SUARA BEBAS TUARAN

Lagi Kes Bayi Di Buang Oleh Ibu Bapa

Foto: Dua bayi lelaki ditemui ditinggalkan di dua tempat berasingan. Seorang (kiri) ditemui di belakang rumah di Rawang, Selangor, manakala seorang lagi (kanan) ditemui di atas tong sampah depan sebuah rumah di Sikamat, Negeri Sembilan.
Sabtu lalu seorang bayi lelaki bernasib baik kerana ditemui dan diserahkan oleh satu pasangan di pusat perlindungan bayi di Petaling Jaya, berbeza pula nasib yang menimpa dua si kecil ini (gambar).
Minggu ini, 2 orang lagi bayi telah dibuang oleh ibu mereka tanpa belas kasihan. Seorang di belakang sebuah rumah di Taman Mawar, Rawang, manakala seorang lagi di atas tong sampah di Taman Sri Pulai 3, Sikamat, dekat Seremban.
  • Dalam kedua-dua kejadian kelmarin, kedua-dua bayi lelaki tersebut yang masih bertali pusat dapat diselamatkan oleh mereka yang prihatin. Ibu bayi itu juga ditahan hasil maklumat dan tindakan pantas pihak polis.
  • Dalam kejadian di Rawang, kehadiran bayi itu disedari seorang wanita yang terdengar tangisan di belakang rumahnya di Taman Mawar. Beliau lalu membuat laporan polis.
  • Hasil maklumat, polis berjaya menahan remaja perempuan berusia 18 tahun yang dipercayai ibu bayi itu.
  • Ketika ditemui oleh Cik Jamilah Nazardin, 40-an tahun, pada 9.30 pagi, bayi itu hanya beralaskan daun pisang tanpa dibalut dengan seurat benang menyebabkannya kesejukan.
  • Sementara itu, di Seremban, bayi berkenaan ditemui ketika sedang menangis kelaparan dan kesejukan pada 4.45 petang oleh pekerja pengangkut sampah.
  • Seorang saksi, Encik Maiden Machapu, 42 tahun, seorang pemandu lori sampah, berkata seorang pekerjanya yang sedang mengangkut sampah di salah sebuah rumah menyedari kehadiran bayi itu.
  • Tambahnya, rakannya itu meminta beliau turun untuk melihat sendiri bayi berkenaan yang ditemui beralaskan akhbar dan lengkap berpakaian.
  • Sabtu lalu, seorang bayi lelaki seberat 2.7 kilogram yang dilahirkan pada hari sebelumnya, menjadi bayi pertama diserahkan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim (OrphanCare).
Pusat itu diwujudkan sebagai Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini yang julung kali dilancarkan di negara ini pada 29 Mei lalu.
Bayi itu diserahkan oleh ibu bapanya yang berusia awal 20-an yang masih belum berkahwin dan merahsiakan kandungannya daripada pengetahuan keluarga dan rakan.
Sumber: CyNews,Utusan Malaysia.
3 comments:

Teruk betulah ibu-bapa yang tidak bertanggungjawab ini. Walaupun dah rasa terdesak pun tak patut membuang kandungan sendiri dengan tidak berbelas kasihan. Memang susah hati bila nampak kes seperti ini, nasib baik kedua-dua bayi terbiar ini terselamat.


Throwing an innocent baby is the worst sin one can imagine. I wonder how can these irresponsible naive parents sleep at night.


Its heartbreaking seeing these babies being abandoned. Those irresponsible parents should have thought about the consequences of fornication. When there are many MARRIED couples that are unable to conceive , these irresponsible parents abandoned their babies or worst- undergo an abortion. These irresponsible parents should have handed over their child to those married couple. They will be more than happy to take in and raise the child as their own.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails