SUARA BEBAS TUARAN

Dapat Kah KPLB Siapkan Jalan Raya Luar bandar Sejauh 179 Km Pada Bulan Ogos Ini?

Labels:

Baru -baru ini, MenterI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan 179 kilometer jalan raya luar bandar siap dibina di Sabah antara Januari hingga Ogos tahun ini.
  • Beliau berkata ia merupakan sebahagian daripada jalan sepanjang 750 kilometer yang dicadangkan supaya disiapkan pembinaannya di seluruh Sabah sehingga tahun 2012 di bawah Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA).
  • "Setakat ini ia menepati sasaran yang ditetapkan, iaitu memastikan supaya jalan sepanjang 750 kilometer di Sabah dapat disiapkan sehingga 2012. Saya yakin menjelang hujung tahun ini, jumlah jalan yang siap akan meningkat sehingga melebihi 300 kilometer," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis berbuka pausa bersama bersama orang ramai di sini.
  • Menurutnya antara Januari hingga ke hari ini juga 122 buah rumah disiapkan di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sabah untuk didiami peserta yang layak.
Semantara itu, Musa Hj. Aman selaku Ketua Menteri Sabah melenting dan meninggikan nada suaranya apabila mendengar projek luar bandar tidak dapat dilaksanakan kerana ketiadaan dana (bajet belum sampai) di kawasan pedalaman, khususnya di Tenom.
  • “Di mana RM100 juta yang dijanjikan untuk kawasan luar bandar? Kita mendengarnya tetapi tidak melihat,” keluh Musa.
  • Seterusnya, Rasa tidak puas hati Musa itu juga, seolah-olah ditujukan kepada seseorang yang berkuasa di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) kerana gagal menyampaikan peruntukan yang amat diperlukan rakyat.
Musa juga mempersoalkan kenapa jumlah peruntukan yang begitu besar diumumkan tetapi tidak sampai kepada sasarannya, meskipun jumlah kos yang dipohon oleh daerah Tenom hanya sedikit.
Sumber: BERNAMA, SabahKini
11 comments:

rasanya masih terlalu awal untuk kita menilai kemampuan Shafie menyiapkan projek jalan raya tersebut. tetapi bagi saya ianya tidak mustahil jika beliau bersungguh2. berkenaan dengan rm100 juta, memang wajar KM melenting bagi pihak rakyat dan saya harap pihak KKLW tampil buat penjelasan berkenaan dengan isu ini.


peruntukan yang dijanjikan hendaklah diberikan agar perancangan projek pembangunan dapat dilakukan dengan lancar. diharap setiap projek pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan demi kepentingan rakyat.


peruntukan untuk projek pembangunan luar bandar telah dijanjikan, namun hingga kini ia masih belum lagi sampai, ia mmg mengecewakan, Musa Aman sebagai ketua Menteri mmg patut bertegas dgn hal ini, tindakan beliau mempersoalkan hal ini menunjukkan bahwa beliau ambil berat dgn keadaan pembangunan luar bandar. peruntukan ini kena dismpaikan dgn segera bagi pelaksanaan projek pembangunan diluar bandar.


Mestilah KM akan marah kalau peruntukan tidak disediakan untuk pembagunan.


hal ini perlu diperjelaskan mengapa dana sebanyak RM100 juta untuk pembangunan luar bandar sabah belum sampai. jika dibiarkan begini, bagaimana projek pembangunan negeri sabah nak dijalankan.


Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan.


Betul maxi shenzi. Masih terlalu awal untuk buat penilaian. Tapi saya tetap yakin, jika usaha berterusan dibuat, semuanya pasti boleh bah!


Ya jieah. Saya pun harap begitu. Setiap perancangan pembangunan haruslah direalisasikan - barulah berbaloi. hehe


Setuju mandau. Saya sokong ketegasan CM kita terhadap isu ni. Semoga hal ni dapat diselesaikan dengan baik.


Jadi janganlah mana2 pihak cuba memutar belitkan ketegasan Musa dalam hal ni. Kita sepatutnya bangga dan berterima kasih kerana ketegasan beliau adalah untuk rakyat.


Diharapkan KM mengambil tindakan yang tegas terhadap menteri yang tidak bertanggungjawab. Diharapkan juga jalan raya tersebut boleh siap dibina sebelum 2012.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails