SUARA BEBAS TUARAN

Anwar Berjaya Ubah Lanskap Politik Malaysia?

Labels:

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menjelaskan antara peranan paling penting yang dimainkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang ialah melalui pengaruh beliau, rakyat Malaysia buat pertama kalinya dapat menyaksikan sejarah terlakar dalam perubahan besar lanskap politik negara pada pilihan raya umum 2008.
"Setiap tindakan dan pandangannya memberikan kesan yang penting terhadap halatuju negara kita. Mesej ucapan selamat ulang tahun saya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebagai tokoh politik yang penting, menjadi harapan agar kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan di negara kita," kata Kit Siang.
  • Beliau antara pimpinan serta jutaan penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia yang mengucapkan selamat menyambut ulangtahun ke-63 kepada Ketua Umum KEADILAN itu yang disambut pada hari ini.
  • "Sambutan ulang tahun ke-63 Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut dalam tahun yang sentimental. Setiap tahun, kita menyambutnya, termasuk ketika beliau di penjara. Saya masih ingat lagi kek yang kami hantar kepadanya, telah dihalang oleh pihak polis seolah-olah makanan tersebut merupakan ancaman kepada keselamatan negara," kata Pengarah Stategi dan Politik KEADILAN, Tian Chua.
  • Tian yang juga Ahli Parlimen Batu berpendapat, untuk sebahagian rakyat Malaysia, ulangtahun Anwar Ibrahim bukanlah perkara peribadi terutamanya apabila mengenangkan pelbagai penindasan dan penganiayaan terhadap beliau sejak gerakan Reformasi tercetus 12 tahun dahulu.
  • "Sudah tentu kami akan maklum dengan tarikh ini dan ianya merupakan satu tanda daripada perjuangan hak asasi manusia," kata beliau.
Dalam nada yang sama, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar melahirkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa Anwar dan keluarganya yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadapnya oleh rejim Umno-Barisan Nasional.
"Walaupun pada usia 63 tahun kekuatan mental dan fizikal beliau masih jelas kelihatan dan usaha beliau untuk melihat wajah baru Malaysia tidak pernah pudar. Saya kagum dengan keazaman beliau menghadapi cabaran, dan yakin rakyat Malaysia tetap akan memberikan kepercayaan dan sokongan kepadanya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 kelak," ujar Mahfuz.
Sumber:TV Selangor
8 comments:

Walaupun begitu, tapi rakyat tetap akan memilih pemimpin dan parti yang masing-masing ingini pada PRU-13.


selamat menyambut ulangtahun dan selamat menyumbang kepada rakyat dan negara.


yang penting adalah kepentingan rakyat. apa pun, rakyat tahu siapa yang selama ini telah membawa pembangunan dan kemajuan kepada negara.


setiap pemimpin mempunyai penyokong masing2. namun penyokong siapa labih ramai kita akan tau pada PRU13 nnti.


Kita tunggulah PRU-13, barulah semua akan didedahkan.


The most important thing now is to served to the people's needs first. By then, we will just have to wait and see for the next 13th General Election.


Undi jangan tak undi bila PRU-13 nanti.


pilihlah dengan sebaik-baiknya kerana itulah yg akan menentukan kehidupan kita nanti.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails