

Seramai 103 Pendatang Tanpa Izin (PTI) berjaya ditahan oleh Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu sepanjang menjalankan Operasi Khas bermula sejak 5 Ogos lepas dan berakhir pada 9 Ogos lalu, disekitar kawasan Felda Sahabat dan Tungku.
Sepanjang tempoh operasi itu juga katanya, pihak polis juga telah melakukan sebanyak 347 pemeriksaan kenderaan dan mengeluarkan sebanyak 145 keping saman kepada pesalah lalul intas menerusi tiga lokasi sekatan jalan raya yang dijalankan.
Sehubungan itu kata Fuad pihaknya akan meneruskan penugasan operasi dan kawalan di kawasan yang dipertanggungjawabkan demi menjamin keselamatan penduduk daerah Lahad Datu.
Sumber: NST
- Pegawai Pemerintah BN 17 PGA Lahad Datu, Superitenden Ahmad Fuad Othman berkata, operasi itu dijalankan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu melibatkan seramai 148 pegawai dan anggota dari BN 17 PGA, serta 22 Pegawai dan anggota dari IPD Lahad Datu daripada pelbagai unit cawangan melibatkan jenayah, narkotik dan trafik.
Kata Fuad, antara kawasan operasi berkenaan adalah meliputi lokasi yang dikenalpasti adanya aktiviti salah laku jenayah seperti PTI, penyeludupan, perlanunan, penyalahgunaan dadah, kesalahan lalu-lintas termasuk di kawasan persisiran pantai dan laut.- Sementara itu, katanya jumlah PTI yang ditahan itu adalah melibatkan 63 warga Filipina terdiri 49 lelaki dan 14 wanita, serta 40 warga Indonesia terdiri 36 lelaki dan empat wanita. Kesemua mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri.
Sepanjang tempoh operasi itu juga katanya, pihak polis juga telah melakukan sebanyak 347 pemeriksaan kenderaan dan mengeluarkan sebanyak 145 keping saman kepada pesalah lalul intas menerusi tiga lokasi sekatan jalan raya yang dijalankan.Sehubungan itu kata Fuad pihaknya akan meneruskan penugasan operasi dan kawalan di kawasan yang dipertanggungjawabkan demi menjamin keselamatan penduduk daerah Lahad Datu.



August 25, 2010 8:21 AM
operasi seperti ini harus diteruskan agar lebih ramai PTI dapat ditahan selepas ini.
August 25, 2010 8:59 AM
operasi seperti ini perlu diteruskan lagi kerana ramai lagi PTI yang berada di Lahad Datu.
August 25, 2010 9:13 AM
Bagus, teruskan usaha membanteras PATI.
August 25, 2010 9:27 AM
lakukan operasi berterusan di kawasan ladang kelapa sawit dan bandar Lahad Datu. jumlahnya pasti jauh lebih ramai..
August 25, 2010 9:32 AM
apa2pun, tahniah kepada pasukan PGA Lahad Datu dan teruskan usaha membersihkan Lahad Datu dari PATI..
August 25, 2010 9:32 AM
teruskan usaha lagi bagi menangani masalah PTi yang tidak pernah ada kesudahannya ini. Kerjasama dari semua pihak adalah penting bagi memberi maklumat dan memudahkan operasi pihak berkuasa.
August 25, 2010 9:39 AM
Good job to PGA. Hopefully more will be captured.
August 25, 2010 11:25 AM
Saya percaya akan lebih ramai lagi yang akan mengalami nasib yang sama, ditangkap dan bersedia untuk dihantar balik kenegara asal mereka. Semoga operasi seperti ini berterusan.
August 25, 2010 1:11 PM
jmlah 103 PTI yang ditangkap itu adalah terlalu sedikit, sya yakin masih terdapat beribu-ribu PTI di kawasan Lahad Datu, mereka ini perlu dikesan dan ditahan. operasi bersepadu perlu lebih giat dijalankan.
August 25, 2010 2:05 PM
Bagus! Walaupun baru 103 but it's a start. Teruskan usaha kamu!
August 25, 2010 2:19 PM
Syabas! Diharapkan lebih byk PTI berjaya ditahan bukan sahaja di Lahad Datu tetapi juga di lain2x daerah.
August 26, 2010 1:06 AM
Bah taniah, dan teruskanlah usaha!
August 26, 2010 1:07 AM
Walaupun jumlah ni masih sikit, tapi sekurang-kurangnya sudah ada yang kena tangkap.
August 26, 2010 1:08 AM
Saya setuju gunner. Operasi sebegini harus diteruskan dan kalau boleh tempat lain pun buat juga operasi ni. hihihihi
August 26, 2010 1:09 AM
Ramai yang memuji usaha ni. So please keep it up k. Rakyat pasti menantikan perubahan yang positif hasil dari operasi ni.
August 26, 2010 1:11 AM
Ya Badrul. Semua pihak patut bagi kerjasama supaya operasi yang dijalankan berjalan lancar.
August 26, 2010 9:18 AM
Diharapkan PATI-PATI ini akan diusir satu hari nanti. Jangan memberi peluang, ia salah memasuki negara lain secaram haram.
August 26, 2010 7:58 PM
Bahagian Pantai Timur sememangnya mempunyai PTI yang paling ramai. Lahad Datu bagaikan dikerumuni semut2 hitam kecil jika dilihat dari Singgah Mata atau dari jendela hotel. Operasi sebegini patut dijalankan dua kali dalam sebulan..:)
August 27, 2010 9:37 AM
Teruskan usaha dan ambillah tindakan tegas terhadap mereka. Diharapkan negeri kita akan mencapai sifar PATI satu hari nanti.
Post a Comment