


Pihak berkuasa harus mengambil tindakan tegas terhadap sebarang perbuatan yang boleh mencetuskan sentimen perkauman agar ia tidak menimbulkan natijah yang buruk, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas video klip terbaru yang menyentuh isu perkauman oleh Namewee(gambar di atas) atau nama sebenarnya Wee Meng Chee.
Namewee (gambar) yang berasal dari Muar, Johor, sebelum ini pernah menimbulkan kemarahan orang ramai apabila menghasilkan video klip yang menghina lagu kebangsaan, Negaraku.
Menurut Muhyiddin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah menyatakan bahawa isu seumpama ini akan diberi perhatian serius.
Semantara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (gambar) mengesa Kerajaan agar mengambil tindakan undang-undang termasuk 'buang negeri' ke atas Wee Meng Cheng atau dikenali sebagai 'Namewee' ekoran perbuatannya menerbitkan klip video berbaur perkauman.
Beliau berkata, tindakan tegas perlu diambil bagi membuktikan kerajaan sememangnya menangani isu-isu perkauman secara serius.
Beliau berkata, apa yang dilakukan Namewee merupakan satu bentuk provokasi yang disengajakan selain jelas menunjukkan pemuda itu tidak insaf meskipun pernah memohon maaf atas kesalahannya mengubah lirik lagu Negaraku kepada Negarakuku suatu ketika dahulu.
"Jangan bagi muka kepada individu seperti ini kerana tindakannya itu jelas menimbulkan kemarahan serta keresahan di kalangan rakyat.
Dalam isu yang sama, Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar (gambar) pula menyifatkan tindakan pemuda yang pernah menuntut di Universiti Ming Chuan, Taiwan itu sebagai biadab, kurang ajar dan tidak boleh dimaafkan.
Tegasnya, hukuman keras perlu diambil ke atas Namewee termasuk mengenakan tindakan buang negeri.
Sumber: UM Online
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas video klip terbaru yang menyentuh isu perkauman oleh Namewee(gambar di atas) atau nama sebenarnya Wee Meng Chee.
Namewee (gambar) yang berasal dari Muar, Johor, sebelum ini pernah menimbulkan kemarahan orang ramai apabila menghasilkan video klip yang menghina lagu kebangsaan, Negaraku.Menurut Muhyiddin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah menyatakan bahawa isu seumpama ini akan diberi perhatian serius.
Semantara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (gambar) mengesa Kerajaan agar mengambil tindakan undang-undang termasuk 'buang negeri' ke atas Wee Meng Cheng atau dikenali sebagai 'Namewee' ekoran perbuatannya menerbitkan klip video berbaur perkauman.Beliau berkata, tindakan tegas perlu diambil bagi membuktikan kerajaan sememangnya menangani isu-isu perkauman secara serius.
Beliau berkata, apa yang dilakukan Namewee merupakan satu bentuk provokasi yang disengajakan selain jelas menunjukkan pemuda itu tidak insaf meskipun pernah memohon maaf atas kesalahannya mengubah lirik lagu Negaraku kepada Negarakuku suatu ketika dahulu.
"Jangan bagi muka kepada individu seperti ini kerana tindakannya itu jelas menimbulkan kemarahan serta keresahan di kalangan rakyat.
Dalam isu yang sama, Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar (gambar) pula menyifatkan tindakan pemuda yang pernah menuntut di Universiti Ming Chuan, Taiwan itu sebagai biadab, kurang ajar dan tidak boleh dimaafkan.Tegasnya, hukuman keras perlu diambil ke atas Namewee termasuk mengenakan tindakan buang negeri.



September 1, 2010 8:56 AM
Jika NameWee yang dianggap megeluarkan kenyataan racis itu akan dibuang negeri. Mengapa penulisan yang berbau racis dalam Utusan Malaysia ataupun guru besar dan menteri-menteri yang pernah mengeluarkan kenyataan racis tidak diambil tindakan tegas? Bukankah ini double standard?
September 1, 2010 9:13 AM
Terlampau juga hukuman Namewee kalau dia di buang negeri...mcm mana pula racis yang lain????Tidak adil langsung.
September 1, 2010 9:15 AM
apa-apa pun ikutlah undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Apakah yang perlu untuk orang sebegini.
September 1, 2010 9:23 AM
pemuda seperti Namewee ni perlu diberi hukuman yang setimpal agar ia tidak mengulangi lagi perbuatan yang tidak menghormati kedaulatan negara kita.
September 1, 2010 10:35 AM
All Namewee did was to express his feelings regarding why the headmistress was not being punished. He didn't aim his vid generally to all malays but only to that racist woman. Its not right to expel him from Malaysia. What about that Siti woman then??
September 1, 2010 12:14 PM
Namewee, sedarlah kau tu rakyat Malaysia. kau harus menghormati sensitiviti di negara kita. jgnlah ulangi perbuatan seperti ini.
September 1, 2010 3:23 PM
However Lisa, sometimes it is not necessary wise to make wrong things right.
Whatever and wherever the case it might be, it should be treated accordingly. Then only we all could possibly move forward and toward the frontier of heaven?
Anyway, thanks for your comments.
September 1, 2010 3:57 PM
mungkin beliau mempunyai tujuan yang baik tapi penyampaiannya keterlaluan. kita tidak mahu trend beliau akan menjadi ikutan kepada generasi akan datang. malah bagi saya, cara Namewee ini lebih menyemarakan lagi api perkauman di Malaysia.
September 2, 2010 8:33 AM
mungkin namewee ingin menyampaikan suara hatinya sahaja, tetapi beliau menggunakan cara yang salah. siapa pun perlu lah mengelak daripada memainkan isu perkauman.
September 2, 2010 9:09 AM
Jika hukuman buang negeri dikenakan kepada satu daripada racis yang ada. Ianya lebih adil jika semua racis dikenakan hukuman yang sama.
Post a Comment