SUARA BEBAS TUARAN

Dijel Kerana Buruk-Burukkan Nabi Muhammad SAW


Seorang pekerja membaiki hawa dingin Andrew Kiong Kheng Kiat, 44 tahun, di Singapura telah dijatuhi hukuman penjara dua minggu semalam kerana melukai perasaan agama sepasang suami isteri. Ini dipercayai kes seumpama itu yang pertama di sini.
Mahkamah Rendah diberitahu bahawa pada 2 Februari tahun lalu, seorang suri rumah, Cik Halinah Barudin, 38 tahun, menemui sekeping kad di cermin kereta depannya. Pada kad itu tertera persoalan yang memburuk-burukkan Nabi Muhammad saw.
  • Berasa tidak puas hati, Cik Halinah dan suaminya, Haji Mohamad Dahar Dollah, seorang pramugara, menemui pihak pengurusan kondominium mereka.
  • Mereka mahu melihat rakaman kamera CCTV di besmen tempat Cik Halinah meletak keretanya.
  • Rakaman itu menunjukkan Kiong meletakkan kad tersebut di kereta pasangan itu pada 5.30 petang hari tersebut.
  • Encik Mohamad Dahar, 40 tahun, kemudian membuat laporan polis dan Kiong disoal siasat.
  • Kiong mengaku mencetak 16 keping kad itu dan telah meletak lapan kad di kereta-kereta yang dipercayai dimiliki orang Islam.
  • Namun dia tidak dapat memberitahu lokasi kereta-kereta itu.
  • Mahkamah diberitahu juga bahawa Kiong telah membuang baki lapan kad setelah pihak berkuasa menahannya.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Cik Adrean Loo, berkata terdapat pesalah sebelum ini yang dikenakan tuduhan mempunyai niat tidak baik dan menggalak permusuhan di kalangan pelbagai bangsa di bawah Akta Hasutan.
Kesalahan melukakan hati perasaan penganut agama lain sama seruis kerana ia membawa kepada hukuman maksimum denda dan penjara tiga tahun.
Sumber CyNews
12 comments:

Kita sentiasa perlu ingat menghormati agama dan kepercayaan orang lain. Hormati orang lain dulu sebelum mahukan orang menghormati kita.


tdak kira sesiapa pun, kita perlulah menghormati orang lain terutamanya dalam pekara berkaitan agama. kita perlu hidup dalam keadaan yang saling hormat menghormati dan bertolak ansur agar keharmonian terjaga.


adalah tidak baik menghina agama lain, ia boleh memecahbelahkan umat manusia.


That man definitely deserve to be in jail. He should be in jail for few months and not weeks.


perbuatan seumpama hanya akan membawa kepada keburukkan...


kita haruslah menghormati agama dan kepercayaan orang lain yang berbeza dengan kita..kemajmukan ini haruslah dilihat sebagai satu kekuatan bagi kita untuk hidup dalam sebuah masyarakat yang harmoni...


Menghina agama orang lain hanya akan mengundangkan masalah. Sila menghormati agama lain.


kita harus menghormati agama lain, jika kita saling hormat menghormati, hidup akan lebih harmoni.


Respect each others religion is a must if you want you religion to be respected.


Memalukan!!!!!!!!!!!!!


Harap hal ni jadi pengajaran. Hormatilah agama org lain... Apapun, saya harap jgn kerana isu ni orang yg tak bersalah dikaitkan sama...
Bagi saya si kiong ja ba ni setengah tiang!!! huhuhu


Saling menghormati agama orang lain adalah diperlukan, ini ajaran semua agama.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails