


Ahli Jawatankuasa Pemandu Majlis Perundingan Melayu (MPM), Dr Zubir Harun berkata kenyataan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim semalam yang mendakwa Dr Chua melanggar Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dengan meminta ekuiti 30 peratus pegangan bumiputera dalam perniagaan dikurangkan ada lah satu perkara serius.
Sumber: TMI
- Justru itu, ahli-ahli jawatan kuasa MPM sepakat mendesak kerajaan mengenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang didakwa mencetuskan ketegangan kaum selain melanggar semangat perlembagaan dengan mempersoalkan hak istimewa orang Melayu.
- “Beliau cuba merompak hak Bumiputera mendapatkan rezeki,” tegas Zubir kepada wartawan ketika sidang media sempena mesyuarat tergempar MPM di sini.
- MPM, sebuah badan gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu ditubuhkan Mac lalu dengan tujuan mempertahankan hak kaum Melayu dan Bumiputera.
- Dalam pada itu, Setiausaha Agung MPM Dr Hasan Mad berkata resolusi Kongres Ekonomi Cina anjuran MCA Sabtu lalu seolah-olah sengaja mencabar hak Melayu.
- Malah, Hasan menempelak penafian Dr Chua hari ini bahawa beliau tidak mempersoalkan Dasar Ekonomi Baru atau hak Bumiputera.
- “Itu yang saya panggil lidah biawak. Resolusi itu dalam bentuk bertulis jelas menunjukkan beliau memang meminta pengurangan (ekuiti Bumiputera). MPM tidak mahu pemimpin yang tidak menyumbang kepada pembangunan negara seperti ini,” tegas beliau.
- Menurut Hasan, MPM akan mengeluarkan resolusi sendiri selepas mesyuarat tergempar har ini menuntut kerajaan tidak tunduk dengan permintaan MCA atau mana-mana NGO kaum Cina.
- “Kita akan tulis surat. Pertama kepada menteri Kabinet Melayu, kedua kepada ahli Majlis Tertinggi Umno minta supaya tidak tunduk dengan permintaan kaum Cina dari MCA atau mana-mana pihak,” kata Hasan.
- Dr Chua sebelum ini juga telah meminta kerajaan menambah peruntukan kepada sekolah aliran Cina kerana mendakwa pertambahan murid di samping kepentingan berbahasa Mandarin bagi menarik pelabur dari China.
- Seorang lagi Ahli Jawatankuasa Pemandu MPM, Datuk Kamaruddin Kachar berkata hanya sekolah kebangsaan layak menerima peruntukan kerajaan mengikut Perlembagaan Persekutuan.
- “Perlembagaan kata sekolah bukan kebangsaan tak boleh terima peruntukan. Jadi mengapa nak bagi peruntukan (kepada Dr Chua). Kita menuntut sekolah Cina dan Tamil dimansuhkan dan hanya nak sekolah satu aliran,”katanya.
- Seorang lagi Ahli Jawatankuasa Pemandu MPM, Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail menambah hanya Malaysia masih memiliki sekolah pelbagai aliran.
- MPM turut memberi amaran kepada MCA bahawa orang Melayu tidak akan memberi sokongan kepada parti itu jika ia terus mengungkit hak istimewa orang Melayu.
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, salah satu ahli gabungan MPM sebelum ini telah membuat laporan polis terhadap Dr Chua berhubung kenyataannya yang dikatakan berbaur perkauman apabila mempersoalkan sistem kuota ekonomi Bumiputera.



August 24, 2010 8:21 AM
jgnlah nak gunakan ISA kerana hal ini sahaja. ISA bukan boleh digunakan sewenang -wenangnya, hal ini boleh seelsai dgn cara baik.
August 24, 2010 8:28 AM
harap selepas ini tiada lagi pihak membangkitkan sebarang isu perkauman. sentimen perkauman tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.
August 24, 2010 9:01 AM
Saya rasa ada logik sebalik apa yang diucapkan oleh Chua, jikalau mengurangkan ekuiti 30% ini, kita boleh meningkatkan daya saing dan juga membantu ekonomi negara.
August 24, 2010 11:13 AM
cadangan Chua ada pro dan kontra nya, dan pemahaman maksud kepada cadangan Chua tidak patut tertakluk kepada politik sahaja malah ia patut diterjemahkan meliputi aspek ekonomi Malaysia. jika cadangan itu baik untuk Malaysia iaitu menggalakkan FDI, kenapa kita perlu sekat potensi ini.. yang dikurangkan hanya Ekuiti bukannya Hak..
August 24, 2010 11:16 AM
adalah lebih baik jika Chua dapat membuat penjelasan secara panjang lebar berkenaan dengan kenyataan beliau tersebut. letakkan seberapa banyak rasionalnya cadangan itu agar rakyat dapat buat pertimbangan sewajarnya.
August 24, 2010 1:11 PM
Chua perlu beri perjelasan penuh bagi hal ini, agar rkyat tidak terus keliru.
August 24, 2010 2:08 PM
Tidak perlu la diperbesarkan, kerana bagi saya beliau hanya ingin menyuarakan pendapat dan saya rasa itu tidak la salah kerana kita berpijak d negara yang bercorak demokrasi. Dan saya rasa juga ini bukanlah satu yang mendesak agar apa yang dikatakan harus di kotakan...sekadar pendapat dan suara2.. kalau tdak patut apa yang telah dikatakan oleh beliau perjelaskan dengan sebaik2 nya....
August 24, 2010 3:06 PM
Why use ISA when Chua Soi Lek is not even a terrorist? And pleaselah, how long will this racial sentiments will keep going on? It will bring doom to the country and divide the people. Every problem, there are always a solution.
August 24, 2010 11:22 PM
Chua patut perjelas sedalam mungkin hal ni supaya takda salah faham yang timbul.
August 24, 2010 11:24 PM
Setiap pandangan/cadangan pasti ada pros & consnya so biarlah hal ni dikaji sedalam mungkin bagi mengelakkan masalah timbul di kemudian hari.
August 24, 2010 11:26 PM
Saya harap hal ni dapat diselesaikan dengan baik. Janganlah asyik ISA saja. huhuhu, boringlah!!!
August 24, 2010 11:28 PM
Tapi kalau boleh, elakkan lah dari menyebut sensitiviti kaum. Kalau tersebut pun saya harap rakyat Malaysia boleh berfikir secara terbuka, jangan lupa negara kita ni negara demokrasi so jangan cepat melatah!
August 24, 2010 11:30 PM
Apapun janganlah perbesarkan isu ni k.. Tak bestlah, nanti tegang pula hubungan antara kaum.
August 25, 2010 9:03 AM
Saya rasa ada pihak yang sengaja membesarkan perkara ini. Cadangan Chua itu semata-matanya menekan pada ekonomi dan tidak berniat mencabar hak bumiputra.
Post a Comment