SUARA BEBAS TUARAN

Gaji Yang Rendah Antara Punca 41,000 Kekosongan Jawatan Di Sabah Tidak Di Isi


kadang-kadang kita terasa aneh bagaimana hanya sebanyak 1200 anak tempatan yang telah memperolehi kerja dalam tempoh tujuh bulan ini.
Sedangkan menurut Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Jainab Ahmad, terdapat sebanyak 41,492 kekosongan jawatan yang belum di isi dalam pelbagai sektor pekerjaan bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
  • Beliau menekankan bahawa daripada jumlah kekosongan itu sebanyak 25,068 kekosongan dalam industri pertanian, 4,969 kekosongan industri pembuatan dan selebihnya dalam industri pembinaan.
  • Namun selanjutnya Jainab mengakui , gaji yang ditawarkan agak rendah dan tidak menarik minat pencari pekerjaan terutamanya di kalangan penduduk tempatan, khususnya belia.
Selain itu katanya, kekurangan kemahiran dan pengalaman kerja yang dipohon serta pencari kerja tidak bersedia bertugas jauh dari kampung halaman khususnya di kawasan luar bandar juga antara punca jumlah pencari kerja yang berjaya mendapatkan pekerjaan agak kecil.
“Kekosongan dalam industri perladangan agak tinggi kerana pekerjaan dalam bidang itu tidak diminati oleh pencari pekerjaan di kalangan penduduk tempatan,” katanya.
Sumber: NST
8 comments:

mmg gaji adalah salah satu faktor utama belia2 sabah tidak mengisi kekosongan jawatan di sabah. gaji yang ditawarkan adalah terlalu rendah sehingga mencapai RM 450 sebulan.


harap pihak majikan boleh menawarkan gaji yang lebih baik berbanding sekarang ini. saya yakin tindakan ini berkesan bagi memastikan kekosongan jawatan dapat diisi.


memang benar gaji yang rendah menjadi punca sehingga ada antara belia2 sabah yang sanggup ke luar negeri untuk mendapatkan perkerjaan. oleh itu, kerajaan pusat dan negeri perlu memberi fokus kepada masalah gaji di Sabah sebagai langkah menggalakkan belia tempatan memenuhi sektor perkerjaan di Sabah.


saya cadangkan kepada belia2 sabah supaya penuhi jawatan2 di sektor perladangan. ramai rakan2 saya yang sebelum ini berkerja di SM (perkilangan) telah kembali ke Sabah dan berkerja di sektor perladangan. walaupun hanya berbekalkan spm, namun nasib mereka jauh lebih baik jika dibandingkan dengan sebelum ini.


Kenalah tengok apa jenis kerja dan apa kelayakan seseorang. Ada juga kerja yang baik dan bergaji berpatutan, cuma tidak betul-betul mencarikannya. Saya cadangan penggangur banyak menyertai Expo pekerjaan, banyak pekerjaan yang ditawarkan kat sana.


Memang betullah banyak peluang pekerjaan di negeri ini namun gaji yang ditawarkan tidak berbaloi ekoran harga barangan yang semakin naik mendadak.


Diharapkan kerajaan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini..:)


Mungkin kerajaan boleh melaksanakan gaji minima.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails