
Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) dijangka akan mengadakan satu perhimpunan aman sebagai kempen Tak Nak Judi hari ini, di Masjid Negara. Demekian menurut Setiausahanya, Suhaizan Kaiat.Beliau menyatakan bahawa perhimpunan tersebut ada lah terbuka kepada semua agama dan bangsa.
Suhaizan memberitahu, himpunan akan dimulakan dengan solat Zuhur dan solat hajat secara berjemaah di masjid bagi yang beragama Islam sebelum ucapan daripada wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik sekaligus pelancaran kempen berkenaan.
Katanya, modus operadi judi dan dadah adalah hampir serupa menjadikan pelanggannya sebagai mangsa untuk memperkayakan beberapa kerat orang kaya dan yang ketagihan sebagai pelarisnya.
Sumber: HarakahDaily
Suhaizan memberitahu, himpunan akan dimulakan dengan solat Zuhur dan solat hajat secara berjemaah di masjid bagi yang beragama Islam sebelum ucapan daripada wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik sekaligus pelancaran kempen berkenaan.
- "Mari kita buktikan kepada negara bahawa generasi Anak Muda Malaysia bencikan judi. Marilah kita buktikan kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bahawa kami semua bencikan judi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat turut berkata, negara bakal mencipta sejarah hari ini kerana buat pertama kalinya sejak merdeka, rakyat berjaya menolak judi sukan dan GMJ melangkah ke hadapan dengan mendidik rakyat membenci judi yang merupakan amalan yang tidak baik dan boleh meruntuhkan keluarga, masyarakat dan negara.- "Kita harus menginsafi di sana terdapat anak-anak, wanita, orang tua dan keluarga yang telah lama menjadi mangsa kepada ketagihan judi ini,” ujarnya.
Katanya, mereka ditendang, disepak, dipukul dan dihina oleh suami atau anak-anak mereka yang kalah judi.- “Mereka semua menanti kita semua menyelamatkan negara daripada amalan yang jelas bertentangan dengan semua agama ini," katanya lagi.
Katanya, modus operadi judi dan dadah adalah hampir serupa menjadikan pelanggannya sebagai mangsa untuk memperkayakan beberapa kerat orang kaya dan yang ketagihan sebagai pelarisnya.



July 3, 2010 10:48 AM
apa2 kempen yang dianjurkan yang berkaitan dengan menbantah judi sememangnya baik untuk menimbulkan kesedaran. namun kempen tersebut lebih elok jika dibuat dalam bentuk seminat atau program, bukannya melalui perhimpunan beramai2..
July 3, 2010 12:04 PM
Saya pun benci judi. Tak Nak judi, ia hanya merugikan.
July 3, 2010 3:31 PM
judi patut dihapuskan walau macammana cara pun....ia sudah menular ke semua golongan tidak kira kaya atau miskin.
July 3, 2010 3:34 PM
judi melekakan dan pihak berkuasa harus memantau perkara ini daripada berleluasa kepada semua golongan masyarakat.
July 4, 2010 10:01 PM
People should avoid gambling as it would effect their life negatively.
July 4, 2010 10:03 PM
Raykat haruslah berkerja keras untuk mencari duit. Jangan melaburkan duit untuk judi.
July 4, 2010 10:07 PM
Gambling may cause a person to get addicted to it and eventually will cause the person to go bankrupt. People should be wise in spending their money and not waste their money on gambling as it will effect their life negatively.
July 5, 2010 9:35 AM
Katakan tak nak kepada judi. Walaupun agama saya tidak membantah perjudian, tapi saya rasa perjudian ini tidak membawa manfaat kepada sesiapa pun. Saya juga tidak bersetuju dengan segelintir pihak yang menganggap perjudian ini sebagai budaya orang bukan Melayu.
Post a Comment