

Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.
- Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
- Bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun ini hingga semalam.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata bukan saja wanita terbabit dengan kes pembuangan bayi akan dikenakan siasatan tetapi juga lelaki yang menyebabkan wanita itu mengandung.- Katanya, polis juga diminta menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu bapa bayi berkenaan.
- Keputusan itu dicapai selepas kementerian sekali lagi membawa isu pembuangan bayi ke mesyuarat Jemaah Menteri kelmarin kerana perbuatan itu berleluasa walaupun kerajaan mengambil pelbagai inisiatif menangani masalah berkenaan.
- Saya tidak mahu ada pihak mengambil ringan kes pembuangan bayi sehingga membiarkan menjadi budaya yang menular dalam masyarakat seolah-olah kita
- berada pada zaman jahiliah.
- Sekian lama kerajaan menangani masalah kes pembuangan bayi menerusi pendekatan kebajikan termasuk kempen dan pelbagai program, malangnya masih ada manusia sanggup membunuh bayi, katanya selepas majlis penyerahan bantuan khas perbendaharaan kira-kira RM2.7 juta kepada 59 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kementeriannya, semalam.
- Shahrizat berkata, langkah itu wajar untuk membawa pihak bertanggungjawab membunuh bayi dihadapkan ke mahkamah, sekali gus diberikan hukuman setimpal dengan tindakan tidak berperikemanusiaan.
Jika ada pasangan yang terlanjur dan terdesak mendapatkan bantuan, mereka boleh datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hospital, polis, NGO dan pemimpin politik terutama Barisan Nasional (BN) supaya mereka boleh dibantu.Oleh itu, tiada alasan dan maaf bagi mereka yang masih sanggup melakukan kesalahan membuang bayi kerana pelbagai program dan bantuan disediakan untuk golongan berkenaan. Saya juga mahu memberi amaran kepada lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan wanita hamil luar nikah bahawa mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang, katanya.



August 14, 2010 8:06 AM
kes pembuangan bayi memang semakin serius sekarang ni, pelaku yang membuaag bayi mmg perlu diberi hukuman yang berat, sebaiknya kerajaan perlu cari alternatif bagi menghindar berlakunya perbuatan zina. hal ini perlu dibendung dari asasnya.
August 14, 2010 8:15 AM
bagi saya punca utama adalah individu itu sendiri, tidak ada orang lain yang mampu mengawal diri mereka melainkan diri sendiri. lebih2 lagi kalau sudah masuk kes membunuh, memang patut dikenakan hukuman berat. jadi dengan hukuman berat ini mungkin boleh dijadikan pengajaran atau penggerak kepada tahap kesedaran mereka.
August 14, 2010 8:19 AM
sebaik2nya cuba cari dulu pendekatan lain yang lebih bersifat mencegah dan kaji dahulu kaedah2 negara lain yang telah berjaya menyelesaikan masalah sosial seperti ini.
August 14, 2010 8:20 AM
kesalahan membuang bayi merupakan kesalahan yang serius. hukuman yang berat mungkin akan dapat mengurangkan kes buang bayi di negara ini. harap tiada kes buang bayi lagi selepas ini.
August 14, 2010 8:36 AM
This kind of punishment should be implemented long ago since dumping baby has been an epidemic a long time ago...but apart from hard punishment, the government can also consider to have some kind of program which form to protect these to-be mother & their child some form of protection from public so that they will not resort to dumping their baby...
August 14, 2010 8:44 AM
Perbuatan membuang bayi memang patut dianggap sebagai kes bunuh! Kesian bayi2x yang telah dibuang oleh orang2x yang tidak bertanggung jawab.
August 14, 2010 9:05 AM
Saya setuju kalau pembunuh bayi sendiri diberikan hukuman berat.
Untuk mengelakkan pembunuhan bayi sendiri, penerapan nilai murni perlu dipupuk sejak kecil lagi.
August 14, 2010 9:33 AM
sungguh kejam hingga sanggup membunuh bayi sendiri, mereka ini mmg patut diberi hukuman berat. harap dgn ini, tidak berlaku lagi pembuangan bayi.
August 14, 2010 9:04 PM
Susah juga nak cakap. Budak2 zaman sekarang bukan mahu mendengar nasihat sangat. Zina dan buang bayi sememangnya jalan seiring. Rasanya hukuman gantung bukanlah satu cara yang sesuai. Mesti ada yang betul2 boleh cegah masalah dari terus menular.
August 16, 2010 9:19 AM
Memang pun ia dianggap kes bunuh. Tak berperikemanusiaan langsung, manusia yang sanggup membuat demikian terhadap anak kandung sendiri.
Post a Comment