SUARA BEBAS TUARAN

Hanya Calon Yang Boleh Menang Akan Dipilih Bagi Mewakili BN ?

Labels:

Penyandang Barisan Nasional (BN) tidak dijamin akan bertanding di kerusi masing-masing kerana telah diputuskan hanya "calon yang boleh menang" akan dipilih bagi mewakili BN pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
  • Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri William Mawan Ikom berkata walaupun SPDP telah memutuskan untuk mengekalkan semua penyandangnya pada pilihan raya negeri ke-10, namun keputusan itu belum muktamad dan mungkin berubah pada saat akhir mengikut perkembangan semasa. "Tidak wujud keadaan bahawa kerusi itu adalah milik penyandang atau mana-mana parti komponen," katanya kepada pemberita selepas menerima trofi Golf Sarawak Inter-Community Golf 2010 dan KGS Captain's Alumni Golf di pejabatnya di sini Khamis.
  • Mawan yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi negeri berkata malahan dirinya sendiri sebagai menteri penuh negeri, presiden parti dan wakil rakyat juga masih belum pasti sama ada akan dikekalkan oleh pucuk pimpinan BN.
  • "Jika peluang BN untuk menang di kerusi tertentu mungkin terjejas, kita perlu memberi keutamaan kepada kepentingan BN," katanya.
  • Mengenai pilihan raya negeri yang dijangka diadakan awal tahun depan, Mawan berkata ia dijangka lebih mencabar daripada pilihan raya negeri 2006 kerana parti-parti pembangkang kini lebih selaras dan agresif.
  • Parti komponen BN Sarawak terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan SPDP.
  • PBB menguasai 34 kerusi negeri diikuti SUPP dengan 11 kerusi, PRS (sembilan)dan SPDP (lapan) dengan hanya SUPP dan PRS tewas di beberapa kerusi kepada pembangkang pada pilihan raya negeri 2006, manakala PBB dan SPDP menang di semua kerusi yang ditandingi.
  • SUPP diperuntukkan 19 kerusi tetapi tewas di lapan kerusi, terutama kepada DAP manakala PRS yang diperuntukkan 10 kerusi, tewas di Ngemah kepada calon Bebas.
Sarawak mempunyai 71 kawasan Dewan Undangan Negeri dan penggal sekarang akan tamat pada Julai 2011.
Sumber: BERNAMA
13 comments:

Baguslah kalau macam tu, hanya mengekalkan calon yang menang sahaja.


ya.. calon perlulah dipilih daripada yang terbaik, disukai rakyat dan berpotensi tinggi untuk menang.


ya, yang penting adalah calon yang sesuai untuk rakyat. jika BN meletakkan calon yang disukai rakyat, pasti BN akan menang di kawasan yang ditandingi. rakyat hanya menyukai calon yang boleh memajukan mereka.


Memang patut dibuat begitu..hanya calon yang berpotensi untuk menang sahaja patut dipilih untuk mewakili BN pada PRU13 nanti.


buatlah keputusan sebaik2nya dan yang paling penting teruskan usaha memenangi hati rakyat melalui tindakan bukan omong kosong.


betul..selain itu, pastikan calon yang dipilih adalah mesra rakyat dan bersedia untuk turun padang menyelesaikan masalah rakyat.


Bagus. Memang sepatutnya calon yang layak, sesuai untuk rakyat dan boleh menang saja bertanding untuk pilihan raya kali ini.


Saya bersetuju kalau calon yang berpotensi untuk menang sahaja akan dipilih bagi mewakili BN pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang.


Apa2x pun, ia terpulang kepada rakyat untuk memilih calon mana yang mereka suka.


Calon yang menang mesti orang yang lebih berpotensi dan berkelayakan berbanding yang lain. Takkan nak pilih calon yang kaya?


calon yg menang saja tu maksudnya calon yg disukai ramai la bah.. hehee


Setuju dgn pandangan kamurang semua... Pemimpin yg disukai ramai pasti adalah pemimpin yang jd pilihan rakyat :)


Apa-apa pun, semuanya akan didedahkan bila PRU-13 nanti. Jadi, undi jangan tak undi.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails