
Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Tan Sri Hasmy Agam mengesa Kerajaan perlu menjalankan siasatan terperinci terhadap nasib wanita dan kanak-kanak perempuan kaum Penan di Ulu Baram, Sarawak yang mendakwa dirogol serta didera secara seksual.- Beliau berkata suruhanjaya itu, yang amat bimbang mengenai dakwaan rogol dan penderaan seksual wanita Penan itu, sedang dalam proses menilai tindakan sewajarnya untuk dilaksanakan.
- Rogol dan penderaan seksual adalah kesalahan jenayah yang serius dan merupakan isu yang amat membimbangkan SUHAKAM, terutamanya berhubung keselamatan, kebajikan dan maruah wanita serta kanak-kanak perempuan Penan, katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
- Beliau menggesa polis dan agensi berkaitan yang lain supaya memulakan siasatan mereka terhadap dakwaan itu, dan menimbangkan merit beberapa laporan lain bagi memastikan penjenayah terbabit dihadapkan ke muka pengadilan.
Beliau berkata dakwaan itu diketengahkan kepada umum menerusi media pada 2008 dan sekali lagi dilaporkan dalam penerbitan terbaru oleh gabungan badan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Penan Supports Group.“Laporan pencarian maklumat pasukan petugas yang diwujudkan pada 2008 oleh Kementerian Pem-bangunan Wanita, Keluar-ga dan Masyarakat telah mendedahkan keterangan berhubung penderaan, dan beberapa syor berkaitan faktor lain yang menyumbang kepada penderaan turut dimasukkan dalam laporan berkenaan,” kata-nya.



July 23, 2010 9:29 AM
Diharapkan pihak berkuasa boleh mengembalikan keadilan kepada mangsa-mangsa ini. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan.
July 23, 2010 10:08 AM
harap pekara ini dapat diselesaikan..pesalah yang melakukan jenayah berkenaan perlu dihadapkan ke pengadilan..
July 24, 2010 10:30 AM
perkara ini perlu ambil serius, pelaku perlu diberi hukuman berat.
July 25, 2010 11:04 PM
huhuhu.. apa nak jadi dengan dunia hari ini :(
July 25, 2010 11:05 PM
Setuju dengan pandangan kamurang semua. Bah sama2 la kita berharap agar hal ni dapat diselesaikan dan pelaku dapat hukuman yang setimpal.
July 27, 2010 9:55 AM
Penyiasatan yang lanjut diperlukan, diharapkan pihak berkuasa boleh membantu mangsa-mangsa ini dan mencegah perkara yang sama berlaku.
Post a Comment