
Polis menahan tiga orang lelaki termasuk seorang warganegara Indonesia di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan yang boleh memudaratkan keselamatan negara dan dipercayai mempunyai hubungan dengan aktiviti kumpulan militan di luar negara.Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, dua lagi lelaki yang ditahan merupakan warganegara Malaysia.
Beliau berkata, warganegara Indonesia itu ialah Mustawan Ahbab, 34, seorang eksekutif pemasaran yang ditangkap di Bukit Indah, Ampang.
Katanya warganegara tempatan yang ditahan ialah Samsul Hamidi, 34, seorang kontraktor yang ditangkap di Temerloh Pahang, dan Sheikh Abdullah Sheikh Junaid, 70, pengarah urusan sebuah syarikat yang ditangkap di Taman Melur, Ampang.
Ketiga-tiga mereka kini ditahan mengikut Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, katanya.



August 12, 2010 9:41 AM
tahniah kepada pihak polis kerana berjaya menahan mereka yang ingin menggugat keselamatan negera. harap kes ini disiasat dgn teliti.
August 12, 2010 9:53 AM
kumpulan militan boleh menjejaskan keselamatan negara. setiap individu perlu mengelakkan diri daripada terlibat dengan kumpulan militan.
August 12, 2010 9:54 AM
Diharapkan mereka yang ditahan diberikan peluang membicarakan kes mereka sebelum dikenakan hukuman ISA.
August 12, 2010 10:14 AM
jangan biarkan pengganas masuk ke Malaysia..
August 12, 2010 11:04 AM
keselamatan negara perlu dijaga ketat daripada ancaman luar.
August 12, 2010 11:20 AM
Don't let this 3 men off the hook yet till there is proof that they are not involved.
August 12, 2010 11:22 AM
Do further investigate this case and hopefully the culprits will arrested.
August 13, 2010 9:59 AM
Jadi, penyiasatan dan pembicaraan diperlukan sebelum apa-apa hukuman ataupun tahanan dijatuhkan.
August 14, 2010 10:14 PM
Terrorist shouldn't be allowed to enter our country. It will be our demise if they manage to enter by passing the security.
August 16, 2010 8:59 AM
Kita belum pasti lagi adakah mereka terlibat, semua orang berhak diberikan peluang perbicaraan dahulu sebelum dijatuh hukuman. Jika didapati mereka memang terlibat barulah kita mengambil tindakan yang wajar.
Post a Comment