SUARA BEBAS TUARAN

Benar kah Tawau Daerah Pertama Sifar Miskin Tegar Di Sabah?


Dengan keadaan yang kita lihat disana-sini, ada lah amat susah untuk memestikan bahawa salah sebuah daerah di Sabah ini telah mencapai status 0- miskin.
Selalunya, selain dari stastik yang di buat selaku penyata tahap kemiskinan terhadap sesebuah keluarga itu, logistik bilangan paras pengganguran (yang kini maseh kabur), perlu
juga di ambil kira sebagai elemen pengesahan total.
  • Namun dilapurkan kelmarin, seramai 393 Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) yang berdaftar dengan e-Kasih di Tawau telah diberikan dividen RM400 sebulan pada setiap suku tahun.
  • Selain itu, 100 daripada mereka berpeluang menambah pendapatan dengan bekerja dan tinggal di ladang tersebut.
  • Dengan ini, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman dengan bangga nya telah mengisytiharkan Tawau sebagai daerah pertama di negeri ini yang berjaya mencapai status sifar kemiskinan tegar.
  • Kejayaan itu katanya dicapai hasil program-program peningkatan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan termasuk melalui Projek Pembangunan Ladang PPRT di Kalabakan.
  • “Hari ini kita mencatat sejarah kerana Tawau menjadi daerah pertama di Sabah mencapai miskin tegar sifar.
  • “Usaha ini akan diteruskan bagi memastikan kejayaan sama dicapai di kawasan-kawasan lain sekali gus menjadikan Sabah menjadi negeri sifar kemiskinan tegar,” jelasnya.
  • Beliau berkata, usaha dan kejayaan kerajaan itu secara tidak langsung mengetepikan tohmahan pembangkang yang mengatakan kerajaan tidak melakukan apa-apa untuk membela nasib rakyat.
  • Sementara itu, di dalam ucapannya pula, Musa memberitahu bahawa satu akaun amanah khas ladang PPRT telah ditubuhkan di Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah.
  • Akaun amanah khas itu ditubuhkan bagi mengurus dan mengawal keuntungan ladang-ladang terlibat dan ketika ini Kerajaan Negeri telah mencarum RM7 juta bagi tujuan pembayaran dividen peserta.
  • Beliau turut memberitahu, pelan tindakan dan hala tuju bersepadu yang dilakukan Kerajaan Negeri selama ini juga berjaya membantu KIRMT di negeri ini melepasi pendapatan garis kemiskinan tegar.
Sebagai perbandingan jelasnya, jumlah KIRMT berjaya diturunkan kepada 14,770 KIRMT pada 21 Julai 2010 berbanding jumlah yang dicatatkan pada 31 Disember 2009 iaitu seramai 18, 294 KIRMT.
Kejayaan itu katanya dicapai hasil sasaran pembinaan 30 Ladang Mini Estet Sejahtera (Mesej) di negeri ini di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
However and at last but not least, dari saya, 'Bravo and thumbs up for Daerah Tawau'.
Sumber: NST
26 comments:

tahniah, mungkin ini satu permulaan yang baik tapi perlu diingat bahawa perjalanan masih jauh untuk Sabah menjadi sebuah negeri sifar kemiskinan tegar. oleh itu, teruskan usaha sehingga pembebasan kemiskinan ini mampu dinikmati di seluruh Sabah. tahniah..


tahniah..
harap lepas ni kawasan lain pun akan bebas daripada kemiskinan tegar.


"Benar kah Tawau Daerah Pertama Sifar Miskin Tegar Di Sabah?" -Suara Bebas Tuaran.


Macam tidak percaya ja. haha.. Apa2x pun, tahniah!


Usaha sebegini patut diteruskan. Moga2 kemiskinan di seluruh pelusuk Sabah dapat dikurangkan :)


Betul tu Ted :)
Teruskan usaha k :)


saya cadangankan agar pihak-pihak yang terlibat dalam meningkatkan taraf hidup penduduk Tawau atau mana-mana daerah miskin tegar di Sabah ni memikirkan bagaimana untuk menjadikan mereka tidak bergantung kepada insentif RM400/bulan tersebut. Berikan kepada mereka pancing untuk menangkap ikan dan bukan berikan mereka ikan yang hanya boleh sekali makan sahaja. Kalau mereka ada skill tangkap ikan bermakna mereka boleh berdikari tanpa perlu bergantung penuh kepada bantuan tersebut..


Fikir untuk ajar para penduduk miskin tegar berdikari dan jika pemberian rm400/bulan tersebut disekat kerana terdapat krisis kewangan maka mereka akan kembali sebagai miskin tegar. Pemberian insentif tersebut hanya terhad kepada orang kurang upaya, ibu tunggal, orang-orang tua dsbnya...


pemberian insentif bulanan rm400/bulan adalah cara yang tidakakan mampu membebaskan penduduk miskin tegar sampai bila-bila pun. Cuba kita lihat konsep FAMA, mereka ajar orang2 miskin berniaga seperti memberi mereka kursus-kursus tani atau berkenaan dengan industri makanan. Jika mereka tahu menghasilkan makanan dan berniaga maka mereka akan tahu berdikari. Jika kita berikan mereka subsidi...habis bulan habislah belanja...tanpa ada recycle!


bgslah jika Tawau menjadi daerah yang sifar kemiskinan tegar, ini sebagai permulaan untuk membasmi kemiskinan tegar di sabah.


apapun, harap kemiskinan tegar dapat dihapuskan di sabah.


Diharapkan usaha ini boleh diteruskan sehingga semua daerah di Sabah boleh mencapai O kemiskinan.


Baguslah..Tahniah. Sememangnya semua daerah patut sifar kemiskinan tegar.


Kita semua kena berusaha supaya semua kawasan boleh mencapai sifar miskin di Sabah.


Kita harap Sabah akan mencapai sifar miskin tegar.


Dengan kekeyaan sumber semulajadi di Sabah, miskin tegar tidak patut wujud, bagaimanapun usaha kerajaan negeri patut digalakan dan harus dipercepatkan supaya sifar miskin tegar di Sabah.


Satu titik permulaan yang menggalakan. Dari Tawau, kita memandang ke Daerah lain di Sabah.
Satu hari nanti, Sabah diisytihar sifar miskin tegar.


Industri kelapa sawai amat berpotensi. Kaedah felda harus dikaji kerajaan negeri. Kejayaan Felda di semenanjung meningkatkan pendapatan dan taraf hidup bumiputera boleh di 'copy' di Sabah.


Pengumuman ini mengembirakan dan harapan Sabah mencapai sifar miskin tegar maju selangkah lagi.


Pengumuman ini mengembirakan dan harapan Sabah mencapai sifar miskin tegar maju selangkah lagi.


Memang tepat orang menyifatkan kelapa sawit sebagai buah emas.
Industri kelapa sawit mampu membangunkan Sabah dari kancang kemiskinan.


Harap benar Tawau sudah sifar miskin tegar.


Selain dari golongan miskin tegar, masih ramai lagi yang masih hidup diperingkat miskin mudah.
Golongan ini mungkin lebih tinggi sedikit pendapatan dibanding dengan golongan miskin tegar, susah juga kehidupan mereka.


Mengikut angka yang diumumkan pihak kerajaan, ia adalah benar.


Kerajaan tidak mungkin memberi ruang kepada pembangkang untuk dikutuk dengan menyediakan maklumat yang palsu.


Tawau paling berpotensi menghapukan kemiskinan kerana perusahaan kelapa sawit yang sangat maju. Jika rakyat golongan miskin diberi peluang menceburi bidang ini, dalam masa singkat mereka akan dikeluarkan dari kancang kemiskinan.


Saya fikir ini adalah benar dan berasas.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails