SUARA BEBAS TUARAN

Beberapa Sekolah Di Sabah, Sarawak Dalam Keadaan Fizikal Yang Kritikal


Sebanyak enam peratus daripada 9,642 sekolah di negara ini yang diaudit oleh Jawatankuasa Audit Kemudahan Sekolah Kementerian Pelajaran dikategorikan dalam keadaan fizikal yang kritikal.
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata kebanyakan sekolah dalam kategori itu terletak di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.
Katanya, antara masalah yang dihadapi ialah soal pendawaian elektrik dan kekurangan kemudahan rumah guru.
Berikutan masalah ini yang turut dialami sekolah menengah, sekolah-sekolah berkenaan terpaksa menumpang di bangunan sekolah rendah.
Bercakap kepada pemberita selepas melawat SK Pekan Beluran , Mohd Puad berkata laporan akan dikemukakan dalam mesyuarat pasca kabinet pada Rabu depan.
Sumber: mStar
13 comments:

Diharapkan perkara ini boleh diselesaikan secara baik kerana pendidikan adalah penting untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dan juga membantu perkembangan negara kelak. Sekolah yang baik dan juga sistem pendidikan yang lebih elok diperlukan.


sekolah-sekolah yang dikategorikan dalam keadaan fizikal yang kritikal perlu dibaiki. ini bagi menyelesaikan sebarang kesulitan yang dihadapi.


masalah yang dihadapi oleh sekolah2 ini perlu diberi tumpuan oleh kerajaan, penambaikkan perlu dilakukan agar keselesaan pelajar dan guru dalam proses pembelajaran dpt dikecapi.


Satu perancangan yang amat teliti dan semoga ini akan dapat memajukan pendidikan di seluruh negara dan akan melahirkan generasi yang celik pandai...


sekolah2 seperti ini harus diberi perhatian. ia perlu dibangunkan demi pendidikan anak2 masa kini. jika keadaan sekolah yang tak selesa, amat suka untuk pelajar menumpukan pelajaran dgn baik. oleh itu. kemudahan perlu dipertingkatkan.


sekurang2nya bagilah sekolah2 di pendalaman ini kemudahan yang paling asas untuk kemudahan pembelajaran dan keselesaan tempat tinggal untuk guru2. jangan abaikan pelajar2 di pendalaman kerana mereka juga merupakan aset yang bernilai untuk negara dimasa hadapan.


keadaan sudah berubah..dunia juga semakin hari semakin canggih, jangan ada yang tertinggal dalam menikmati perubahan ini. Segera la bantu mana2 yang memerlukan disamping menunaikan segala janji yang belum dikotakan kepada rakyat.


Kesiannya keadaan sekolah2 tu.. hhmmm harap hal ni akan diberi perhatian sewajarnya!!


Ya betul tu Jonny. Keadaan fizikal sekolah harus dititikberatkan bagi memastikan sistem pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.


Jadi pihak berkenaan haruslah berusaha menanggani perkara ini. Jangan dibiarkan berlanjutan; kesian paru murid dan guru yang terlibat!


Betul tu songkilou. Perancangan rapi harus dibuat bagi memastikan keberkesanan sistem pendidikan negara. Dan paling penting faktor asas seperti keadaan fizikal harus dititikberatkan!


Setuju Antanum. Gunakan sebaik mungkin teknologi yang ada. Ikuti arus perkembangan seadanya bagi memastikan sekolah2 tidak ketinggalan zaman:)


Saya harap peruntukan yang mencukupi akan diluluskan kepada semua sekolah yang memerlukannya supaya proses pembaharuan dan perbaikian boleh dijalankan.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails