
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, kerajaan bercadang untuk menukar status tanah negeri yang tidak sesuai untuk tujuan aktiviti pertanian kepada tanah hutan simpan yang sekian lama didiami penduduk kampung, yang diubah statusnya kepada tanah negeri.Sehubungan itu, beliau meminta Pengarah Jabatan Perhutanan dan Jabatan Tanah dan Ukur supaya membuat kajian terhadap cadangan itu bagi memastikan wujudnya situasi “menang-menang’.
- Katanya, sebelum ini kerajaan telah memutuskan untuk mengubah status tanah Hutan Simpan kepada tanah negeri yang bertujuan membolehkan penduduk yang terlibat terus menetap di kawasan berkenaan.
- “Kalau boleh kita tukar tanah hutan simpan yang sudah didiami penduduk kepada tanah kerajaan. Tanah yang tidak boleh dibangunkan termasuk untuk pertanian atau pulau yang jauh dan tidak sesuai untuk dibangunkan, kita tukar tanah kerajaan kepada hutan simpan.
- “Tanah hutan simpan kita tukar kepada tanah kerajaan dengan syarat kita tidak berikan secara individu bagi mengelak mereka menjual tanah kepada orang lain,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail, pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, kelmarin.
- Musa berkata dengan pemberian tanah secara berkelompok, penduduk berkenaan tidak boleh menukar hak milik tanah berkenaan, sekaligus ia dapat diwarisi sehingga ke anak cucu.
- Menjawab soalan asal Adun Sekong Datuk Samsudin Yahya, beliau berkata Jabatan Tanah dan Ukur Sabah mengeluarkan sebanyak 334,204 geran tanah berdaftar dengan keluasan 1,903,401 hektar sehingga Disember tahun lalu.
- Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 188,809 geran tanah berdaftar jenis hak milik anak negeri (native title) (NT) dan geran komuniti (field register)(FR) dengan keluasan 464,584 hektar telah dikeluarkan dan didaftarkan.
- “Jumlah itu mewakili 56 peratus daripada jumlah keseluruhan geran tanah yang telah dikeluarkan di negeri ini,,” katanya.
- Musa berkata keluasan tanah jenis NT/FR yang telah dibangunkan dan diusahakan adalah sekitar 50 peratus atau seluas 232,292 hektar.
- Katanya lagi, Jabatan Tanah dan Ukur Negeri juga telah mewujudkan kaedah pemberimilikan tanah yang lebih efisien melalui pemberimilikan tanah terancang untuk pengeluaran geran komuniti.
- “Bagi membolehkan geran komuniti dikeluarkan, pindaan kepada peruntukan di bawah seksyen 76, Ordinan Tanah Sabah telah diwartakan pada 12 Disember tahun lepas,” katanya.
- Beliau berkata, geran komuniti yang pertama dikeluarkan di negeri ini ialah FR 154000558 dengan keluasan 3,000 ekar dan FR 154000567 dengan keluasan 6,000 ekar yang didaftarkan di pejabat tanah Nabawan pada 2 Jun tahun ini.
- “Kedua-dua geran komuniti yang dikeluarkan masing-masing melibatkan 10 kampung, dengan jumlah 680 orang anak negeri Sabah dan pada masa ini kedua-dua kawasan tersebut sedang dalam proses untuk dibangunkan dengan program penanaman kelapa sawit secara usaha sama bagi meningkatkan taraf hidup penduduk kampung setempat yang merupakan benefisiari kepada geran komuniti tersebut.
- “Program tersebut adalah selari dengan agenda negara, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA),” katanya.
- Musa berkata pengeluaran geran komuniti banyak memberi faedah dan manfaat kepada penduduk kampung termasuk membantu membasmi kemiskinan melalui pemberimilikan tanah yang terancang dan merancang pembangunan tanah yang optimum serta menjamin, memelihara dan melindungi kepentingan tanah anak negeri Sabah.
- Katanya tujuan kerajaan negeri mengeluarkan geran komuniti bagi tanah-tanah adat dan tanah-tanah kerajaan yang dirancang ialah memastikan tanah-tanah tersebut tidak dipindah milik.
- “Kawasan di dalam satu geran komuniti mempunyai keluasan yang berskala besar dan dengan itu, ia adalah lebih ekonomik untuk dibangunkan bagi tujuan pertanian. Di samping, kemudahan asas seperti jalan raya akan dapat disalurkan, sekaligus berupaya meningkatkan taraf hidup penduduk kampung dan kawasan sekitarnya,” katanya.
Menurut Musa, pendekatan pemberimilikan tanah terancang untuk pengeluaran geran komuniti adalah selaras dengan konsep gagasan 1Malaysia yang mendahulukan kepentingan rakyat terutama penduduk luar bandar.“Dengan penganugerahan tanah melalui geran komuniti kepada penduduk kampung, ia akan dapat menyelesaikan isu tuntutan tanah oleh anak negeri Sabah di kawasan masing-masing,” katanya.



August 3, 2010 10:06 PM
Public/Rakyat should be informed on this proposal "Kerajaan cadang TUKAR STATUS TANAH NEGERI KEPADA KAWASAN HUTAN SIMPAN"
What is the meaning of "Tanah Negeri" and "Kawasan Hutan Simpan?
What will happen in the future?
I as RAKYAT of this beautiful Borneo do not wish the land to be ruled by others, it is ours, the people of Borneo
August 4, 2010 8:29 AM
dgn ini penduduk sabah akan dpt memiliki tanah mereka sendiri
August 4, 2010 8:46 AM
ia dpt menyelesaikan isu pemilikan tanah yang telah lama timbul di sabah.
August 4, 2010 8:58 AM
laksanakan cadangan ini jika hasil kajian menunjukkan cadangan ini baik untuk jangka masa panjang.. dan yang paling penting buat kajian berkenaan dengan kemungkinan masalah2 yang boleh timbul dimasa hadapan dan dapatkan penyelesaiannya.
August 4, 2010 9:16 AM
apa pun keputusan yang dibuat, harap keputusan tersebut akan mewujudkan situasi menang-menang.
August 4, 2010 11:08 AM
Bagus cadangan ini. Kalau Tanah negeri yang tidak sesuai untuk menjalankan penanaman ditukarkan menjadi kawasan hutan simpan dan kawasan yang subur diberikan kepada rakyat untuk menjalankan penanaman ataupun pembagunan.
August 5, 2010 10:18 AM
Hurm. Hope it works.
August 10, 2010 11:35 AM
Harap-harap jugalah, Gale.
Post a Comment