SUARA BEBAS TUARAN

MTUC sokong kempen kerajaan Buru Majikan Yang Menggaji Pekerja PTI

Labels:

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menyokong kempen kerajaan bagi memburu majikan yang melakukan kesalahan menggaji pekerja asing secara tidak sah.
Bagaimanapun, kesatuan itu berharap pekerja yang menjadi mangsa akibat majikan yang tidak bertanggungjawab tidak akan dikenakan denda.
Kerajaan seharusnya memberi kemudahan dan tanpa sebarang gangguan membenarkan pekerja tersebut meninggalkan negara, kata Naib Presiden MTUC A.Balasubramaniam.
  • Beliau memberitahu Bernama pekerja berkenaan tidak harus dipersalahkan sekiranya visa mereka tidak diperbaharui kerana ia adalah di bawah tanggungjawab majikan untuk berbuat demikian.
  • Beliau mengulas mengenai usaha terkini Jabatan Imigresen untuk menangkap majikan yang menggaji pekerja asing secara tidak sah.
  • Beliau menyatakan MTUC telah banyak kali mengemukakan masalah kategori pekerja tersebut kepada pihak berkuasa yang berkaitan pada masa lalu tetapi tiada penyelesaian dicapai.
Statistik terbaru Kementerian Sumber Manusia menunjukkan terdapat 1.9 juta pekerja asing digaji secara tidak sah di negara ini.
Sumber:BERNAMA
10 comments:

lakukan operasi besar2an di semua tempat terutamanya Sabah yang mungkin bilangan pekerja asingnya lebih ramai berbanding dengan negeri2 lain. semoga kempen ini berjaya..


Kalau time buat siasatan tu cek la tu kedai juga bukan setakat soal siasat majikan. Macam yang di sandakan tu, bila ada rondaan polis semua pekerja pati disuruh becuti@betapuk oleh majikan. Reda sudah baru p kera..


Tapi kempen ni bagi saya perlu juga kerjasama dari semua pihak. So sama2 lah kita mainkan peranan kita, mana tau dapat kurangkan patii di Sabah :)


Apapun saya harap kempen ni berjaya. All the best :)


majikan yang mengambil pekerja asing tanpa sah perlu diambil tindakan tegas. selain itu, harap kerajaan dpt menyelesaikan masalah kebanjiran pendatang tanpa izin yang berleluasa terutamanya di Sabah.


majikan yang menggaji pekerja asing tanpa izin perlu dikenakan tindakan yang tegas. ini bagi memastikan majikan tidak lagi menggaji pekerja asing tanpa izin pada masa akan datang.


Saya turut menyokong kempen ini, jika kita hendak menghalang PTI daripada bertambah. Tindakan tegas patut dijatuhkan kepada mereka dan juga sesiapa yang melindungi mereka.


ini memang patut dilakukan. majikan yang tidak mematuhi undang-undang memang patut diburu.


semoga terlaksan dengan jayaan kempen ini utnuk membenteras PTI dan majikan sekali.


Untuk menurunkan bilangan PATI yang bekerja secara haram di Sabah, tindakan tegas perlu diambil. Jangan memberi peluang.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails