


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim kelmarin menggesa semua pihak untuk mengenepikan fahaman politik, perbezaan budaya dan kepercayaan, sebalik- nya bersatu untuk menjayakan program-program kemerdekaan demi masa depan negara.
Beliau berkata, setiap lapisan masyarakat harus menjayakan program merdeka, termasuk dengan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang kecintaan kepada negara.
Dalam masa yang sama beliau berkata pihak kementerian juga telah mengedarkan lebih 400,000 Jalur Gemilang untuk dikibarkan di seluruh negara.
“Dan apa yang lebih menarik pada kali ini ialah sumbangan Jalur Gemilang ini ialah dibekalkan oleh sektor swasta dan bukannya daripada pihak kerajaan dan sumbangan mereka dalam membekalkan Jalur Gemilang amat kita sanjung dan hargai,” katanya.
Sumber:NST
Beliau berkata, setiap lapisan masyarakat harus menjayakan program merdeka, termasuk dengan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang kecintaan kepada negara.
“Saya yakin patriotisme tidak boleh digesa, ia harus timbul dari dalam, tetapi kami memberi manifestasinya pagi ini supaya tidak lagi kita rasa teragak-agak terhadap 1Malaysia.- “Asingkan rasa politik, perbezaan budaya, kepercayaan agama kerana untuk 1Malaysia dan merdeka, kita mesti bersatu,” katanya sempena program ‘Merakyatkan Kibaran Jalur Gemilang’ di sini kelmarin.
- Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang bermula hari ini dan diadakan serentak di beberapa lokasi di sekitar ibu negara termasuk di Jalan Brickfields, antara lain bertujuan memupuk dan menyegarkan semangat patriotik di kalangan warga kota di seluruh Malaysia, sempena kempen Bulan Kemerdekaan yang akan disempurnakan pada 31 Ogos di Stadium Putera Bukit Jalil.
Sempena program itu, Rais dan ketua-ketua jabatan agensi di bawah kementerian telah mengunjungi premis-premis perniagaan di sekitar lokasi berkenaan sambil menyerahkan Jalur Gemilang.- Selanjut nya kata Rais, “Mungkin kita tidak dapat membekal bendera kepada semua pihak, tetapi apa salahnya kita beli bendera yang kosnya kurang dari sekotak rokok dan kibar di depan rumah atau ofis kita.”
Dalam masa yang sama beliau berkata pihak kementerian juga telah mengedarkan lebih 400,000 Jalur Gemilang untuk dikibarkan di seluruh negara.“Dan apa yang lebih menarik pada kali ini ialah sumbangan Jalur Gemilang ini ialah dibekalkan oleh sektor swasta dan bukannya daripada pihak kerajaan dan sumbangan mereka dalam membekalkan Jalur Gemilang amat kita sanjung dan hargai,” katanya.



August 28, 2010 11:52 AM
selamat menyambut hari merdeka dan sama2lah kita menghayati erti kemerdekaan dengan semangat 1Malaysia..
August 28, 2010 12:13 PM
Merdeka day is approaching, we should proudly place the Malaysia flag in front of our house, or a small flag on our car.
August 28, 2010 12:24 PM
"Jalur gemilang penyatu masyarakat?"
Hmmm...not so sure about that.. But I don't mind buying a flag and place it on my car because I'm a Malaysian and I'm proud to be one.
August 29, 2010 11:49 AM
Selamat menyambut hari merdeka.. hehhehe tak sabarnya :P
August 29, 2010 11:51 AM
Kemerdekaan, harus sentiasa wujud dalam diri setiap individu dan bukannya merujuk kepada sambutan hari merdeka saja.
Apapun, semoga semua lapisan masyarakat bersatu dan terus merdeka dalam semua aspek:)
August 30, 2010 8:18 AM
selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia. bersama-sama lah kita meraikan dan mengekalkan kemerdekaan ini.
August 30, 2010 8:33 AM
kita harus menghargai kemerdekaan negera kita dan perjuangan tokoh terdahulu dalam menuntut kemerdekaan negara kita. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN!
August 30, 2010 9:28 AM
Kita memang patut mengetepikan perbezaan kita dan belajar menghormati budaya satu sama lain dan juga menghargai sumbagan daripada semua rakyat Malaysia. Kita perlu bersatu untuk kekal teguh.
Post a Comment