SUARA BEBAS TUARAN

Konsep "Guarded Community” Dan “Guarded Neighbourhoods” Semakin Mendapat Sambutan?


Konsep “gated community” dan “guarded neighbourhoods” mulai mendapat perhatian banyak pihak sejak kebelakangan ini apabila para penduduk, terutama di kawasan bandar, mula menggerakkan inisiatif sendiri bagi menjaga keselamatan harta benda dengan menggaji syarikat-syarikat keselamatan swasta untk mengawal keselamatan kawasan perumahan mereka.
Bagaimanapun di beberapa tempat konsep itu mula menampakkan respons yang pelbagai.
  • Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung berkata terdapat kira-kira 480 konsep kediaman sedemikian yang terdapat di Selangor, dan bukan semua penduduk bersetuju dengan langkah itu, di mana sesetengahnya enggan membayar yuran bulanan buat syarikat yang bertanggungjawab mengawal keselamatan.
  • Beliau berkata setakat ini tidak ada garis panduan standard berhubung bentuk kediaman itu, tapi sesetangah negeri ada memperkenalkan garis panduan sendiri untuk konsep kediaman moden itu.
  • Menurutnya di Selangor, pihak berkuasa tempatan membenarkan bentuk kediaman guarded comumnity dilaksanakan menerusi persatuan-persatuan penduduk, dengan sokongan sekurang-kurangnya 85 peratus daripada penduduk.
  • “Pihak berkuasa tempatan juga membenarkan sebuah bilik kawalan dibina, dengan syarat permohonan bagi membinanya dibuat menerusi persatuan penduduk, dengan mendapat sokongan sekurang-kurang 85 peratus penduduk,” katanya.
  • Selain itu persatuan penduduk berkenaan juga perlu bersetuju bahawa bilik kawalan pengawal itu tidak mempunyai sebarang penghalang laluan, dan lokasinya pula tidak menjejaskan kelancaran trafik.
  • “Kami harap cadangan garis panduan kementerian ini akan dapat diterima oleh pelbagai negeri supaya dapat diperkemaskan,” katanya.
  • “Bagi gated communities, ia tidak menimbulkan banyak isu kerana ia sudah mempunyai satu badan pengurusan yang ditubuhkan di bawah hak milik strata, dan kebanyakan pangsapuri serta kondominium terletak di bawah kategori ini,” tambahnya.
Kabinet sudah meluluskan satu cadangan bagi memperkemaskan garis panduan khusus buat konsep kediaman berbentuk “gated community” dan “guarded neighbourhoods” yang semakin popular dalam negara sejak kebelakangan ini.
Sumber: NST
7 comments:

konsep ini amat baik selaras dengan tuntutan dan perkembangan semasa yang amat memerlukan usaha2 seperti ini untuk membendung jenayah. diharapkan cadangan ini bukan sahaja tertumpu di semenanjung tetapi juga di sabah dan sarawak. mungkin ada penduduk yang bersetuju dan mungkin ada juga yang tidak, yang penting kerajaan dapat meluluskan dahulu cadangan ini dan pasti rakyat akan dapat menerima cadangan ini bila mereka dapat melihat usaha ini sebagai satu keperluan kelak.


Saya rasa cara ini baik untuk menjaga keselamatan dalam kawasan perumahan, tapi semua penghuni juga perlu bekerjasama terutamanya membayar yuran tepat masa kepada syarikat sekuriti. Ataupun, penghuni sendiri boleh mengaturkan rondaan bergilir-gilir, tapi rasanya mengaji penjaga adalah lebih senang dilakukan.


tidak kira apa pun kosep yang hendak digunakan, yang penting ianya dapat menjaga keselamatan harta benda di kawasan perumahan.


konsep ini bagus bagi memastikan keselamatan harta benda dan nyawa penduduk di kawasan perumahan terjamin.


dgn konsep ini, keselamatan penduduk akan terjamin.


Hurm. If this works in West Malaysia, I'm sure it can work here in the East Malaysia. If there are a lot of supports from the community, then draw a guideline for protecting the community and the neighbourhood.


Hanya jika semua penghuni bekerjasama dan bersatu hati, barulah konsep seperti ini boleh berlaku. Dalam apa jua situasi, kesatuan antara semua rakyat boleh menjadikan segalanya berjalan lancar.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails