

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dasar ekonomi negara harus menjurus kepada kepentingan majoriti rakyat yang memberi kebaikan kepada golongan Bumiputera serta kaum lain, dan bukannya memperkayakan segelintir kecil kroni yang berkepentingan.
Justru itu, Parti Keadilan Rakyat mempertahankan pandangan bahawa matlamat kita ialah mencapai pendapatan (isi rumah) minima RM4,000 sebulan sekiranya mendapat mandat dari rakyat pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Menurut Anwar selanjutnya, kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional selama ini mempergunakan Dasar Ekonomi Baru yang hasilnya memperlihatkan segelintir golongan kroni yang mendapat kontrak ekonomi besar.
"Ada juga tauke Cina yang menjadi 'multi-millionaire' ketika kerajaan melaksanakan DEB. Kita tidak mewakili pandngan sedemikian kerana bagi kita dasar ekonomi negara mesti menjurus kepada ekonomi majoriti rakyat, bukan memperkayakan segelintir kecil," tegas beliau.
Sumber: SK
Justru itu, Parti Keadilan Rakyat mempertahankan pandangan bahawa matlamat kita ialah mencapai pendapatan (isi rumah) minima RM4,000 sebulan sekiranya mendapat mandat dari rakyat pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Menurut beliau pandangan ini akan di kemukakan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang akan datang.- Anwar sebelum itu membidas kerajaan yang mendabik dada dengan mengumumkan kadar pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 8.9 peratus bagi suku tahun kedua yang kononnya memberangsangkan.
- "Cuma saya nak ingatkan pertumbuhan ini harus dilihat berdasarkan pengucupan tahun lalu iaitu 1.7 peratus pada 2009. Bila kita sebut kadar pertumbuhan ia mesti relatif dengan kadar pertumbuhan tahun sebelumnya. Sebab itu kita lihat perkembangan di Indonesia dan Singapura, lonjakan pertumbuhan itu lebih menyakinkan," ujar mantan Timbalan Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan itu.
- Menurutnya, Malaysia hanya mencatatkan sekitar 6.0 peratus unjuran pertumbuhan berbanding Singapura yang mencatat unjuran pertumbuhan 13.0 hingga 15.0 peratus manakala Indonesia juga memberangsangkan iaitu sebanyak 6.0 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Menurut Anwar selanjutnya, kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional selama ini mempergunakan Dasar Ekonomi Baru yang hasilnya memperlihatkan segelintir golongan kroni yang mendapat kontrak ekonomi besar. "Ada juga tauke Cina yang menjadi 'multi-millionaire' ketika kerajaan melaksanakan DEB. Kita tidak mewakili pandngan sedemikian kerana bagi kita dasar ekonomi negara mesti menjurus kepada ekonomi majoriti rakyat, bukan memperkayakan segelintir kecil," tegas beliau.



August 23, 2010 8:11 AM
PR perlu terangkan bagaimana sasaran ini boleh dicapai. ia merupakan sasaran yang sukar. sebab itu PR perlu jelaskan apa langkah-langkah yang akan membolehkan sasaran tersebut dicapai.
August 23, 2010 8:20 AM
sasaran PR iaitu pendapatan isi rumah RM4000 sebulan adalah terlalu tinggi, bolehkah tercapai atau ini hnya sebagai proganda politik mereka sehaja.
August 23, 2010 8:39 AM
Memang mengagumkan matlamat PKR ini. Kalau mereka yakin bahawa matlamat ini boleh dicapai, bagaimana mereka hendak mencapainya? Saya memang berminat mahu mengambil tahu.
August 23, 2010 11:54 AM
sasaran PKR ini terlalu tinggi, pada masa kini amat sukar untuk menjana pendapatan seperti itu, apapun kita lihat sajalah samada matlamat ini tercapai ataupun tidak.
August 23, 2010 12:00 PM
kita lihat sejauhmana PKR mampu mencapai matlamat itu. bagi saya untuk membantu meningkatkan pendapatan adalah melalui pendidikan dan kemahiran. kerajaan patut menggalakan generasi muda dan golongan belia untuk mempertingkatkan kemahiran mereka sepertimana negara2 maju pada hari ini yang lebih mengutamakan pendidikan dan kemahiran sebagai strategi membasmi kemiskinan sekaligus memajukan negara.
August 23, 2010 1:09 PM
walau apapun pendekatan yang digunakan, saya harap PKR mengetengahkan strategi yang bukan sahaja memberi fokus kepada peningkatan pendapatan tetapi juga peningkatan kemahiran untuk kebaikan individu itu sendiri dan negara. kita perlu seimbangkan antara tingkat gaji dan kualiti kerja..
August 23, 2010 1:46 PM
Semua nya hanya proposal yang saya anggap belum tentu akan berjaya dan belum tentu akan gagal. Namun setiap apa pun itu, semoga semuanya berjalan lancar demi untuk kebaikan bersama di samping kerajaan juga sibuk untuk mencari pelbagai alternatif untuk terus maju kehadapan.
August 24, 2010 8:43 AM
Sememangnya bagus jika sasaran ini boleh dikecapai, tapi kita tunggu dan lihat macammana PKR melakukannya.
August 26, 2010 1:25 AM
uii na, sasaran tu bah mcm lebih tinggi dari gunung Kinabalu pula. hahaha
August 26, 2010 1:27 AM
Ya Jonny. Memang pada dasarnya sasara ni bagus, cuma pelaksanaannya tu ja yang entah dapat ka tak. Apapun, sama2 lah kita lihat strategi PR ni.
August 26, 2010 1:28 AM
Saya harap PR dapat perjelas hal ni sebaik mungkin dan biar rakyat sendiri nilai adakalh sasaran ni bakal jadi kenyataan atau sekadar pembuka cerita saja. hehhee
August 26, 2010 1:30 AM
Kan best kalau semua parti di Malaysia bersatu dab bekerjasama utk tingkatkan pendapat isi rumah... Konpom semuanya dapat dipermudahkan.. hhhmmmm
August 26, 2010 1:31 AM
Ya betul juga idea ko tu 2718. Sebab memang itulah yang paling pentingkan. Strategi jangka panjang harus dititik beratkan :)
Post a Comment