SUARA BEBAS TUARAN

PKR Jangan Jadikan Kemiskinan Sebagai Isu Politik?


Baru-baru ini naib presiden PKR Dr Jeffrey Kitingan baru-baru ini yang mengatakan bahawa tidak ada apa-apa yang perlu dibanggakan dengan jumlah anggota Umno yang ramai di Sabah di sebalik negeri ini yang kedua termiskin di negara.
Dikatakan UMNO Sabah tidak merasa senang terhadap komen tersebut. Dalam ulasan nya, Pemuda Umno Sabah menggesa Parti Keadilan Rakyat (PKR) jangan jadikan masalah kemiskinan di negeri ini sebagai isu politik kerana ini tidak akan dapat menyelesaikan masalah itu.
  • Ketuanya, Azman Ruslan, berkata pemimpin yang bertanggungjawab, kedua-dua dalam kerajaan dan pembangkang, mempunyai tanggungjawab bersama bagi membanteras kemiskinan.
  • “Kita jangan hanya tahu memberitahu orang ramai bahawa negara kita miskin tetapi tidak berbuat apa-apa menangani masalah itu.
  • “Kerajaan BN (Barisan Nasional) yang diketuai Umno adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan sebab itu ramai penduduk Sabah telah menyertai Umno kerana mereka percaya parti itu mempunyai kredibiliti dan kemampuan untuk membawa pembangunan sosio-ekonomi di negeri ini,” katanya.
Sumber: NST
10 comments:

kemiskinan tidak semestinya disebabkan kerajaan atau parti politik. individu itu sendiri perlu memajukan diri untuk keluar dari cengkaman kemiskinan. jangan hanya bergantung harap dengan bantuan kerajaan untuk terus hidup.


Memang tak patut pun politikkan isu kemiskinan ni. Bukannya kerajaan yang miskinkan rakyat.. so jangnalah asyik salahkan kerajaan bah.


Saya agak setuju dengan pandangan 2718, kadang2 dari individu juga ba tu... kalau mahu keluar dari cengkaman kemiskinan pasti dapat bah asalkan berusaha.


Jika semua pihak bekerjasama, barulah mudah utk selesaiakan atau penuhi setiap keperluan rakyat :)


Tapi kalau fikir logik kan, pembangkan sepatutnya tak tunding jari ja ba.. Kalau betul bertanggungjawab dorang patut sama berganding bahu, ketepikan fahaman politik dan bantu rakyat terlebih dahulu utk keluar dari lubuk kemiskinan. kan???


So lepas ni saya harap PKR akan lebih matang dalam melakukan sesuatu dan pastikan tabiat suka menunding jari tu tidak diamalkan:P hehhee


semua pihak seharusnya bekerjasama dalam membasmi kemiskinan di negara kita.


semua pihak perlu bersama-sama membantu dalam membasmi kemiskinan. jangan hanya disandarkan kepada satu-satu pihak sahaja.


I had enough with the he said, she said and he said, he said games. It gets on my nerves. I gotta agree, PKR shouldn't politicize the poverty issues. And also I agree with 2718. It's up to the individuals whether to get up and work hard to fed the family and get out of poverty. He/she can't depend on Government forever.


Terlalu banyak isu yang dipolitikan. Semuanya hanya cakap kosong buat sementara, lepas tu, tiada juga apa yang dibuat untuk menyelesaikannya. Saya harap parti-parti tidak kira pembangkang ataupun BN akan ikhlas memperjuangkan isu yang dihadapi rakyat dan bukan hanya dijadikan drama untuk menarik perhatian pengundi.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails