SUARA BEBAS TUARAN

Kesahihan Senarai Program Miskin Tegar Di Sabah Di Pertikaikan?


Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) kawasan Kuamut, Awang Garima (gambar) mempertikaikan kesahihan senarai program miskin tegar yang didakwa tidak menepati sasaran yang ditetapkan.
Katanya golongan yang berpendapatan rendah RM540.00 ke bawah sebulan ianya telah dikategorikan ‘Miskin Tegar’, sementara pendapatan RM541.00 hingga RM960 ia di dalam kategori miskin.
  • Manakala pendapatan sebulan daripada RM941.00 hingga RM1,000.00 ia termasuk golongan ‘Miskin Mudah’.
  • Awang berkata selanjutnya ramai di kalangan golongan yang telah dikategorikan sebagai ‘Miskin Tegar’ telah terkeluar nama mereka dan tidak mendapat apa-apa bantuan daripada pihak kerajaan.
  • Yang paling menyedikan kata Awang, ramai di kalangan masyarakat Tongod yang sepatutnya disenaraikan dan dikategori ‘Miskin Tegar’ pula dipindah ke program kategori “Miskin dan Miskin Mudah’.
  • “Jadi bagi golongan ‘Miskin Tegar’ yang betul-betul mengharapkan bantuan tersebut telah terpinggir sehingga gagal membasmi kadar kemiskinan,” jelas Awang lagi.
Awang yang juga Pegawai Perhubungan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kuamut meminta kepada kerajaan agar dapat menyemak semula nama dan status serta kategori masyarakat yang terlibat dalam program ini.
“Saya telah difahamkan bahawa senarai ini hasil daripada banci penduduk oleh Jabatan Perangkaan pada 10 tahun yang lalu melalui pelaksana Pejabat Daerah Tongod,” tambahnya.

Sumber: SK
17 comments:

harap semua penduduk dalam kategori miskin tegar mendapat bantuan yang sepatutnya. usaha kerajaan seperti mengadakan Program Pembangunan Rakyat Termiskin, memang baik dan patut diteruskan.


kerajaan perlu menyemak semula nama dan status serta kategori masyarakat yang terlibat dalam program miskin tegar, ini begi memastikan sejauhmana program ini berjaya dalam membasmi kemiskinan di Sabah.


Kerajaan dah bermula mendapatkan maklumat baru menerusi banci penduduk tahun ini, diharapkan daripada banci ini kita boleh mengetahui status kemiskinan rakyat kita dan boleh terus memberikan bantuan kepada mereka.


kemiskinan di sabah perlu dibasmi.


terlepas pandang atau sengaja dinafikan? dalam hal ini kerajaan kena serius dan telus supaya keberkesannan usaha ini dapat dilihat dengan jelas.


harap setiap daripada golongan miskin tegar mendapat bantuan yang sepatutnya. usaha kerajaan bagi membasmi kemiskinan di negeri Sabah perlu diteruskan.


Diharapkan mereka yang dikategorikan "Miskin Tegar" akan dibantu.


The livings of the people must be improve, poverty must be eradicate slowly and help must be given to those who are really dire in need. I hope this programme can improved more.


Banci penduduk pasti boleh melaporkan bilangan rakyat yang miskin tegar di Sabah dan bantuan akan diberikan berdasarkan bilangannya. Tapi rakyat miskin juga kenalah berusaha sendiri dan bukan hanya menunggu bantuan kerajaan.


Jangan semata-mata ingin mencipta satu rekod dengan memainkan permainan angka.
Hakikatnya golongan miskin tidak mendapat bantuan yang sewajarnya.


Tidak jauh beza miskin tegar dan miskin mudah. Mereka amat memerlukan bantuan.


Seperti apa yang saya selalu cakap, jangan sekadar tunggu bantuan daripada orang lain. Kalau sendiri tidak berusaha, tak munkin boleh berjaya. Kalau kerajaan dah memberikan tanah, jadi gunalah tanah itu sebaik mungkin. Kalau kerajaan memberikan peluang pekerjaan, maka berusahalah sebaik mungkin. Kalau kerajaan tidak membantu, tak mungkin kita duduk saja kat situ dan langsung tidak membuat apa-apa.


Jangan memain-mainkan angka, akibatnya rakyat golongan miskin tegar tidak mendapat bantuan yang sepatutnya.


Jangan sekali megaburkan mata rakyat dengan pengumuman yang tidak tepat. Harap pengumuman ini tepat menunjukan keadaan sebanar.


Angka tepat akan diketahui selepas pembancian yang dijalankan siap kelak.


Minta penjelasan dripada pihak yang bertanggungjawap.


Diharapkan kerajaan boleh berusaha membantu rakyat miskin tegar di negeri Sabah. Dan rakyat sendiri juga kenalah berusaha sendiri. Marilah kita sama-sama meningkatkan kualiti hidup kita dan keluar dari kemiskinan.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails