SUARA BEBAS TUARAN

Penahan Permit Suara Keadilan Dan Rocket Hanya Memburukkan Imej Umno-BN?

Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) merasakan bahawa tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menahan permit Suara Keadilan dan Rocket dilihat sebagai kebimbangan kritikal Umno BN menghadapi kebangkitan rakyat yang kian tegar mempersoalkan dasar-dasar kerajaan akhir-akhir ini.
Setiausaha , Tarmizi Mohd Jam berkata, jika Umno BN dalam keadaan kuat, stabil dan selamat, maka sudah tentu penahanan, penafian hak dan penggantungan permit dua lidah rasmi PKR dan DAP itu tidak dilakukan, sebaliknya ia akan diberi seperti biasa.
  • “Tindakan tidak popular itu hanya memburukkan imej Umno BN yang menguasai kerajaan dan sekaligus mengesahkan sikap tidak demokratik mereka terhadap kebebasan bersuara dan bermaklumat di negara ini.
  • “Mengapa Umno BN sanggup merosakkan imejnya, mencalar kepercayaan rakyat jika tidak kerana mereka benar-benar dalam keadaan terdesak untuk mempertahan kuasa yang kian tergugat akibat lambakan maklumat berani, telus dan bersifat reformasi,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
  • Menurut Tarmizi, KAMI yakin, kekangan terhadap media cetak sejak akhir-akhir ini terpaksa dilakukan oleh kerajaan bagi mengurangkan fakta tepat kepada rakyat, khususnya yang berkaitan isu-isu politik yang boleh menikam dan menghakis pengaruh Umno dan BN.
  • “Sebagai persediaan nekad menghadapi pilihan raya umum ke-13, dan mempertahankan kuasa yang sedia ada, demi untuk merampas kembali Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta Kelantan yang terlepas ke tangan Pakata Rakyat, maka sudah tentulah kerajaan Umno-BN terpaksa bertindak 'membunuh' suara rakyat melalui dua lidah rasmi ini, kerana ia menjadi perhatain rakyat,” katanya.
  • Menurut Tarmizi adalah mustahil jika Suara Keadilan dan Rocket tidak berbisa, permitnya ditahan.
Begitupun, katanya, tidak bermakna kelulusan permit lidah rasmi PAS, Harakah menjadi petunjuk keadilan dan sikap profesional KDN.
“Sebaliknya amaran keras, larangan dijual di premis awam serta arahan dibesarkan perkataan "Hanya Untuk Ahli Sahaja" pada maskhead akhbar itu jelas kekangan melampau yang tidak wajar wujud dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.
  • “KAMI terus mendesak agar KDN menghormati hak kebebasan bersuara, sistem demokrasi berparlimen dan menghormati kebijakan bermaklumat dengan mengembalikan semula kedua-dua permit Suara Keadilan dan Rocket kepada parti-parti berkenaan, sebagai lidah rasmi dan menarik semula amaran keras yang tidak munasabah yang dikenakan ke atas Harakah,” katanya lagi.
  • Menurutnya, sebagai lidah rasmi parti, dan bukannya akhbar komersial adalah amat tidak wajar sama sekali KDN menafikan hak-hak warga negara ini dalam menegaskan suara mereka.
  • Katanya, tindakan tidak memberikan permit bermakna kerajaan 'menggam' mulut rakyat, memaku minda dan mengganyang rakyat dengan dipaksa menerima maklumat sebelah pihak.
Beliau berkata, berbanding penguasaan Umno BN terhadap media tradisi seperti RTM, TV3, NTV7, NTV9, Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, News Strais Times, beberapa akhbar berbahasa Cina dan India; kekangan KDN terhadap Suara Keadilan, Rocket dan Harakah boleh digambarkan sebagai tindakan tegar dari emosi takut, bimbang dan risau kerajaan Umno BN hilangnya segenggam kuasa yang membukitkan kekayaan kepada pemimpin dan kroni, yang memayahkan rakyat dan yang memayungi kezaliman.
Sumber: TV Selangor
13 comments:

Akta Penerbitan dan Mesin Cetak telah memberi Menteri Dalam Negeri kuasa mutlak dalam hal ini. sudah tentu mereka mempunyai alasan sendiri kenapa menahan permit tersebut. dan mungkin PR juga akan melakukan perkara yang sama jika umno/BN jadi pembangkang.


memang betul, lambang roket adalah sedikit mengelirukan rakyat seperti di negeri Sabah. mungkin lambang roket tersebut perlu diubah kepada suatu simbol yang lebih mesra rakyat


sebenarnya penahanan permit tersebut memang agak memburukkan BN-UMNO...cuma sekiranya mereka didapati boleh membuat masyarakat huru hara dan kekeliruan maka adalah wajar permit mereka ditahan


How about if it's the other way round? PKR becomes the ruling party and BN-UMNO becomes the opposition? I'm sure the same thing will happen..


penahanan permit suara keadilan dan roket dilakukan atas sebab dan alasan tertentu. semua media perlulah mematuhi peraturan yang ditetapkan.


kedua akhbar ini ditahan permitnya kerana ia mengeluarkan kenyataan yang oleh mengelirukan rakyat.


apa pun, penerbitan haruslah mengikuti undang-undang yang telah ditetapkan.


Mungkin bagi sesetengah pihak yg mahu mempertahankan benang yg basah - anggap hal ni burukkan imej umno...
Tapi bg yg matang, saya yakin mereka tahu penahanan permit ni adalah utk bagi pengajaran supaya jgn salahgunakan kebebasan yg diberikan :P


Jadi moralnya, berpada-padalah dalam segala sesuatu k :P


BN patut tahu apa yang mereka perlu buat untuk terus mendapatkan keyakinan dan sokongan rakyat.


media di malaysia haruslah mengeluarkan berita mengikut undang2 dan peraturan yang telah ditetapkan.


stricrwbila permit ini ditahan memang memburukan lagi imej umno,seolah- olah rakyat disajikan/dipaksa untuk menelan bulat-bulat berita yang kerajaan sediakan!! sekiranya bahan2 berita yang disiarka melalui suara keadilan/ roket ada lah fitnah, kenapa tidak disaman saja ke mahkamah?? mengapa berdiam diri?? kemudian permit akhbar ini pula ditahan??


Walauapa-apa pun, diharapkan BN akan membuat apa yang betul.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails