

Kerajaan memandang serius dakwaan Polis Punjab berhubung kumpulan puak pemisah Sikh yang kejam, Khalistan Liberation Force (KLF), telah menubuhkan pangkalan di luar Kuala Lumpur dengan sekurang- kurangnya empat daripada anggota militannya masih bersembunyi di negara ini.
'Kita bekerjasama dengan semua pihak seperti Interpol dan negara India (bagi menyiasat kebenaran laporan itu). Hubungan kita sangat baik dengan semua pihak dan usaha pembanterasan militan merupakan usaha yang sangat serius,' katanya di sini kelmarin selepas Majlis Ucapan Tahniah dan Penyampaian Taraf Kewarganegaraan Malaysia di Wat Pikunthong Wawaran,Tumpat Kelantan, baru-baru ini.
Sumber: CyNews
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata pada masa kini, pihaknya sedang memantau dan menyiasat dakwaan tersebut dengan bantuan Interpol serta agensi perisikan India.- Beliau berkata, isu keselamatan termasuk ancaman pengganas hari ini menjadi satu perkara yang amat kompleks dalam dunia tanpa sempadan.
- 'Kita sedang memantau gerakan militan di Malaysia dan dalam konteks ini kita juga sedang menunggu butiran lanjut daripada pihak perisikan India sebelum sebarang tindakan diambil.
'Kita bekerjasama dengan semua pihak seperti Interpol dan negara India (bagi menyiasat kebenaran laporan itu). Hubungan kita sangat baik dengan semua pihak dan usaha pembanterasan militan merupakan usaha yang sangat serius,' katanya di sini kelmarin selepas Majlis Ucapan Tahniah dan Penyampaian Taraf Kewarganegaraan Malaysia di Wat Pikunthong Wawaran,Tumpat Kelantan, baru-baru ini.


August 2, 2010 8:51 AM
Pihak berkuasa perlulah berusaha membongkarkan kumpulan ini secepat mungkin supaya tidak mendatangkan bahaya terhadap rakyat.
August 2, 2010 9:10 AM
pekara ini perlu disiasat. sekiranya benar apa yang dinyatakan, tindakan segera perlu diambil.
August 2, 2010 9:30 AM
kerajaan perlu membaut pemantauan dan dan siasatan bagi memastikan tiada pengganas di negara kita.
August 2, 2010 10:58 AM
Datuk Seri Hishammuddin berkata, Malaysia mempunyai cara yang tersendiri untuk mengatasi masalah militan dan sehingga kini ia dapat dikawal sepenuhnya. diharapkan, kenyataan ini cukup untuk meyakinkan rakyat supaya tidak perlu risau jika benar dakwaan polis punjab tersebut. namun kita masih perlu berhati2..
August 4, 2010 11:14 AM
Semoga pihak polis dapat mengesan kumpulan ini dan mengambil tindakan sewajarnya.
Post a Comment