainkan peranan penting dalam memperbaiki diri mereka bagi melahirkan generasi dan bangsa yang maju dimasa hadapan.


Saya sokong sebab kemiskinan bukannya penghalang kejayaan!


Asalkan berusaha dengan tekun saya yakin Tuhan pasti akan permudahkan jalan untuk kita bah. Kata orang hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.. so [pndai2 lah kita ya.


Betul 2718. harap2 belia muda kini dapat membuktikan mereka mampu berjaya dalam hidup demi masa depan yg cerah dan juga generasi masa depan.


kegigihan dan kesungguhan adalah kunci utama untuk mencapai kejayaan.


saya bersetuju..kemiskinan kalau dilihat dari sudut yang positif boleh memberikan kita semangat untuk berjaya.


saya setuju..kemiskinan kalau dilihat dari sudut yang positif boleh memberikan kita semangat untuk berjaya.


kimiskinan harus dilihat sebagi pemangkin untuk kita mengejar kejayaan. kemiskinana bukannya penghalang kejayaan.


True. Poverty should be a motovation to get out of poverty. The youths have to work hard and prove to the people out there that they can change their poor lives into a better and nicer ones.


Ya, betul tu. Jangan menjadikan kemiskinan itu sebagai halangan. Jika bertekad, seseorang boleh keluar dari kemiskinan. Jangan tunggu bantuan orang lain, kita sendiri yang harus membantu diri sendiri dahulu.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails