SUARA BEBAS TUARAN

Kes Buang Bayi Pesalah Lelaki Yang Terlibat Pun Patut Menerima Hukuman

Labels:

Timbalan Speaker Dewan Negara Senator Datuk Armani Haji Mahiruddin berkata, hukuman mati mandatori ke atas pesalah buang bayi wajar di kenakan bukan sahaja kepada pesalah wanita malah ke- pada pesalah lelaki.
Beliau berkata, ia adalah amaran keras kepada masya- rakat terutamanya mereka yang melakukan kesalahan itu.
  • “Sudah tiba masanya kerajaan dan pihak berkuasa ber- tindak keras terhadap mereka yang tergamak bertindak kejam membuang dan membunuh bayi.
  • “Tindakan itu diambil setelah melihat kes berkenaan semakin menjadi-jadi walaupun kerajaan telah mengambil pelbagai pendekatan sebagai jalan penyelesaian. Cukuplah dengan apa yang kita saksikan di kaca televisyen sebelum ini. Hentikan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan itu,” katanya.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Kabinet berhubung arahan supaya mana-mana individu yang terlibat dalam kes pembuangan bayi disiasat mengikut Kanun Keseksaan iaitu perbuatan membunuh atau percubaan membunuh.
  • Arahan itu meminta polis supaya menyiasat sesiapa yang membuang bayi sehingga men- yebabkan kematian di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.
  • Mengulas lebih lanjut, Armani yang juga Ketua Wanita umno Sabah berkata, langkah penguatkuasaan itu membuktikan kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan pihak berkuasa amat serius mencari jalan penyelesaian bagi mengekang gejala pembuangan bayi daripada berleluasa.
  • Beliau menegaskan kepada pihak yang berkenaan terutama golongan remaja dan keluarga agar tidak memandang mudah perkara itu.
  • “Sebelum ini mungkin mereka yang membuang bayi berfikir tidak akan dapat dikesan oleh pihak polis, namun dengan adanya pengecaman melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA), pihak polis dapat mengenal pasti ibu bapa bayi berkenaan,” katanya.
  • Oleh itu, beliau menyeru agar mereka yang terlibat tidak mengambil jalan mudah men- yelesaikan masalah mereka dengan membuang bayi kerana perbuatan itu akan mendatang- kan masalah yang lebih besar.
  • “Saya mengingatkan kepada semua remaja agar sentiasa menjaga batas pergaulan dan tingkatkan pengetahuan agama agar terhindar daripada perbuatan terkutuk sehingga akhirnya menjadi manusia yang hilang belas kasihan,” katanya.
Dalam kejadian terbaru, satu lagi mayat bayi perempuan yang masih bertali pust ditemui dalam lubang kumbahan najid di belakang sebuah asrama di Tanah Merah, Kelantan.
Baru-baru ini, kabinet meluluskan kes pembungan bayi diklafisikasikan sebagai membunuh dan membawa hukuman gantung sampai mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala kes percubaan membunuh di bawah Seksyen 307 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Sumber: NST
10 comments:

dalam kes buang bayi, lelaki juga patut dihukum. ini kerana lelaki sepatutnya bertanggungjawab atas kesilapan yang telah dilakukan.

pada masa kini ibu bapa perlu memberikan pendidikan agama yang cukup kepada anak-anak mereka. ini boleh menghindarkan anak-anak daripada melakukan kegiatan tidak bermoral.


kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi masa kini, hukuman berat perlu dberikan kepada pesalah wanita, tetapi juga kepada pasangan wanita tersebut, kedua mereka perlu bertanggungjawab atas apa yang mereka lakukan.


Kerajaan memang telah membuat keputusan yang terbijak. Lelaki juga perlu bertanggungjawab terhadap ini. Hukuman terberat patut dijatuhkan terhadap mereka.


Perbuatan tidak berperikemanusiaan ini harus dihentikan! Oleh itu, saya setuju jika hukuman mati bukan sahaja dikenakan kepada pesalah wanita malah kepada pesalah lelaki.


Dengan melaksanakan hukuman mati kepada kedua-dua pesalah wanita dan lelaki, ia dapat dijadikan satu amaran yang keras kepada masyarakat. Kerajaan harus bertindak keras terhadap mereka yang sanggup membuang dan membunuh bayi mereka.


Ya, saya setuju. Pihak lelaki dan perempuan juga terlibat dalam masalah buang bayi ini. Tak adil jika hanya wanita yang menerima hukuman. Lagipun, jika lelaki selalu dilepaskan daripada hukuman, maka mereka ini tidak akan serik-serik dalam kelakuan tidak bermoral ini.


mmg patut pasangan lelaki juga patut dihukum, pembuangan bayi ini tidak akan berlaku jika lelaki itu bertanggungjawab. pembuangan bayi ini tk harus dilakukan, ia hnya menambahkan dosa.


sebarkan maklumat ini keseluruh pelusuk negeri dan sampaikan kepada masyarakat sejelas2nya melalui kempen, seminar atau program dan media. jika masih ada yang melakukan pembunuhan bayi sedangkan mereka tahu akibatnya, bersedialah menghadapi tindakan undang2 baru ini. mungkin hanya melalui penguatkuasaan undang2 ini, negara mampu menggerakkan kesedaran masyarakat untuk sama2 melindungi bayi yang tidak berdosa.


Dua-dua patut diberikan hukuman. Let it be a lesson to be learn for both. Berani buat berani tangung bah. No escaping business.


Masalah pembuangan bayi adalah terpunca daripada kedua-dua pihak, bukan hanya satu pihak saja yang tanggung. Kedua-dua mereka pun perlu menerima hukuman.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails