SUARA BEBAS TUARAN

DEB Beri Peluang Besar Pendidikan Kepada Masyarakat


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kejayaan terbesar Dasar Ekonomi Baru (DEB) ialah memberi peluang pendidikan kepada masyarakat sehingga tertubuhnya Universiti Teknologi Mara dan syarikat besar seperti Permodalan Nasional Bhd.
  • “Jangan memperlekeh DEB kerana dengan adanya dasar tersebut, kita dapat peluang untuk belajar sehingga ke tahap ini,” katanya ketika merasmikan Seminar Rancangan Malaysia Ke-10 di sini, kelmarin.
  • Mustapa berkata fokus kerajaan dalam RMK-10 ialah pembangunan kapasiti dan akan menggunakan segala pengajaran dan pengalaman yang diperoleh melalui DEB untuk memastikan kejayaan rancangan tersebut.
  • “Saya akan bawa segala cadangan di sini ke Mesyuarat Peringkat Tertinggi Agenda Pembangunan Bumiputera yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi,” katanya.
  • Mesyuarat pertama yang dijangka berlangsung 12 Ogos ini, akan diadakan setiap tiga bulan sekali, di mana ia akan merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera.
  • Pada sidang akhbar, Mustapa turut menolak dakwaan luar yang kononnya Bumiputera merupakan punca utama kemerosotan pelaburan langsung asing (FDI). “Ia bukan isu,” katanya sambil menambah jumlah penglibatan Bumiputera dalam sektor pembuatan, yang merupakan sektor utama penyumbang FDI, sangat sedikit.
  • Selain itu, beliau juga mencadangkan penubuhan dewan perniagaan 1Malaysia bagi usahawan muda pelbagai bangsa yang berumur 35 tahun ke bawah, dalam usaha untuk merapatkan jurang antara kaum.
Dengan penubuhan itu, yang akan dimulakan oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM), beliau berharap usaha kerjasama strategik dapat diwujudkan, sekaligus dapat mengekalkan perhubungan harmoni antara kaum bagi kesejahteraan negara pada masa hadapan.
Sumber: NST
13 comments:

Saya akan menyokong apa-apa dasar yang betul-betul membawa kebaikan kepada semua rakyat.


diharap DEB terus menyumbang kepada pembangunan bumiputera dan kemajuan negara. pembangunan pedidikan yang dapat dibawa amat penting kepada masyarakat Malaysia.


DEB sememangnya memberikan peluang besar kepada pembangunan pendidikan...hasil daripada pelakasanaan dasar ini adalah uitm dan beberapa agensi yang lain..


harap dgn DEB ini, ia dpt meningkatkan peluag pendidikan kepada masyarakat.pendidikan amat penting dlam melahirkan insan yang berguna.


berkenaan dengan FDI, cari penyelesaian dan terima setiap kritikan atau teguran kerana mungkin ada benarnya apa yang dikatakan. lihat sahaja bagaimana pasaran buruh di Malaysia. pekerja tempatan lebih banyak demand berbanding dengan buruh asing. sebab itu FDI lebih tertarik dengan indonesia dan filipina kerana pasaran buruh mereka murah, mudah dan berkesan.


cadangan untuk menubuhkan dewan perniagaan 1Malaysia adalah amat baik..diharap kerajaan akan mempertimbangkan cadangan ini..


dengan adanya dewan pernigaan 1Malaysia itu, para usahawan muda akan dapat bersaing di samping membentuk keharmonian antara kaum yang lebih utuh lagi..


Whichever is good for the Rakyat, I'll support. I trust the government will make the right choice.


dgn ini, ia dpt meningkatkan tahap pendidikan negara.


Apa sahaja dasar2 yang diperkenalkan oleh kerajaan harus diberikan sokongan kerana dasar2 tersebut dapat memberikan manfaat kepada kita sebagai rakyat Malaysia.


Baguslah.. Semoga DEB dapat membawa perubahan yang baik utk rakyat :)


Jom kita sokong ramai2. Benda baik siapa nda mahu kan. hehe


Jika DEB ini dapat membuat sumbangan yang baik kepada masyarakat, tidak salah kalau kita menyokong.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails